Posts with the label Blog Achievement
Memaparkan catatan dengan label Blog Achievement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Achievement. Papar semua catatan

April 25, 2025

Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni πŸ₯²

Blogger

Salam Bloggerian Syu semua! Sedikit keluhan manja pasal Google Adsense (GA) Syuderis.com. Start hujung tahun lepas, Syu perhatikan Syu punya earnings GA semakin hari semakin menyusut. Bukan sikit-sikit susutnya. Ada lah dalam 75% macam tu. Even Syu punya pageviews blog pun sama - Ni sebab kurang menulis rasanya πŸ˜‚. Satu hari tak sampai 1K pun pengunjung datang bertandang. Sedih pula rasa.


Google Adsenses
Tak boleh buat apa. Bak lirik lagu Ziana Zain terpaksa aku redha πŸ˜‚.


Dulu, merasa jugalah Syuderis.com nak dapat sebulan dalam 20-30USD. Sekarang, nak cecah 10USD pun sikit punya payah kome πŸ˜‚! Even entri Syu yang dulu-dulu asalnya organic search engine tu pun dah jadi tak organic dah sekarang. Pasal apa pun tak tahu. Adakah disebabkan Google search algorithm dah upgrade & artificial intelligence dah ambil alih. Entahlah?! Tak tahu tafsir pasal teknologi maklumat zaman now ni😩. Terlampau advance.


Actually, Syu ada terbaca komen seorang penulis blog ni. Dia pun complain benda yang sama pasal earnings GA dia. Situasi yang dia hadap lebih kurang sama macam Syu. Untuk part Syu, Syu tak tahu dekat mana silapnya. Adakah disebabkan?

  • Keywords blog tak mesra SEO & Google search engine?
  • Blog lambat loading?
  • Entri membosankan?
  • Semak dengan iklan sampai orang malas nak tekan & baca - Iklan GA Syu dah set auto. Bukan manually letak pun πŸ˜….
  • Terlampau banyak penggunaan AI dalam GA?
  • Google search algorithm dah upgrade? - "Google's March 2024 update is a game-changer, with many sites impacted by algorithmic changes and de-indexed from Google Search "(Search Engine Land)"


Actually ada banyak kebarangkalian sebenarnya. Mungkin ada sebab-sebab yang lain yang tak ada tersenarai kat atas nun. Nak sembang lebih pun tak berapa reti. Almaklumlah, kita noobs sikit pasal benda-benda macam ni. Lagipun, dah tua-tua ni kurang rajin dah nak buat research & korek lebih mendalam pasal benda-benda macam ni. Jadi, kita pasrah dengan segalanya!

Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni πŸ₯²

April 25, 2025

Januari 26, 2022

Follower Ke-100 : Tahniah!

Pagi ni, agak awal juga Syu buka blog. Saja nak baca komen-komen yang rakan Blogger Syu tinggalkan - Tapi nak tulis entri ni sikit punya berjam yer 😌. Sambil tu Syu sempat juga jengah ruangan yang Syu paling tunggu-tunggu - My Followers. Bukanlah Syu ni gilakan pengikut tau. Tapi, sebenarnya Syu saja nak bagi kejutan & penghargaan sikit buat pengikut yang berjaya merangkul nombor bertuah ni.


TAHNIAH & TERIMA KASIH | Setelah sekian lama Syu menunggu. Alhamdulillah. Akhirnya muncul juga followers bertuah Syu yang ke-100 ni. Dari tahun lepas asyik lekat dekat nombor 99 jer. Tak bertambah-tambah. πŸ˜‚ Dalam hati banyak kali dok ulang-ulang - "Cecah 100 aku bagi hadiah". Nah, cecah juga akhirnya.


