August Achievements 2021

September 03, 2021

August achievement

Walaupun dah beberapa hari kita meninggalkan bulan Ogos, tapi masih belum terlambat untuk Syu ceritakan sikit perkembangan blog syuderis.com kan 😁? Bukan apa, saja jer nak lepaskan gian tangan ni untuk menaip, sebabnya dah tak ada content & point nak bercerita. Actually, melambak jer post Syu dekat dalam draft tu. Cuma tak ada idea & momentum nak mengarang. Just boleh came out dengan cerita-cerita yang simple macam ni jer.  Jadi lah kan.  Busuk-busuk ada gak post dalam satu hari. Orang nak baca ke tak, itu belakang kira. Kita tuan tanah(TT). Apa nak hairan 😂. Kalau ada yang baca, maknanya Syu ada rakan blogger yang betul-betul supportive dalam penulisan Syu. Walaupun kadang-kadang penulisan Syu, Syu hentam kromok jer!

Nak kata  performance blog bagus sangat last month tu idaklah. Tapi bolehlah takat suam-suam kuku. Ada lah jugak menang beberapa giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Bila ada achievement yang positif dalam berblog, at least dapat jugak membakar semangat Syu untuk terus berblog. 



GIVEAWAY & CONTEST

1)  Menang RM50 dari Road to 3M Mamapipie

Giveaway

Dapat snap screenshot  tepat 3 juta ni memang sesuatu yang Syu  tak jangka. Sebabnya, luck Syu memang bukan untuk perkara-perkara yang macam ni. Even cabutan bertuah time mana-mana event pun memang tak pernah lekat 😂. So Syu kira, dapat screenshot 3M  dekat blog Mamapiepie ni antara perkara yang Syu memang tak terduga. Apa-apa pun terima kasih pada Mamapipie sebab sudi anjurkan aktiviti blog yang macam ni. Memang seronok sangat dapat turut serta. Hadiahnya pun laju jer Mamapipie bagi. Duitnya pun dah selamat dilaburkan entah ke mana 😂 (Kena refresh balik otak ni guna duit GA ni beli apa. Rasa macam ter-invest dekat Hokkaido tart 😅).


2) Tempat ke-3 Giveaway Shalimaryusof.com

Giveaway

Selang beberapa hari giveaway ni tamat, actually Sha ada tinggalkan komen dekat  post Syu. Mungkin lembab nau respon Syu kat situ. So, Sha sent email dekat Syu melalui contact form & bagitahu yang Syu menang giveaway. Alhamdulillah. Rezeki lagi untuk bulan Ogos! Untuk pengetahuan korang,  giveaway ni Syu menang tempat ke-3. 😂 Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat bila hadiah GA Shalimaryusof.com ni sampai dekat rumah. Sorry Sha!! Sebabnya masa abang J&T hantar hari tu, hadiah ni sekali datang together gether dengan barang Shopee (😒Shoppe buat hal dengan Syu sekarang ni. Next entri Syu cerita okay! 😉). Tapi yang pasti, hadiahnya sampai seminggu sebelum Hari Merdeka. Alhamdulillah, Syu dapat tiga pasang kain batik. Memang cantik sangat. Terima kasih tau Sha. Sepasang kainnya Syu dah guna buat projek menjahit Syu. Ada free time nanti Syu tunjuk apa yang Syu dah buat dengan kain batik tu okay.


3)  Tersenarai dalam 10x bloglist Giveaway Aku & Kamu 

Giveaway

Yang terakhir, Syu berjaya tersenarai dalam bloglist As Samsudin. Alhamdulillah. Kira rezeki jugak ni. Walaupun tak menang hadiah, sekurang-kurangnya ada jugak hasilnya. Giveaway ni As buat sempena menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Next year Syu punya anniversary nak buat macam ni jugaklah 😁 . Baru meriah sikit blog kan? Ada jugak aktiviti. Apa-apa pun terima kasih pada As sebab sudi anjurkan giveaway. Tahniah jugak Syu ucapkan kepada pemenang-pemenang yang lain.



PENDAPATAN BLOG

Dari segi pendapatan, nak kata masyuk sangat tu idaklah. Tapi still ada jugak hasil yang Syu dapat dari blog syuderis.com ni bulan lepas jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ni. Walaupun pendapatannya tak cecah ribu raban, tapi blog syuderis.com ni membuka mata Syu yang Syu pun boleh dapat duit tepi jugak dengan menulis. Sebagai part-time blogger, Syu tak meletakkan target yang tinggi untuk buat income. Sebab macam Syu bagitahu sebelum-sebelum ni, niat asal Syu berblog bukan lah untuk buat duit. Blog syuderis.com ni hanya platform Syu untuk berkongsi, luahkan segala macam perasaan &  menambah rakan kenalan. Buat masa sekarang ni, majoriti pendapatan Syu dapat melalui Intellifluence. Google Adsense Syu, nampak gayanya masih lagi sendu seperti mula-mula dulu. Mungkin  ambil masa sikit untuk jana pendapatan dari situ. Sebabnya, pageviews harian Syu pun tak berapa nak banyak. Apa-apa pun Syu pelan-pelan kayuh. Ada hasil, alhamdulillah. Misal kata tak ada, tak menjadi masalah pun pada Syu. Bloging for fun  memang macam ni! Duit tolak tepi. Janji happy 😁.



