September 10, 2021
Review : Adorable Food Goddess (2018)
Genre :
Animation, romance, historical & friendship
Penulis :
Ziyi
Pengarah :
Ni Jiafei
Jumlah Episod :
12 Episod
Rating :
🌟🌟🌟🌟🌟/5
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Animasi bersiri bertajuk Adorable Food Goddess ni memang best sangat. Animasi ni juga telah diadaptasi ke dalam bentuk drama yang juga dikenali sebagai Cinderella Chef. Dalam drama ada 56 episode. Tapi dalam siri animasi sebenar, hanya ada 12 episod jer. Kalau korang nak tahu, animasi ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Jia Yao. Jia Yao ni merupakan chef selebriti moden yang gemarkan masakan tradisional Cina. Nak dijadikan cerita, masa Jia Yao tengah mencipta resepi baru, dia secara tak sengaja telah terkena keracunan makanan. Keracunan makanan tersebut telah menyebabkan dia jatuh pengsan.
Sebaik sahaja sedarkan diri, Jia Yao dah ada kat tempat lain. Dia dikatakan telah merentasi masa ke zaman kuno & terperangkap dalam tubuh badan seorang gadis yang bernama Ye Jin Xuan. Syu tak pasti Jia Yao ni dah travel ke zaman dinasti apa. Tapi Jia Yao yang dulu dah jadi Ye Jin Xuan, anak gadis kepada seorang majistrate. Pada hari pertama dia kat dalam badan Ye Jin Xuan, dia sepatutnya dinikahkan dengan seorang pegawai gabenor.Malangnya ketika dalam perjalanan ke perkahwinannya, Jia Yao diculik oleh sekumpulan penyamun dari Benteng Angin Hitam & kemudiannya diserahkan kepada Xia Chun Yu untuk dijadi isteri kontrak. Chun Yu ni sebenarnya merupakan seorang putera raja & dia terpaksa menyamar untuk menghapuskan musuh-musuh dia. Pada awalnya, Chun Yu macam tak berapa suka dengan Jia Yao. Tapi lepas dah lama tinggal bersama, Chun Yu makin tertarik dengan bakat memasak & perwatakkan Jia Yao.
Sampailah satu malam tu ada seorang panglima ni bagitahu pada Chun Yu yang Jia Yao ni seorang perisik. Tapi sebenarnya tak pun. Entah macam mana, malam tu Chun Yu ada keluarkan ayat yang menyakitkan hati Jia Yao, jadi Jia Yao pun jadi kecik hati & membawa diri dia. Pada masa yang sama, ada segerombolan askar ni cuba nak bunuh Jia Yao. Sampai dekat tepi tebing tinggi, Jia Yao terjatuh ke dalam laut. Sejak dari malam tu, Jia Yao tak muncul-muncul. Kehilangan Jia Yao ni memberikan kesan yang sangat mendalam pada Chun Yu sebab dia dah mula ada perasaan pada Jia Yao. Kehilangan Jia Yao secara tak langsung membuktikan kenyataan pembesar dia pasal Jia Yao seorang perisik tu betul. Jadi, Chun Yu membuat keputusan untuk membakar & tinggalkan tempat yang ada segala kenangannya dengan Jia Yao.
Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Jia Yao muncul balik. Tapi dia menyamar & menukar perwatakkan dia macam orang lelaki supaya tak ada siapa pun yang mengenali dia terutamanya Chun Yu. Selepas kejadian malam tu, Jia Yao selagi boleh tidak mahu bertembung dengan Chun Yi. Tapi nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Jia Yao ke pusat bandar, dia terserempak dengan Helian. Sejak Helian menolong Jia Yao, diorang berdua menjadi kawan yang sangat rapat macam adik beradik. Helian ni kalau nak tahu, dia ni sepupu Chun Yu. Kalau ikutkan Jia Yao tak tahu. Tapi selepas dia ternampak Helian bersembang dengan Chun Yi baru Jia Yao tahu yang Helian ni ada kena mengena dengan Chun Yi. Jadi, Jia Yao buat keputusan untuk menyembunyikan diri dia dengan bekerja di sebuah restoran yang berada di dalam bandar tu jugak. Bila Helian hilang jejak Jia Yao, dia jadi macam tak tentu arah sebab dia dah anggap Jia Yao tu macam saudara dia jugak. Beberapa hari lepas tu, Helian dapat tahu yang Jia Yao dah jadi ketua Chef dekat restoran dia & kawan dia selalu pergi. Itupun sebab Helian perasan menu masakan yang Jia Yao pernah masak masa dia mengembara sama-sama dedulu. Sejak dari tu, Helian tak putus-putus datang ke restoran untuk makan selain membantu Jia Yao. Tapi dengan syarat, jangan sampai dia bertembung dengan Chun Yu sebab dia bencikan Chun Yu.
