Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk

November 25, 2021



ANDAI HIDUP SEMUDAH GEMUK


 Celik mata
Dipejamnya lagi
Selimut ditarik berdengkur kembali
Malas nak bangun mencari rezeki
Segala yang dihajati
Tinggal angan dan mimpi


Andai hidup, semudah gemuk
Nescaya malas bersulam mengantuk
Hidup bermatlamat ini
Pasangannya usaha
Barulah hidup kekal berjaya


Bulan itu
Nun...jauh di sana!!
Ditatap indah, disentuh payah
Jangan diangan jatuhnya diriba
Nak berjaya?
Ringankan tulang
Istiqamah berusaha


Jangan diikut resminya nyamuk
Makin membunting, makin menggemuk
Bukan berkira dek kerana darah seteguk
Mencuri hasil itu
Tetap tak elok!!





[Note : Ada lagi nak tambah ni sebenarnya. Tapi cukuplah takat ni. Nak buat panjang-panjang, baik karang lagu terus. Yedak?! Ha3 😅]

What My Bawagian Says

  1. wow best2.. terbaik la sajak syu

    BalasPadam
  2. Wah kak Syu ada bakat bersastera ini. Terbaik kak.. :)

    BalasPadam
  3. Sempat lagi tu berpuisi. Terhibur juga membaca. Andai hidup semudah gemuk kannn...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!