Follower Blogger Ke-100


Apa-apa pun tahniah Syu ucapkan buat penulis blog Tentang Yaya & terima kasih juga sebab sudi luangkan masa menjenggah ke blog Syuderis.com ni. Mula-mula Syu tercari-cari juga siapa gerangan pengikut yang ke-100 ni sebenarnya. Syukur Yaya ada maklumkan di ruangan komen. Kalau tak, jenuh Syu bercari πŸ˜….


Blogger Comment Section
πŸ˜… Ruangan komen juga penyelamat keadaan. Jadi, pengajarannya- Jangan serik mengomen okey!


Kalau korang nak tahu, blog Tentang Yaya ni sangat menarik & bermanfaat untuk dibaca tau. Dalam blog ni tak ada diceritakan pasal diri tuan empunya blog. Sebaliknya, blog ni banyak dikongsikan entri-entri yang berilmiah & bercirikan Islamik. Dalam blog ini ada juga diselitkan elemen-eleman berunsurkan pengajaran yang mana sedikit sebanyak dapat membuatkan kita bermuhasabah diri seketika - Blog ni tiba-tiba buat Syu teringat dekat blog Pemuda TTBC (Ke Arah Mencari Redha-Nya). Nanti nak singgah sana sekejap. Lama tak singgah πŸ˜….



SELIT SEKALI BOLEH? | Memandangkan hadiah Top Bawangians Syu masih lagi dalam proses penyediaan. Syu rasa ada baiknya juga Syu selitkan sekali hadiah buat pengikut Syu yang ke-100 ni. Senang. Sekali harung. Tak payah nak buat dua kali kerja dah. Buat Top Bawangians Syu, Syu harap korang bersabar yer. Hadiah yang Syu nak bagi ni "spesial" sikit. Tulus ikhlas Syu buat untuk pengomen & pengikut setia Syuderis.com. Harap korang sudi menunggu. 😁 Jangan marah aaaaa...



Pada rakan Blogger Syu yang lain. Jangan rasa sedih & hampa. Insyallah akan ada rezeki korang nanti. Yang penting jangan serik mengomen & menyokong Syuderis.com okey.  Pada yang belum follow. Tak mengapa. Peluang masih terbuka. Mana tahu Syu nak bagi kejutan lagi untuk "lucky number" yang seterusnya. Siapa tahu 😊🍎?






[Kepada Blogger Warisan Petani & Atiqah Najihah, minta hantar alamat surat menyurat di ruangan Contact Form yer. Syu masih belum terima apa-apa maklumbalas lagi πŸ˜ŠπŸ’•]

Follower Ke-100 : Tahniah!

Januari 26, 2022

September 03, 2021

August Achievements 2021

August achievement

Walaupun dah beberapa hari kita meninggalkan bulan Ogos, tapi masih belum terlambat untuk Syu ceritakan sikit perkembangan blog syuderis.com kan 😁? Bukan apa, saja jer nak lepaskan gian tangan ni untuk menaip, sebabnya dah tak ada content & point nak bercerita. Actually, melambak jer post Syu dekat dalam draft tu. Cuma tak ada idea & momentum nak mengarang. Just boleh came out dengan cerita-cerita yang simple macam ni jer.  Jadi lah kan.  Busuk-busuk ada gak post dalam satu hari. Orang nak baca ke tak, itu belakang kira. Kita tuan tanah(TT). Apa nak hairan πŸ˜‚. Kalau ada yang baca, maknanya Syu ada rakan blogger yang betul-betul supportive dalam penulisan Syu. Walaupun kadang-kadang penulisan Syu, Syu hentam kromok jer!

Nak kata  performance blog bagus sangat last month tu idaklah. Tapi bolehlah takat suam-suam kuku. Ada lah jugak menang beberapa giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Bila ada achievement yang positif dalam berblog, at least dapat jugak membakar semangat Syu untuk terus berblog. 



