Posts with the label Restoran & kafe
Memaparkan catatan dengan label Restoran & kafe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran & kafe. Papar semua catatan

Mei 04, 2023

Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu!👍🏻

Dah lama tak perkena masakan ala Thai di Restoran Waritha. Lokasinya tak jauh dari simpang nak pergi ke Cameron Highlands. Memang elok sangat singgah makan masakan ala Thai dekat sini sebelum gerak ke Cameron Highlands 🤭.



Restoran Waritha ni boleh dikatakan famous juga di area Simpang Pulai. Dekat TikTok pun dah viral 😂. Sebab itu restoran ni selalu penuh dengan pengunjung. Almaklumlah, kebanyakan menu-menu dekat sini sedap-sedap belaka. 


Restoran Waritha
Lengang sikit sebab ramai yang beransur balik 🤭. 

Nak dijadikan cerita, semalam Syu & encik suami singgah dekat sini makan malam. Selalu kalau makan ikan siakap kami berdua laki bini suka pilih masak sweet sour. Kali ni kami cuba ikan siakap masak style lain pula. Asyik masak sweet sour saja, lama-lama jemu juga yedak 😅?


Restoran Waritha
Padu semua menu-menunya. Siakap stim limaunya memang sedap 😘!


Masa makan dekat Restoran Waritha semalam, kami order nasi putih, siakap stim limau, kangkung ikan masin & udang goreng butter (2 orang makan). Sambal belacan & ulam diaorang bagi free 😁. Total semua semalam cuma RM89 saja. Okaylah kan? Saiz ikan siakapnya besar. Udang masak butter pun boleh tahan banyak udangnya. 



Jujur Syu cakap. Makan dekat Restoran Waritha ni memang puas hati. Sedap-sedap semua menu-menunya. Cukup rasa masam, masin, manis & pedasnya. Datang sini memang wajib makan siakap stim limau Waritha ni! Sangat-sangat recommended 👍🏻.  Rugi kalau tak cuba! 

Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu!👍🏻

Mei 04, 2023

Julai 19, 2022

Farewell Ringkas Di New Yorker Cafe

Agak lama juga Syu tak coretkan sesuatu dalam Syuderis.com ni kan? Almaklumlah, terlampau sibuk dengan urusan tukar kerja. Kemudian, ditambah pula dengan mood beraya raya haji hari tu. Kalau ikutkan ada banyak perkara yang nak diceritakan. Tapi, dek kerana kekangan masa & mood menulis agak ke laut sejak akhir-akhir ni. Maka, Syu biarkan sekejap blog Syu sendu seketika. Harap tak ada yang rindu 😂.



Farewell ringkas di New Yorker Cafe

 

Sebelum berhenti kerja hari Selasa lepas. Syu agak sibuk clear-kan sisa-sisa kerja & buat beberapa serahan tugas kepada rakan sekerja Syu. Tak banyak mana pun saki baki kerja yang tinggal. Selebihnya banyak yang Syu dah selesaikan. Especially, hal-hal yang melibatkan pekerja asing. Lagipun projek pembinaan dah tak banyak. Kerja pun tak berapa nak ada. Kalau serah dekat orang baru silap-silap menung tak ada kerja nak buat.


Dalam sibuk-sibuk settle-kan kerja, sempat jugalah rakan sekerja Syu ajak buat farewell ringkas di New Yorker Cafe. Dalam hati baru nak terbang begitu saja. Tak nak ada farewell celebration segala. Dah diaorang nak buat juga. Kita layankan saja. Lagipun, aktivitinya  tak berat mana pun. Cuma duduk makan & sembang-sembang kosong saja 😆. Kira okeylah kan? Bukan selalu. Sekadar buat syarat sebelum berpisah.


Sejujurnya, New Yorker Cafe ni memang cantik & selesa tempatnya. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ada perancangan nak buat simple events & parti. Makanan di kafe ni pun boleh tahan sedap. Portion banyak 😁. Harga pun berpatutan. 

 

New Yorker Cafe
Cantik dekorasi dalamannya. Ringkas & sejuk mata memandang.


Masa makan di New Yorker Cafe hari tu, Syu pesan set nasi ayam penyet. Dalam set tu ada disertakan air lemon tea & juga aiskrim. Kira lengkaplah set makan tengahari yang ditawarkan. Lengkap dari main course sehinggalah ke pencuci mulut 😘.


Niat asal nak pesan set spaghetti chicken bolognese. Tapi, memandangkan perut dah lapar nasi. Jadi, kita pesan set nasi saja. Selain set makan tengahari, set sarapan pagi & makan malam pun ada juga. Korang boleh  pergi ke laman FB New Yorker Cafe untuk info lebih lanjut. 

 

New Yorker Cafe
Majoriti pesan set nasi. Cuma yang seorang tu saja pesan set chicken chop


New Yorker Cafe
Sliced cake pun ada dijual di kafe ni. Tapi, kami hanya mampu pandang saja sebab dah terlampau kenyang 🤣. 

New Yorker Cafe
Mati-mati ingat makanan betul. Sabar jelah 😂. 


Sebelum balik office cadang nak ambilah gambar beramai-ramai dalam sekeping dua. Tapi malangnya, masing-masing terlupa 😂. Almaklumlah dah kenyang makan. Dalam kepala fikir nak balik office terus. Jadi, hanya ada gambar makanan & kafe saja untuk tatapan korang 😂.


Apa-apa pun terima kasih pada ex-office mates sebab sudi belanja & buat farewell celebration untuk Syu.  Walaupun hanya duduk lepak makan-makan & sembang-sembang untuk kali terakhir. Pada Syu ianya moment yang sangat berharga. Even though gambar ramai-ramai  lupa nak ambil 🤣. 

Farewell Ringkas Di New Yorker Cafe

Julai 19, 2022