Agak lama juga Syu tak coretkan sesuatu dalam Syuderis.com ni kan? Almaklumlah, terlampau sibuk dengan urusan tukar kerja. Kemudian, ditambah pula dengan mood beraya raya haji hari tu. Kalau ikutkan ada banyak perkara yang nak diceritakan. Tapi, dek kerana kekangan masa & mood menulis agak ke laut sejak akhir-akhir ni. Maka, Syu biarkan sekejap blog Syu sendu seketika. Harap tak ada yang rindu 😂.
Farewell ringkas di New Yorker Cafe
Sebelum berhenti kerja hari Selasa lepas. Syu agak sibuk clear-kan sisa-sisa kerja & buat beberapa serahan tugas kepada rakan sekerja Syu. Tak banyak mana pun saki baki kerja yang tinggal. Selebihnya banyak yang Syu dah selesaikan. Especially, hal-hal yang melibatkan pekerja asing. Lagipun projek pembinaan dah tak banyak. Kerja pun tak berapa nak ada. Kalau serah dekat orang baru silap-silap menung tak ada kerja nak buat.
Dalam sibuk-sibuk settle-kan kerja, sempat jugalah rakan sekerja Syu ajak buat farewell ringkas di New Yorker Cafe. Dalam hati baru nak terbang begitu saja. Tak nak ada farewell celebration segala. Dah diaorang nak buat juga. Kita layankan saja. Lagipun, aktivitinya tak berat mana pun. Cuma duduk makan & sembang-sembang kosong saja 😆. Kira okeylah kan? Bukan selalu. Sekadar buat syarat sebelum berpisah.
Sejujurnya, New Yorker Cafe ni memang cantik & selesa tempatnya. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ada perancangan nak buat simple events & parti. Makanan di kafe ni pun boleh tahan sedap. Portion banyak 😁. Harga pun berpatutan.
Cantik dekorasi dalamannya. Ringkas & sejuk mata memandang. |
Masa makan di New Yorker Cafe hari tu, Syu pesan set nasi ayam penyet. Dalam set tu ada disertakan air lemon tea & juga aiskrim. Kira lengkaplah set makan tengahari yang ditawarkan. Lengkap dari main course sehinggalah ke pencuci mulut 😘.
Niat asal nak pesan set spaghetti chicken bolognese. Tapi, memandangkan perut dah lapar nasi. Jadi, kita pesan set nasi saja. Selain set makan tengahari, set sarapan pagi & makan malam pun ada juga. Korang boleh pergi ke laman FB New Yorker Cafe untuk info lebih lanjut.
Majoriti pesan set nasi. Cuma yang seorang tu saja pesan set chicken chop. |
Sliced cake pun ada dijual di kafe ni. Tapi, kami hanya mampu pandang saja sebab dah terlampau kenyang 🤣. |
Mati-mati ingat makanan betul. Sabar jelah 😂. |
Sebelum balik office cadang nak ambilah gambar beramai-ramai dalam sekeping dua. Tapi malangnya, masing-masing terlupa 😂. Almaklumlah dah kenyang makan. Dalam kepala fikir nak balik office terus. Jadi, hanya ada gambar makanan & kafe saja untuk tatapan korang 😂.
Apa-apa pun terima kasih pada ex-office mates sebab sudi belanja & buat farewell celebration untuk Syu. Walaupun hanya duduk lepak makan-makan & sembang-sembang untuk kali terakhir. Pada Syu ianya moment yang sangat berharga. Even though gambar ramai-ramai lupa nak ambil 🤣.
Wahhh, camana leh lupaaa gambo reramaiii 😂Sabo jelaaa... Raikan kenangan terakhir...
BalasPadamsemoga maju jaya ditempat baru
BalasPadammenu yang ada ayam tu alahai menggoda seksi sungguh
BalasPadambestnya time shida masa resign..celebrate kat rumah sbb PKP hahaa. Tahniah syu!
BalasPadamSedap tgk makanan tu
BalasPadam