Ada satu hari tu, entah macam mana Chun Yu datang ke restoran tempat Jia Yao bekerja untuk makan sama-sama dengan Helian. Chun Yu pun request menu special dari waiters & tak sangka, menu yang dia order tu sama macam yang Jia Yao pernah masak untuk Chun Yu. Jadi, Chun Yu pun decide nak jumpa dengan chef yang masak menu tu. Helian pun apa lagi. Dia pun selagi daya berlakon tercekik tulang supaya niat Chun Yu nak jumpa Jia Yao tu tak jadi. Tapi, Chun Yu bijak. Dia pesan dekat pengawal dia supaya pergi ke dapur untuk tengok rupa sebenar chef yang masak menu tu. Sangkaan Chun Yu betul. Memang Jia Yao yang masak. Sejak dari tu, Chun Yu cuba selagi daya untuk memenangi hati Jia Yao. Tapi, Jia Yao mengelak & menolak sebab dia kata dia benci Chun Yu.
Chun Yu pun jadi macam pelik. Kenapa Jia Yao benci sangat dengan dia. Lepas tanya banyak kali, Akhirnya Jia Yao bagitahu yang dia terdengar Chun Yu cakap pada paglima dia yang antara dia dengan Jia Yao tak ada apa-apa & kalau ada apa- apa jadi dekat Jia Yao pun dia tak kesah. Lepas Chun Yu dapat tahu, dia pun ceritakan perkara sebenar yang dia cuba buat malam tu. Actually, dia nak selamatkan Jia Yao. Jadi dia terpaksa cakap macam tu dekat panglima tu malam tu. Sejak Jia Yao tahu perkara sebenar dari mulut Chun Yu, hubungan dia dengan Chun Yu kembali baik & Chun Yu selalu datang ke restoran dia untuk menolong Jia Yao. Itulah dia ceritanya. Pada yang nak tengok anime ni, korang boleh dekat YTube. Taip jer tajuk Cinderella Chef. Gerenti jumpa!!😉
Mei 02, 2021
The Promised Neverland
Semalam dah cakap omputeh, hari ni get back as usual okay!! Next Saturday baru kita start speaking London balek yer😆. Actually, dah lama dah sebenarnyer Syu nak review pasal anime ni. Live episode season 2 nya pon dah lama habis tayang 25 March,2021 hari tu. Baru hari ni Syu ada kesempatan & kelapangan untuk bercerita pasal anime ni.
Agak lama juga sebenarnya Syu tak tengok & follow perkembangan cerita-cerita anime ni. Almaklumlah, sibuk dengan urusan kerja & rumahtangga. Slot "Me" time bersama anime pun tak sempat. Selalu kalau Syu tengok anime ni mesti tak pernah habis. Ada saja episode yang Syu missed.
Tapi, untuk anime yang ini tidak sama sekali😂!! Tengok season 1, ketagihannya tu bawak sampai ke season 2 tau. Dah lah season 2 tu baru awal tahun ni released, so bila nak tengok episode by episode tu alahai peritnya nak kene menunggu. Kalau korang tengok anime ni, jalan ceritanya memang totally 360 darjah luar dari jangkaan korang.
Dalam cerita ni budak-budak ni sebenarnya anak yatim & diorang ni ditempatkan di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Grace Field. Bila sampai satu tempoh diorang ni akan di bawa keluar & ditempatkan bersama keluarga angkat yang baru.
| KREDIT FOTO : Polygon.com |
Hakikatnya, Grace Field ni bukan lah rumah penjagaan yang macam korang sangkakan tapi sebenarnya rumah ladang ternakan daging manusia. Pusat penjagaan ni ada satu nanny ni jaga. Nama dia Isabelle. Pada awalnya diorang ni tak tahu pun pasal benda ni. Tapi disebabkan peristiwa satu malam tu, baru diorang sedar yang diorang ni adalah makanan.
Makanan kepada siapa?? Makanan kepada demon. So, bila diorang dimaklumkan yang diorang ni akan ditempatkan bersama keluarga angkat baru, maknanya diorang akan jadi habuan kepada demon-demon yang tengah lapar kat luar sana.
Part yang paling mahal kalau korang nak tahu adalah otak!! Kira tu memang part daging yang paling mahal & premium. Macam daging harimau menangis tu. Kan mahal & part yang menangis tu susah nak dapat 😆. By the way, lepas budak-budak ni dapat tahu yang diorang ni dijaga & dibela dengan penuh kasih sayang disebabkan otak & daging di orang.
Maka, dari situ bermulalah misi menyelamatkan diri yang diketuai oleh tiga orang senior Grace Field iaitu Emma, Ray & Norman. Masa ni memang banyak cabaran lah yang diorang kena hadap, tambah-tambah bila Isabelle sendiri dapat detect yang rahsia Grace Field ni dah pecah.

