Review : Adorable Food Goddess (2018)

September 10, 2021

 Adorable Food Goddess

Genre : 

Animation, romance, historical & friendship


Penulis :

Ziyi


Pengarah : 

Ni Jiafei


Jumlah Episod : 

12 Episod


Rating :


🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Animasi bersiri bertajuk Adorable Food Goddess ni memang best sangat. Animasi ni juga telah diadaptasi ke dalam bentuk drama yang juga dikenali sebagai Cinderella Chef. Dalam drama ada 56 episode. Tapi dalam siri animasi sebenar, hanya ada 12 episod jer. Kalau korang nak tahu, animasi ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Jia Yao. Jia Yao ni merupakan chef selebriti moden yang gemarkan masakan tradisional Cina. Nak dijadikan cerita, masa Jia Yao tengah mencipta resepi baru, dia secara tak sengaja telah terkena keracunan makanan. Keracunan makanan tersebut telah menyebabkan dia jatuh pengsan. 


Sebaik sahaja sedarkan diri, Jia Yao dah ada kat tempat lain. Dia dikatakan telah merentasi masa ke zaman kuno & terperangkap dalam tubuh badan seorang gadis yang bernama Ye Jin Xuan. Syu tak pasti Jia Yao ni dah travel ke zaman dinasti apa. Tapi Jia Yao yang dulu dah jadi Ye Jin Xuan, anak gadis kepada seorang majistrate. Pada hari pertama dia kat dalam badan Ye Jin Xuan, dia sepatutnya dinikahkan dengan seorang pegawai gabenor.Malangnya ketika dalam perjalanan ke perkahwinannya, Jia Yao diculik oleh sekumpulan penyamun dari Benteng Angin Hitam & kemudiannya diserahkan kepada Xia Chun Yu untuk dijadi isteri kontrak. Chun Yu ni sebenarnya merupakan seorang putera raja & dia terpaksa menyamar untuk menghapuskan musuh-musuh dia. Pada awalnya, Chun Yu macam tak berapa suka dengan Jia Yao. Tapi lepas dah lama tinggal bersama, Chun Yu makin tertarik dengan bakat memasak & perwatakkan Jia Yao.


Sampailah satu malam tu ada seorang panglima ni bagitahu pada Chun Yu yang Jia Yao ni seorang perisik. Tapi sebenarnya tak pun. Entah macam mana, malam tu Chun Yu ada keluarkan ayat yang menyakitkan hati Jia Yao, jadi Jia Yao pun jadi kecik hati & membawa diri dia. Pada masa yang sama, ada segerombolan askar ni cuba nak bunuh Jia Yao. Sampai dekat tepi tebing tinggi, Jia Yao terjatuh ke dalam laut. Sejak dari malam tu, Jia Yao tak muncul-muncul. Kehilangan Jia Yao ni memberikan kesan yang sangat mendalam pada Chun Yu sebab dia dah mula ada perasaan pada Jia Yao. Kehilangan Jia Yao secara tak langsung membuktikan kenyataan pembesar dia pasal Jia Yao seorang perisik tu betul. Jadi, Chun Yu membuat keputusan untuk membakar & tinggalkan tempat yang ada segala kenangannya dengan Jia Yao. 


Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Jia Yao muncul balik. Tapi dia menyamar & menukar perwatakkan dia macam orang lelaki supaya tak ada siapa pun yang mengenali dia terutamanya Chun Yu. Selepas kejadian malam tu, Jia Yao selagi boleh tidak mahu bertembung dengan Chun Yi. Tapi nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Jia Yao ke pusat bandar, dia terserempak dengan Helian. Sejak Helian menolong Jia Yao, diorang berdua menjadi kawan yang sangat rapat macam adik beradik. Helian ni kalau nak tahu, dia ni sepupu Chun Yu. Kalau ikutkan Jia Yao tak tahu. Tapi selepas dia ternampak Helian bersembang dengan Chun Yi baru Jia Yao tahu yang Helian ni ada kena mengena dengan Chun Yi. Jadi, Jia Yao buat keputusan untuk menyembunyikan diri dia dengan bekerja di sebuah restoran yang berada di dalam bandar tu jugak. Bila Helian hilang jejak Jia Yao, dia jadi macam tak tentu arah sebab dia dah anggap Jia Yao tu macam saudara dia jugak. Beberapa hari lepas tu, Helian dapat tahu yang Jia Yao dah jadi ketua Chef dekat restoran dia & kawan dia selalu pergi. Itupun sebab Helian perasan menu masakan yang Jia Yao pernah masak masa dia mengembara sama-sama dedulu. Sejak dari tu, Helian tak putus-putus datang ke restoran untuk makan selain membantu Jia Yao. Tapi dengan syarat, jangan sampai dia bertembung dengan Chun Yu  sebab dia bencikan Chun Yu.


