Kahwin Dah Lama, Tapi Belum Mengandung

September 22, 2021

Mood bangun pagi hari ni memang helok sangat. Tapi, jadi spoiled pulak bila ada golongan-golongan toksik ni muncul dalam kehidupan. Niat asalnya memang dah baik nak wish birthday. Tapi ada jugak hujung-hujung tu ayat yang menyakitkan jiwa. Ingatkan makciks bawang jer perangai kepochi. Pakciks bawang pun boleh tahan jugak yer sama naiknya. Syu bukan apa, mulut tempayan kalau terbuka, Syu tak heran sangat kalau menganga sebabnya tak bebunyi. Busuk-busuk pun ada air jer dalam tu. Bermanfaat jugak lah kalau nak buat basuh kaki  & siram pokok bagai. Kalau mulut tempayan manusia ni, Allah...kena sabar jelah banyak-banyak. Padahal dalam hati, rasa nak ku cili -cili kan ajer tangan yang menaip tu ๐Ÿ˜‚.


Pregnant

Syu tertanya-tanya. Teruk sangat ke kalau dah kahwin lama lepas tu tak mengandung-ngandung?? Macam besar bebenor isu tak ada anak ni. Yang peliknya, orang yang tak kahwin tiba-tiba mengandung tak pulak dihairankan. Aduhai, manusia-manusia. Macam-macam perangai lah. Kadang-kadang jadi malas nak layan sebab toksik sangat. Membohonglah kalau berkahwin tak nak ada anak. Tak ada mana-mana perempuan yang jadi isteri tak nak jadi ibu. Tapi kalau dah rezeki tu belum ada, siapalah kita nak persoalkan. Buatlah treatment walau macam mana hebat sekalipun, kalau bukan dengan izin Allah memang tak akan jadi. 



Kadang-kadang Syu perhatikan jugak diorang-diorang yang suka bangkitkan isu pasal anak ni. Pada Syu, tak ada lah hebat manapun. Selalu sibukkan Syu yang tak mengandung-ngandung ni, padahal sendiri yang anak bersusun pun tak terjaga. Bila tak ada anak nak anak. Bila dah bersusun disumpah-sumpah dicarut-carutkan ๐Ÿ˜‚. Lepas tu bising, kata anak nakal lah. Penat nak jaga lah. Ni lah dia sejenis manusia yang tak sedar di untung & tak reti bersyukur. Lepas tu, salah kita yang tak mengandung-mengandung ni jugak yang dicarinya. Mental ke apa ๐Ÿ˜†? Macam lah esok lusa kalau kita mengandung dia yang usung perut & masuk labour room tolong beranak kan anak kita.



Memang tak dinafikan, kalau mengandung time umur dah nak "expired" ada banyak risiko ๐Ÿ˜‚. Nak jaga anak pun tak berapa nak larat sebab dah berumur. Anak bakal berisiko kena down syndrome lah apa lah. Tapi, Syu tengok arwah opah Syu elok jer. Umur 45 tahun mengandungkan mak Syu. Tak ada pulak mak Syu kena down syndrome ke apa. Elok jer lahir normal. Siapa sangka. Gara-gara arwah opah Syu nak kan sangat anak perempuan, arwah sampai sanggup berambik anak angkat. Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu ada isi. Bila dah dengan izin Allah, segala apa perkara pun kita tak boleh nak jangka. Jadi, janganlah nak jadi bijak pandai mengalahkan Tuhan nak pertikaikan soal rumah tangga orang bila nak ada anak. Kalau nak tanya sekalipun biar berlapik. Kalau orang dah jawab belum ada rezeki lagi, terus tutup cerita. Sebab cerita mengandung-mengandung ni kira cerita dalam kain jugak tau. Kadang-kadang Syu sendiri pun jadi malu & segan nak bercerita.