PAGEVIEWS & FOLLOWERS

Macam Syu bagitahu tadi, pageviews harian Syu tak berapa nak banyak. Tapi, Syu rasa seronok sebab adanya komen-komen  dari rakan blogger yang sangat-sangat supportive. Memandangkan blog  syuderis.com ni baru jer bergiat aktif Februari tahun ni. Jadi, tak hairanlah followernya tak berapa nak ramai sampai ke hari ni 😅. Setakat ni baru ada 78 followers jer. Takpe, pelan-pelan kayuh ye dak. Mana tahu, esok lusa cecah lebih 1K followers macam blogger-blogger yang lain. Siapa tahu. In order to be something, it must start with nothing. Right? Lagipun, kejar followers ni pun bukan matlamat asal blog syuderis.com (Bunyi macam tak ada matlamat langsung jer blog Syu ni kan 😂). Nama pun bloging for fun! Dah sah-sah lah untuk suka-suka. Pada Syu, berblog ni  totally different dari sosmed yang lain. Sebabnya, followers & like sama sekali tidak diperlukan di dunia blogger. Pembaca-pembaca pun semua tak dikenali. Itu yang best!😁


Rasanya, itu jer kot pencapaian blog yang Syu dah achieve setakat ni.  Harap-harap bulan September ni achievement-nya lebih memberangsangkan lagi lah compare dari bulan-bulan yang sebelum ni. Overall, Syu suka & berpuas hati dengan perncapaian blog Syu sekarang. Pada yang mengikuti perkembangan syuderis.com dari awal, semestinya korang perasan sejauh mana perkembangan blog Syu sehingga ke hari ni. Especially dari segi penampilan blog. Yang tahu tu, tahulah 😁💕. 

What My Bawagian Says

  1. Semoga Syu terus maju jaya dalam dunia blogging. Tahniah! Banyak jugak memang contest tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki 😁. Mekaseh doakan Syu. Same goes to you. Semoga Fiza pun terus maju jaya dalam blogging 😊💕.

      Padam
  2. Balasan
    1. 😊💕 Mekaseh Naim. Selalu support akak. Keep blogging jugak untuk Naim. Jangan macam akak. Kejap ada kejap tak ada. Macam chipsmore! 😂

      Padam
  3. Tahniah. Semoga maju jaya dan semakin baik di bulan ini dan bulan mendatang..
    Terima kasih juga datang berkunjung balas ke blog Naniey

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Mekaseh tau Naniey. Naniey pun rajin singgah BW support blog Syu. Syu jer Kadang-kadang tak sempat nak buat kunjungan balas blog Naniey 😂. Sorry tau.

      Padam
  4. Tu je? hahahah banyak tuuuuuu kak syu! Tahniahhhh tahniahh. Keep it up! Semoga lebih bersemangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa macam tu jer!! Banyak eak? Ala...tapi nape rase macam tak banyak jer 😂. Ke akak yang tamak? Ha3 😅

      Mekaseh Ain. Teruskan menyokong akak tau!! Keep it up don gibab jugak untuk Ain 😊💕.

      Padam
  5. Wahhhh murah rezeki kak Syu dapat banyak hadiah hasil join segmen dan giveaway. TAHNIAH atas pencapaian yang memberangsangkan!
    Sikit-sikit lama-lama jadi bukit gitu.

    Kak Syu pun kira aktif jugak blogging bulan lepas. Saya lesap terus. InsyaAllah kena kekal konsisten untuk bulan ni.

    Ayuh!!!

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. semoga terus sukses dalam blogging :)

    BalasPadam
  7. Mantap.. Semoga terus maju jaya dalam dunia blog..

    BalasPadam
  8. salam kenal.

    all the best. berblog ni ada sesetengah org ada pasang surut. sama cam akak lah. ni nak cari kekuatan nak active semula.

    BalasPadam
  9. Banyakk tuuu menang giveawayyyy hehehe, alhamdulillah untuk semuanyaa. Rezeki tak pernah salah alamat kannn kak syuuu kannn. Betul, blogging for fun! Ada dapat alhamdulillah, tak dapat, tak apa gituhhhh :P

    BalasPadam
  10. Perghhhhhh banyak menang giveaway tuuuuuuuuuu , Takpe buat fun fun nanti lama lama jana lah pendapatan tu. Saya pun blogging for fun. Syok betul dapat jumpa ramai kawan - kawan dekat blog ini .

    BalasPadam
  11. Pencapaian terbaik ni banyak menang hadiah. Tahniah Syu. Semoga banyak lagi hasil dari blog yang Syu akan dapat.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!