Ada satu hari tu, entah macam mana Chun Yu datang ke restoran tempat Jia Yao bekerja untuk makan sama-sama dengan Helian. Chun Yu pun request menu special dari waiters & tak sangka, menu yang dia order tu sama macam yang Jia Yao pernah masak untuk Chun Yu. Jadi, Chun Yu pun decide nak jumpa dengan chef yang masak menu tu. Helian pun apa lagi. Dia pun selagi daya berlakon tercekik tulang supaya niat Chun Yu nak jumpa Jia Yao tu  tak jadi. Tapi, Chun Yu bijak. Dia pesan dekat pengawal dia supaya pergi ke dapur untuk tengok rupa sebenar chef yang masak menu tu. Sangkaan Chun Yu betul. Memang Jia Yao yang masak. Sejak dari tu, Chun Yu cuba selagi daya untuk memenangi hati Jia Yao. Tapi, Jia Yao mengelak & menolak sebab dia kata dia benci Chun Yu. 


Chun Yu pun jadi macam pelik. Kenapa Jia Yao benci sangat dengan dia. Lepas tanya banyak kali, Akhirnya Jia Yao bagitahu yang dia terdengar Chun Yu cakap pada paglima dia yang antara dia dengan Jia Yao tak ada apa-apa & kalau ada apa- apa jadi dekat Jia Yao pun dia tak kesah. Lepas Chun Yu dapat tahu, dia pun ceritakan perkara sebenar yang dia cuba buat malam tu. Actually, dia nak selamatkan Jia Yao. Jadi dia terpaksa cakap macam tu dekat  panglima tu malam tu. Sejak Jia Yao tahu perkara sebenar dari mulut Chun Yu, hubungan dia dengan Chun Yu  kembali baik & Chun Yu selalu datang ke restoran dia untuk menolong Jia Yao. Itulah dia ceritanya. Pada yang nak tengok anime ni, korang boleh dekat YTube. Taip jer tajuk Cinderella Chef. Gerenti jumpa!!πŸ˜‰

Comments

  1. Eeee.. kena tengok ni. Nak tengok yang drama dia dulu. Alah, panjang nau. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😁Tengok jangan tak tengok!! Kalau yang drama ada 56 episod. Tak sanggupπŸ˜‚. Berjanggut nak bagi habis. Ha3.

      Padam
  2. Pehhh 56 episode ye kalau versi drama. Baik tengok versi anime hahaha. Berzaman nak habiskan 56 episode tuuuu hahahaha >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpeπŸ˜†. Tak kuasa akak nak tengok sampai 56 episod. Baik tengok anime jer lagi senang. At least tak banyak plot twist & zoom2 macam sinetron Bawang Butih Bawang Merah. Ha3🀣

      Padam
  3. Balasan
    1. πŸ˜ŠπŸ’•Alright wak.BTW, mekaseh sudi datang BW.

      Padam
  4. banyaknya episod dia.. hehe. tp yg kartun punya tu okay la 12 jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpe. Kalau akak, akak prefer tengok yang kartun 🀣. Tak lalu nak hadap. Panjang sangat πŸ˜‚

      Padam
  5. Balasan
    1. Tengoklah Rabiah. Best tau anime niπŸ˜πŸ’•. Episod pun tak panjang mana. Ambil masa dalam 30 minit jer untuk tonton each episode.

      Padam
  6. Oooo... peminat anime rupanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah sikit2 uncle😁. Nak kata minat sangat tu tak lah.

      Padam
  7. Banyaknya episod dia. Tapi kalau episod by episod pendek takpelah. Cepat boleh habis. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang anime ni 20 minit jer untuk setiap episod. Tapi kalau yang drama tu entahlah 😁. Hu3.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!