Posts with the label My Birthday
Memaparkan catatan dengan label My Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Birthday. Papar semua catatan

Oktober 06, 2025

Baru Nak Buka Hadiah! 😂

Syomel-syomel semuanya. Thanks guys Choy, Wana & Kelvin!

 

Birthday dah habis lama dah. Baru ini ada kesempatan nak hadap hadiah-hadiah yang officemate bagi hari tu - Hadiah tak banyak pasal circle dah kecik ðŸ˜…. Apa-apa pun terima kasih daun keladi kepada yang memberi. Setiap tahun sentiasa mengingati & mengiringi diri yang semakin hari semakin menua ini dengan doa!


Semoga diri ini diberikan kesihatan & afiah dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih tersisa ni. Buat rakan-rakan Blogger juga, terima kasih kerana sentiasa setia, sudi membaca & meninggalkan jejak yang kadang-kadang Syu lupa nak jejak balik - Maafkan ambo! ðŸ˜‚. 

 

Sebelum masuk kerja kita ngopi dulu bagi segar biji mata.


Baru Nak Buka Hadiah! 😂

Oktober 06, 2025

September 22, 2025

Dear Me, Happy Birthday!

Happy birthday



Dear me Syuderis,

 

Wish you happy birthday! Semoga dipermudahkan urusan, dilimpahkan & dimurahkan rezeki & segala "itu ini". Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas & diberikan kudrat menapak di dunia tipu-tipu ni.

 

Orang tua-tua dulu selalu pesan, makin dekat kita dengan hari lahir kita. Makin dekat kita dengan kematian. Betul lah tu. Makin hari, makin bertambah umur kita. Bila direnung balik, setahun tu bukannya lama mana. 365 hari jer. Boleh jadi rasa macam lama sangat & boleh jadi juga rasa macam sekejap sangat.

 

Buat yang mengenali, terima kasih atas ucapan & juga pemberian. Teruslah menyayangi & mengingati saya. Ahaks! Sejenis Syu ni dari dulu memang tak ramai kawan. Tapi, tak apa. Kita selesa dengan circle kita sekarang. Biar sikit, janji tak serabut kepala. Kita just kawan gittew-gittew jer. Mana tahu nanti dah tua-tua kawan kat masjid ramai 😬.Boleh join team acik-acik marhaban! Sekian celoteh dari birthday woman.

Dear Me, Happy Birthday!

September 22, 2025

September 22, 2024

Bertambah Lagi Umur Kita 😅

Alhamdulillah, masih lagi diberikan keizinan untuk bernafas. Hari ni, tambah satu tahun lagi umur Syu. Tinggal 4 tahun lagi nak cecah 40th series. Uban dekat atas kepala pun dah banyak dah 😂.


.
A piece of cake with infinite counts of love ðŸ˜‹.


Apa-apa pun thanks to Sarah! Kek favourite ni. Jadilah buat ghaso-ghaso. Makan lebih-lebih pun tak boleh. Pasalnya dari semalam asyik makan manis-manis. Bila umur makin meningkat ni faham-faham sajalah. 24 jam penyakit dok usha-usha kita 😂.

Bertambah Lagi Umur Kita 😅

September 22, 2024