What My Bawangians Say

  1. sabarlah syu..orang yang macam ni jenis yang byk masa free kot..da x tau nak buat ape, depa dok menyembang je kejenya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Banyak betul masa senggang diorang nak tahu pasal orang. Time bujang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin ditanya pulak bila nak beranak pinak ๐Ÿ˜…. Sejenis perangai tutt...sungguh.

      Padam
  2. Sabar ye. Ammi pon penah alami situasi ni. Ada yg kata "apalah korang ni x pandai buat".. Ishhhh geram betul.

    Insya Allah jgn berhenti usaha, berbuat dan berdoa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila keluar ayat macam tu memang geram jer dibuatnya kan ๐Ÿ˜”. Ingatkan hari tu Syu nak ambil lah anak sedara husband yang sorang tu nak bela buat macam anak sendiri. Sebab tengok maknyer susah sampai hari-hari bagi anaknya makan MAGGIE. Kitorang laki bini ni niat nak tolong. Kesian. Dengan tak sekolah. Baju selepat.

      Bila cakap nak tolong bela, dia cakap "korang dah kahwin, pandai-pandai lah buat sendiri". Fuhhhh...perit betul dengar ๐Ÿ˜….

      Padam
  3. Segalanya perancangan daripada yang maha kuasa

    BalasPadam
  4. manusia toksik ni mmg menyakitkan hati..sabar ya, perancangan Allah itu hebat, teruskan usaha & berdoa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Cuma Kadang-kadang jadi sakit telinga nak dengar. Tambah-tambah bila orang tua-tua tanya. "Tak ada isi lagi ke? Bila nak ada isi? ". Apa dia ingat buah kelapa๐Ÿ˜…. Kejap-kejap isi. Kejap-kejap isi. Geram pulak rasa. Nak marah tak baik,orang tua ๐Ÿ˜‚. Jadi, layankan jelah.

      Padam
  5. biasa la syu, isu tak kawen-kawen pun sama juga...
    bila dah kawen, isu anak plak...
    pastu nnt isu bilangan anak plak..

    klu dha jodoh n rezeki allah dah tentukan, kita terima seadanya..
    Tak perlu nak pk mulut orang..janji kita happy :)

    BalasPadam
  6. Rilek rilek saja kak syu. Chill gitu...ada rezeki nanti, insyaAllah Dia beri tepat waktunya. Stay strong kak! ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak chill jer. Makciks & pakciks bawang yang tak chill tau ๐Ÿ˜‚. Saja jer tanya soalan cepu cemas pepagi yang indah ni. Letih nak jawab.

      Makseh AO. Meh pelok tishet meh!!๐Ÿค—๐Ÿ’•

      Padam
  7. Isu paling tak disukai. Memang ada je manusia penyibuk. Sabar je lah. Kita percaya je pada perancangan Allah untuk kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak. Tipulah kalau kata tak nak anak. Dah kalau belum ada rezeki nak buat macam mana kan. Allah sebaik perancang. Cepat & lambat jer.

      Padam
  8. Manusia toksik memang ramai sekarang.. tapi dah nama pun manusia kan.. memang akan ada tak kena pada pandangan matanya tapi blum sedar pada kekurangan diri sendiri.. yang penting kita sabar dengan dugaan ini, dan selalu bersangka baik dengan Allah...

    BalasPadam
  9. Lumrah kehidupan . Kalau umur dh lanjut org akan bertanya bila nak kahwin . Klw dh kawin org akan tny bila nk mgandung . Semua tu Allah aturkan ..

    BalasPadam
  10. Sabar tau kak
    InsyaAllah ada rezeki

    BalasPadam
  11. Setiap orang di duga dengan cara yang berbeza... semoga tabah.

    BalasPadam
  12. Bila dah mindset seseorang macam tu hmm susah la nak cakap. Mungkin mereka ada Perancang Maha hebat di sebalik semua ini~

    BalasPadam
  13. Sabar ye syu, kak shida sendiri pun pantang dgr tapi sabar.. Inshaa Allah ade tu rezeki Allah aturkan utk syu dan suami yg terbaik..tabah ye syu :)

    BalasPadam