Shopee Akaun Kena Banned : Cara Kemukakan Rayuan

November 03, 2021

Susulan dari akaun Shopee kena banned bulan September lepas, ramai yang bertanya dengan Syu pasal hal ni. Ada yang tinggalkan pertanyaan diruangan komen & ada jugak yang e-mail Syu menggunakan contact form. Tak sangka ramai yang mengalami masalah ni. Walaupun majoriti yang bertanya tu berstatus UNKNOWN, Syu tetap berterima kasih sebab korang sudi singgah jenggah blog Syu cari jalan penyelesaian untuk dapatkan akaun Shopee korang balik.



Kesian jugak bila Syu dapat tahu ada yang terkena nasib yang sama macam Syu hari tu. 😩Yang paling Syu terkejut, bila ada seorang hamba Allah tu drop komen yang Shopee akaun dia kena banned & dalam Shopee wallet dia ada RM1K. Duit tu katanya duit refund & nak guna buat beli barang anak-anak. Seram pulak dengar. Syu yang dalam Shopee wallet tinggal RM40 pun dah melalak, inikan pulak RM1K 😬.



Tak mengapa. Kali ni Syu tunjuk proper step untuk korang follow macam mana nak daptkan akaun Shopee korang balik. Mungkin perkongsian Syu yang lepas agak panjang lebar untuk korang hadam. Jadi, kali ni Syu tunjuk step yang mudah untuk korang nak dapatkan semula akaun Shopee kesayangan korang tu. Nak shopping guna Shopee kan? Nak duit Shopee wallet korang balik kan. Jom baca apa yang Syu nak share dengan korang.





MACAM MANA NAK TAHU AKAUN SHOPEE KENA BANNED?



Untuk pengetahuan korang, bila mana seseorang pembeli mahupun penjual telah melanggar Dasar Privasi Shopee, akaun Shopee secara automatik akan dihadkan (being limited) & sekaligus menghalang pengguna akaun tu dari menglog masuk untuk melakukan sebarang aktiviti membeli mahupun menjual di Shopee. 



Apabila akaun telah dihadkan (banned/suspended/restricted/freeze), korang akan menerima pop-up message ketika korang hendak login masuk ke akaun Shopee korang. Ada sesetengah orang mungkin akan terima pop-up message ni masa nak log out. Bergantung pada keadaan. Macam Syu, Syu terima pop-up message ni masa nak log in.



Selain dari pop-up message, korang juga akan menerima notifikasi berkenaan dengan hal ni melalui e-mail. So, kena rajin-rajin lah cek e-mail lepas ni yer. Takut terlepas pandang. Dekat e-mail tu akan disertakan sekali link Borang Permintaan Pengaktifan Akaun (Account Activation Request Form). 







CARA KEMUKAKAN RAYUAN



Nak kemukakan rayuan pengaktifan semulan akaun Shopee tak susah manapun sebenarnya. Korang hanya perlu follow dua langkah ni :


1) Hantar Borang Permintaan Pengaktifan Akaun (Account Activation Request Form)


Pertama sekali apa yang korang kena buat adalah dengan mengisi & menghantar Account Activation Request Form terlebih dahulu kepada pihak Shopee. Sekiranya korang tak ambil apa-apa tindakan, dalam tempoh 30 hari (bermula dari hari korang tak boleh log in akaun Shopee) akaun Shopee korang kemungkinan akan pemanently banned. So, agak sukar untuk korang dapatkan semula akaun tu nanti 😔.



Untuk isi borang ni, korang kena isi semua maklumat korang yang berkaitan di medan yang bertanda asterik (*). Make sure details yang korang masukkan tu sama dengan details akaun Shopee korang yang dah didaftarkan. Gambar kad pengenalan, tak payah ambil depan belakang pun tak apa. Bahagian depan jer dah cukup. Janji gambarnya penuh & tak blur.


Untuk details lain seperti salinan penyata bank, lesen perniagaan (kalau korang penjual di Shopee, better sertakan), screenshot & additional remarks korang tak isi pun tak apa. Yang itu boleh skip. Tapi kalau korang ada, sila sertakan sekali. Yang pasti, kotak kecik yang last tu jangan lupa klik. Lepas dah lengkap, korang boleh tekan SUBMIT FORM.





2) Hantar dokumen sokongan


Lepas korang hantar Borang Permintaan Pengaktifan Akaun, dalam masa beberapa hari pihak Shopee akan hantar email maklumbalas berkaitan isu pengebanan akaun korang. Dekat email tu nanti, akan disenaraikan dokumen sokongan yang korang kena hantar. Dokumen yang dimintak ni mungkin berbeza mengikut kes (Boleh rujuk artikel di HELP CENTER). Macam Syu, pihak Shopee hanya mintak Syu hantar :


  • Gambar IC / passport - Syu hantar bahagian depan jer. Actually, nak hantar depan belakang pun boleh. Terpulang.
  • Penyata akaun bank - Penyata dari akaun bank yang dah di digunakan untuk buat transaksi.

Ni statement bank & gambar kad yang Syu attached sebelum hantar ke pihak Shopee.