GIVEAWAY & CONTEST

1)  Menang RM50 dari Road to 3M Mamapipie

Giveaway

Dapat snap screenshot  tepat 3 juta ni memang sesuatu yang Syu  tak jangka. Sebabnya, luck Syu memang bukan untuk perkara-perkara yang macam ni. Even cabutan bertuah time mana-mana event pun memang tak pernah lekat πŸ˜‚. So Syu kira, dapat screenshot 3M  dekat blog Mamapiepie ni antara perkara yang Syu memang tak terduga. Apa-apa pun terima kasih pada Mamapipie sebab sudi anjurkan aktiviti blog yang macam ni. Memang seronok sangat dapat turut serta. Hadiahnya pun laju jer Mamapipie bagi. Duitnya pun dah selamat dilaburkan entah ke mana πŸ˜‚ (Kena refresh balik otak ni guna duit GA ni beli apa. Rasa macam ter-invest dekat Hokkaido tart πŸ˜…).


2) Tempat ke-3 Giveaway Shalimaryusof.com

Giveaway

Selang beberapa hari giveaway ni tamat, actually Sha ada tinggalkan komen dekat  post Syu. Mungkin lembab nau respon Syu kat situ. So, Sha sent email dekat Syu melalui contact form & bagitahu yang Syu menang giveaway. Alhamdulillah. Rezeki lagi untuk bulan Ogos! Untuk pengetahuan korang,  giveaway ni Syu menang tempat ke-3. πŸ˜‚ Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat bila hadiah GA Shalimaryusof.com ni sampai dekat rumah. Sorry Sha!! Sebabnya masa abang J&T hantar hari tu, hadiah ni sekali datang together gether dengan barang Shopee (πŸ˜’Shoppe buat hal dengan Syu sekarang ni. Next entri Syu cerita okay! πŸ˜‰). Tapi yang pasti, hadiahnya sampai seminggu sebelum Hari Merdeka. Alhamdulillah, Syu dapat tiga pasang kain batik. Memang cantik sangat. Terima kasih tau Sha. Sepasang kainnya Syu dah guna buat projek menjahit Syu. Ada free time nanti Syu tunjuk apa yang Syu dah buat dengan kain batik tu okay.


3)  Tersenarai dalam 10x bloglist Giveaway Aku & Kamu 

Giveaway

Yang terakhir, Syu berjaya tersenarai dalam bloglist As Samsudin. Alhamdulillah. Kira rezeki jugak ni. Walaupun tak menang hadiah, sekurang-kurangnya ada jugak hasilnya. Giveaway ni As buat sempena menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Next year Syu punya anniversary nak buat macam ni jugaklah 😁 . Baru meriah sikit blog kan? Ada jugak aktiviti. Apa-apa pun terima kasih pada As sebab sudi anjurkan giveaway. Tahniah jugak Syu ucapkan kepada pemenang-pemenang yang lain.



PENDAPATAN BLOG

Dari segi pendapatan, nak kata masyuk sangat tu idaklah. Tapi still ada jugak hasil yang Syu dapat dari blog syuderis.com ni bulan lepas jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ni. Walaupun pendapatannya tak cecah ribu raban, tapi blog syuderis.com ni membuka mata Syu yang Syu pun boleh dapat duit tepi jugak dengan menulis. Sebagai part-time blogger, Syu tak meletakkan target yang tinggi untuk buat income. Sebab macam Syu bagitahu sebelum-sebelum ni, niat asal Syu berblog bukan lah untuk buat duit. Blog syuderis.com ni hanya platform Syu untuk berkongsi, luahkan segala macam perasaan &  menambah rakan kenalan. Buat masa sekarang ni, majoriti pendapatan Syu dapat melalui Intellifluence. Google Adsense Syu, nampak gayanya masih lagi sendu seperti mula-mula dulu. Mungkin  ambil masa sikit untuk jana pendapatan dari situ. Sebabnya, pageviews harian Syu pun tak berapa nak banyak. Apa-apa pun Syu pelan-pelan kayuh. Ada hasil, alhamdulillah. Misal kata tak ada, tak menjadi masalah pun pada Syu. Bloging for fun  memang macam ni! Duit tolak tepi. Janji happy 😁.



