Ironinya...Tethop Tak Cukup!! πŸ˜‚

November 25, 2021

Hari ni agak sedikit stress memikir pasal kerja. Tapi, bagi Syu Deris - "Tenang aja dong!!". Setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya. So, tak payah nak ribut-ribut serabut-serabut. Pekena mee kari semangkuk & segelas teh ais confirm hilang masalah. Tapi, sekejap jelah 🀣. 



Hari ni partner makan tengahari ada bawak makanan sendiri. So, tak ada lah teman berceloteh Syu masa nak makan tengahari kat luar. Kalau tak...time tu lah  mulut nak masuk makanan & time tu jugaklah mulut nak bergossip.


Mee kari & teh ais buih-buih
Makan mee kari lepas tu minum dengan teh ais. Kejap lagi alamat berkocaklah perut πŸ˜‚. 


Tengahari hari ni senyap!! Hanya tangan Syu jer berbicara & berceloteh dekat Syuderis.com. Tapi, sepesen jugak orang kat kedai makan pandang. Mana taknya. Tangan nak menyuap. Mulut pulak nak makan. Jari jemari pulak sibuk menaip. Godek telefon sana sini. Rancak!! Sepertinya, ada partner makan & tak ada, macam sama jer πŸ˜‚. 



Sambil-sambil nak makan tu sempatlah baca status adik ipar Syu di aplikasi WhatsApp. Agak menarik jugak apa yang dikongsikan. Statement ni diambil dari pengguna laman Twitter yang bernama iKaa. Bunyi macam menganjing tapi hakikatnya betul. Betul sangat-sangat pada orang yang bergaji bawah RM2K macam Syu ni πŸ˜…. Kerja banyak gaji sikit. Yang kerja sikit, gaji banyak!!Tu belum campur pakej datang kerja lambat & wayang buat kerja. 



Sejujurnya lah kan. Walaupun, gaji Syu laki bini cukup makan, cukup pakai & segalanya serba-serbi cukup. Ada masa & ketika, teringin jugak nak merasa macam mana orang lain rasa. Tapi, hanya sekadar teringin sajalah. Teringin tu kan percuma!! Tak salah kan? 😁



Tudiaaaa...Tengah makan pun boleh berceloteh panjang. Isunya sekarang ni hujan. Waktu makan tengahari pun dah nak habis. Macam mana nak rempit balik office ni? Matilanak!! Kalau kena begini. Mana boleh tenang aja dong 🀣!! 

What My Bawagian Says

  1. Hahahaha Alhamdulillah .. Adeh.. sakit perut gelak.. Nak kerja megah holdings laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kosong kabor ke akak. Ha3🀣. Nak jugak keje Megah Holdings. Mana tahu gajinya tambah kosong satu lagi kat belakang πŸ˜†.

      Padam
  2. hakikatnye besar periuk besarlah keraknye., tak gitu ciksyu., khanns ;p

    BalasPadam
  3. Hanya makan mampu legakan seketika maslaah yang ada. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan main2. Makan tu salah satu terapi jugak tau Naim!! Pada akak lah. Pada orang lain akak tak tahu. Ha3 🀣.

      Padam
  4. kdg2 kesian dgn golongan b40 ni sbb gaji kecik cuma rm1200. camne la nak survive d kota besar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk di kota dengan gaji RM1.2K memang tak cukup abe. Syu dah rasa dah. Dengan sewa rumah mahal. Tu belum campur makan & transportation lagi. Silap2 nak hantar duit ke kampung pun tak dapat πŸ˜”.

      Padam
  5. Sekarang tak de hal kalau makan sorang pun kan. Tetap berteman. Hidup dibandar kalau gaji sebegitu, agak struggle jugaklah.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!