GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!

September 09, 2021

GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart
Promo code : HOTDEALSGF


Meriah betul promosi GrabFood time bulan September ni yer. Ada banyak offer! Rambang mata. Asalnya bukak aplikasi GrabFood sebab nak tengok-tengok jer. Tanpa diduga. Jari jemari Syu ni laju jer dok tekan masuk cart😅. Sungguhlah, tak tahan godaan Syu ni. Especially bila melibatkan bab makan 😆. Syu order apa? Macam biasalah. Order HBCT kegemaran Syu lagi 😋. Rasanya macam tiap-tiap bulan pulak Syu repeat order dari Hokkaido ni. Submit order tak ingat donia. Acane nak kurus? Ha3 😂. 


GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart

Beli cheesetart di GrabFood kali ni memang murah. Kalau ikutkan harga asalnya RM31. Lepas guna kod HOTDEALSGF, harganya jadi RM18.50 jer sekotak termasuk sekali dengan harga cas penghantaran. Murahkan 😊💕. Memandangkan harganya memang tersangat mampu milik, maka dua kotak Syu rembat. Hi3 😁. 

Kebiasaannya, Syu akan order dua flavours ni jer. Original & chocolate. Selain dari dua perisa ni memang Syu tak boleh nak terima tekak. Especially durian 😅. Mungkin Syu tak biasa kot kombinasi durian dengan cheese. Dengar khabar, promosi GrabFood ni akan berlangsung sampai hujung bulan September ni. 

GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart

So, apa tunggu lagi. Pada yang teringin nak makan HBCT, korang boleh guna kod promosi GrabFood yang Syu bagitahu tadi untuk grab HBCT dengan harga yang murah (Tertakluk pada terma & syarat) 😊💕.

Comments

  1. Balasan
    1. Belilah Rabiah. Tengah ada promo kat GrabFood😁.

      Padam
  2. Orang rumah pernah beli kuih tart ni.. Saya taknak makan, disuapnya suruh makan.. Haha. Saya kurang sikit macam chese-chese ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😋Sedap tau.Okeylah tu tak berapa nak suka. Boleh orang rumah makan sorang-sorang😜.

      Padam
  3. nak cari gaklah.
    ammi jarang-jarang order food kat Grab sbb ntahlah. biasanya grab utk naik cab je. penakut nak order betul makcik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam2 boleh buat kat Grab sekarang ni Ammi. Kalau beli makanan, delivery cas pun tak semahal Food Panda. Cuma kalau jauh tu diorang cas lah lebih sikit lah. Tapi kalau dah masuk kod promo, tak terasa sangat. Promo pun banyak. Kadang-kadang tu, diorang buat sale sampai 50% diskaun. Kira berbaloi jugaklah.

      Padam
  4. Sedap nampak menu tu, taman kita x foodpanda, grab xde buat hahahha sedih kan, ni pun ada nampak tapaufood nanti nak cuba order la

    BalasPadam
  5. Macam sedap je Hokkaido Baked Cheesetart ada kekacang. GrabFood ada sale eh. Jarang dah guna Grabfood. Kalau food delivery biasa guna foodpanda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ada kacang tu flavour chocolate. Sedap kak. Ha...ah, tengah ada sale sampai hujung bulan September ni. Valid untuk seluruh negeri kecuali KL & Selangor kalau tak silap Syu. Kena baca T&C.

      Syu pulak dah lama tak pakai Food Panda. Sebab pada Syu, delivery Food Panda macam mahal sikit 😁. Promo pun macam tak berapa sangat.

      Padam
  6. Rasanya aunty pernah beli ni.... sedap

    BalasPadam
  7. Memang syokkk kalau beli dekat grab sebab promo code hotdealsgf tuuuu, saya kadang kadang beli RM25 cukup cukup, bila pakai code tu, bayar RM13 je. Memang puas hati kikikiki

    BalasPadam
  8. sedapnyaaaa.. tngok time pagi ni, haihhh .. hehe.. tp busyra tak boleh makan kacang sangat.. nnti start la sesak nafas tu.. huhu alergik..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!