PAGEVIEWS & FOLLOWERS

Macam Syu bagitahu tadi, pageviews harian Syu tak berapa nak banyak. Tapi, Syu rasa seronok sebab adanya komen-komen  dari rakan blogger yang sangat-sangat supportive. Memandangkan blog  syuderis.com ni baru jer bergiat aktif Februari tahun ni. Jadi, tak hairanlah followernya tak berapa nak ramai sampai ke hari ni πŸ˜…. Setakat ni baru ada 78 followers jer. Takpe, pelan-pelan kayuh ye dak. Mana tahu, esok lusa cecah lebih 1K followers macam blogger-blogger yang lain. Siapa tahu. In order to be something, it must start with nothing. Right? Lagipun, kejar followers ni pun bukan matlamat asal blog syuderis.com (Bunyi macam tak ada matlamat langsung jer blog Syu ni kan πŸ˜‚). Nama pun bloging for fun! Dah sah-sah lah untuk suka-suka. Pada Syu, berblog ni  totally different dari sosmed yang lain. Sebabnya, followers & like sama sekali tidak diperlukan di dunia blogger. Pembaca-pembaca pun semua tak dikenali. Itu yang best!😁


Rasanya, itu jer kot pencapaian blog yang Syu dah achieve setakat ni.  Harap-harap bulan September ni achievement-nya lebih memberangsangkan lagi lah compare dari bulan-bulan yang sebelum ni. Overall, Syu suka & berpuas hati dengan perncapaian blog Syu sekarang. Pada yang mengikuti perkembangan syuderis.com dari awal, semestinya korang perasan sejauh mana perkembangan blog Syu sehingga ke hari ni. Especially dari segi penampilan blog. Yang tahu tu, tahulah πŸ˜πŸ’•. 

August Achievements 2021

September 03, 2021

Mei 03, 2021

Momento Dari Nismilan!!

Yang ni gambar yang tuan tanah sent dekat email😁.

Balik-balik kerja bukak gate...eh2 ada surat!! Kalau selalu dapat kejutan macam ni bila balik kerja kan seronok. Apa-apa pun alhamdulillah, sampai jugak momento dari  Azhafizah.com ni!! Jauh pulak tu dari Negeri Sembilan nun. Terima kasih banyak-banyak. Memang in love sangat dengan design ni. Kiranya, ni gift yang kedua Syu terima untuk tahun ni. First dari blog Shida Radzuan, kali ni dari Azhafizah.com pulak. Walaupun tak menang masa giveaway hari tu, dapat cenderahati sebagai tanda penyertaan macam ni pun dah memadai & cukup seronokπŸ˜˜πŸ’•.
Design anak-anak bulus yer guys!!😚

Bila terima sampul ni barulah Syu tau kat mana yang hipsternya!! Design sampul ni memang unik & tersangat lah berbeza dengan sampul yang Syu pernah beli sebelum-sebelum ni. Betul lah yang sampul memang ni glueless. Masuk duit selit sana sini dah siap. Tinggal bagi dekat orang jer. Tak payah nak gam-gam bagai.  Apa-apa pun terima kasih kepada tuan tanah blog Si hati merah jambu sebab sudi memberi cenderahati yang Syu kira memang awesome!!
Macam cantik jer kalau jadikan decoration kat meja tetamu raya ni😁.
Memang tak boleh move on lah bila tengok design sampul ni sebab comel sangat!!😍
Belakang ada tulis nama kita yer guys!!😁


Sampul Memang Cantik!! Terima Kasih Blog Si Hati Merah Jambu Azhafizah.com!!πŸ’•πŸ˜˜


Momento Dari Nismilan!!