  • "Dispute explanation" - Bagi penjelasaan sikit pasal apa yang dah jadi.
  • "Purchase confirmation" - Yang ini mungkin bergantung pada kes. Untuk "purchase confirmation" ni, Syu kena buat pengakuan samada Syu buat transaksi tu atau pun tak.

Ni contoh dispute explanation & purchase confirmation yang Syu tulis 😁.





BERAPA LAMA AKAUN KENA BANNED?



Sekiranya tak ada apa-apa masalah & rayuan korang diterima, kurang dalam tempoh 24 jam akaun Shopee korang dah boleh digunakan seperti biasa. Berkenaan dengan barang yang dah dibeli & duit dalam Shopee wallet. Yang itu korang jangan risau. Barang yang korang dah order tetap akan sampai macam biasa. Duit dalam wallet pun tetap maintain pada jumlah yang sama. Melainkan akaun korang kena suspend pemanently. Untuk kes yang macam ni Syu tak pasti nak buat macam mana. Kalau ianya melibatkan jumlah duit yang banyak, mungkin ada baiknya korang contact terus Help Center Shopee ditalian +603 2777 9222. Syu harap penjelasan Syu kali ni dapat membantu korang untuk selesaikan isu akaun Shopee kena banned ni. Sebarang pertanyaan korang boleh drop diruangan komen. 





BACA JUGA


👉  Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1)

👉  Shopee : Akaun Kena Banned (Part 2)



Comments

  1. Balasan
    1. Betul wak. Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat 😊💕.

      Padam
  2. Tips yg bagus. Boleh dibuat rujukan, manatau esok² kena juga kan. Terima kasih beekongsi

    BalasPadam
  3. Sama-sama. Semoga bermanfaat 😊💕.

    BalasPadam
  4. OOoo... boleh kena banned eh? Baru tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh uncle. Kalau langgar polisi privasi Shopee banned kita dari bershopping & berjual 😂. Ramai dah kena.

      Padam
  5. Risaunyaa bila kena macam ni. Semua orang fokus kat shopee sekarang. bagus jugak sharing mcm ni banyak membantu orang blur2 macam AIEN ni .hahaa

    BalasPadam
  6. Jenuh juga nak kemukakan rayuan kalau kena banned ye... bagus perkongsian Syu ni as guidance buat yang berdepan masalah sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually tak susah mana pun nak Kemukakan rayuan ni Farrah. Kalau tak tahu cara tu yang takut kena banned terus. Syu harap perkongsian Syu bermanfaat untuk Shopee shoppers yang terkena macam ni 😊🍎.

      Padam
  7. ooohhh baru tahu yang akaun shoppe boleh kene banned ye... selama ni tahu beli je, tq untuk info yg berguna ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah betul. Boleh kena banned. Sama-sama. Kalau terkena nanti. Dana rujuk kat sini okay 😉💕.

      Padam
  8. Jadi, barang yang dibeli tu akan tetap di hantar la ye? Bukan di sekat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang tetap akan dihantar macam biasa. Cuma akaun Shopee sahaja yang disekat 😊.

      Padam
    2. Terima kasih kerana berkongsi... Risau saya.. dekat 200 saya habisskan tiba tiba disekat

      Padam
  9. Sama-sama. Jangan risau. Tunggu jer barang sampai okey 😉. By the way, jangan lupa Kemukakan rayuan. Kalau tak nanti akaun Shopee kena banned. Tak pasal-pasal tak dapat shopping lagi nanti 😅.

    BalasPadam
  10. Maaf tanya... akaun sy pun kena banned.. Dah buat payment byk item tiba2 kena banned.. buat payment siang, malam kena banned.. Contact seller guna akaun kakak... seller kata brg yg di order tu auto cancel.. so mcm mana nak dpt kan balik payment yg kita dh buat tu ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dapat email dari Shopee Team tak pasal kena hal banned ni? Kebiasaannya diorang akan email pemberitahuan & suruh isi appeal form. Kalau boleh minta isi dulu borang tu boleh?

      Macam saya hari tu, lepas order barang...barang yang dah di order tetap diproses & dihantar seperti biasa. Cuma akaun Shopee sahja yang kena banned. Saya tak pasti samada Shopee dah buat polisi baru pasal ordered items automatically cancelled. Yang ini kena rujuk pada Shopee.

      Padam
  11. saya baru kena banned tadi lpas proceed payment beli barang 12.12. saya buka email dan isi form y diberi. tapi saya adalah pembeli maka sata tak sertakan gambar business license dan bank statement. boleh ke macam tu? saya gelabah dah ni 😭.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe. Boleh. Saya pun buat macam tu juga hari tu. Jangan risau. Nanti Shopee Team akan hantar satu lagi email. Dalam email tu nanti akan dilisrkan semua details dokumen yang diorang nak.Boleh tahu kenapa punca sampai kena banned?

      Padam
  12. Sis minta tlg.. Sy buat pembelian brg tasbih dkt seller shopee.kmdn seller shopee tu rekomen ke nom hp admin n buat pembelian dkt sana bole tak sy report sbb brg sy tak smpi skg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang seller suruh berurusan terus guna handphone. Kalau rasa mencurigakan better report saja. Seller ada bagi tracking nombor tak? Kalau ada senang sikit nak tahu.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!