Mei 03, 2021

April 30, 2021

Eh2, Dah Duduk Kat Atas Pulak??πŸ˜‚



Eh2, pejam celik dah masuk minggu kedua join contest lucky blog AO niπŸ˜…. Pada awalnyer agak susah jugak nak collect point, tapi lama-lama macam terbiasa pulak dibuatnya. Alang-alang set alarm nak bangun sahur, solat semua bagai boleh set terus timing untuk collect point jugak. Memandangkan bulan Ramadhan ni tidonyer macam tak berapa sangat, so ada freetime collect point lah jawabnyer. Bukan susah mana pun. Tekan-tekan dah dapat point. 

Alhamdulillah. Harap boleh terus konsisten untuk collect point.

Actually niat nak menang contest ni memang tak ada langsung pun. Join pun just untuk suka-suka. Sekadar nak memeriahkan blog. Tapi kalau menang pun apa salahnyer kan😁?? Boleh selesaikan salah satu target blogging Syu tahun ni. Ada masa tu terciduk jugak nak kumpul point. Bukan apa, sebab semua contestant-contestant yang join contest ni pun bukan kaleng-kaleng hebatnyer, tambah-tambah bloger Atiqah NajihahπŸ˜…. Bila-bila masa jer diorang-diorang ni boleh kejar point yang Syu dah kumpul. Mana tau situasinya boleh jadi macam cerita perlumbaan sang arnab dengan kura-kura tu. Terlajak tido macam arnab dah terlepas collect point. Ha3, jangan main-main possibility tu tetap ada tau!! Tapi kalau kalah tu biasa lah kan. Adat bertanding. Mesti ada kalah & menang.

By the way, pada contestant-contestant yang lain. Chayok!! Teruskan usaha korang tau!! Jangan give up. Masih ada banyak masa lagi untuk korang kejar point. Tambah-tambah AO dah kurangkan gap untuk collect point tu kepada dua jam. Lagi banyak korang boleh collect. Janji korang kena konsisten & yang paling penting set alarmπŸ˜†!! Mana lah tau korang boleh atasi Syu punya point pulakπŸ˜‰. Siapa tahu kan??


πŸ’ͺKeep it up!! Don't give up!!


Eh2, Dah Duduk Kat Atas Pulak??πŸ˜‚

April 30, 2021

April 25, 2021

Terima Kasih Daun Keladi!!

Hari ni agak monday blues yer kengkawan. Tambah pulak kerja dekat office menimbun. Materials nak kena record, claim pulak nak kena submit. Haiyaaaaa....stress guwe!! Tapi nak tak nak terpaksa lah hadap jugak kan. Dah periuk nasi kitaπŸ˜‚.

Masa balik kerja, ngam-ngam sampai rumah ternampak sampul putih ni. Ingatkan surat Indah Water ke bill api ke...rupa-rupanya dapat gift masa join GRBSRB hari tu. Hati manyak syiok la sikit. Maklum lah, dah lama jugak tak dapat kad raya ni!! 


Sungguhpun tak menang GA. Dapat gift yang macam ni pun dah cukup sentimental bagi Syu. By the way, terima kasih tau K.Shida!! Cantik kad rayanyer. Boleh lah Syu tepek kat dinding buat hiasan raya ni nanti. Nampak juga bukti penyertaan memeriahkan blog.

πŸ’• Terima kasih K.Shida!!
Simple but nice!!😘
πŸ˜†Ni yang jadi bersemangat nak raya ni!!

 Walaupun masih lagi dalam bulan puasa, nak belanja pantun raya sikit boleh??πŸ˜ƒAlah...kasi lah chance sikit...mood raya baru nak on ni...

Rentas negeri raya ni di larang sama sekali,
Pelan balik kampung jumpa mak ayah semua tak jadi,
Jangan diturutkan rasa hati,
Risau terbitnya kluster aidilfitri

Kad raya diterima pengubat rasa
Buat penghilang gundah gulana
Andai tingkahku pernah buat mu terasa
Jari ku susun maaf dipinta

Terima kasih daun keladi!! Ada giveaway boleh join lagi!!😚

Terima Kasih Daun Keladi!!

April 25, 2021