Huawei Band 8 Best 👍🏻!

September 24, 2023

Actually, dah lama dah Syu teringin nak beli jam. Tapi, tak terbeli-beli 😅. Bukan apa, Syu tengah dok fikir-fikir. Nak beli jam biasa ke? Nak beli smart watch 🤔? Paling bagus, kalau dapat jam yang jenis rechargeable. Tak payah Syu runsing nak bertukar bateri dah.


Fikir punya fikir. At the end, Syu decide untuk beli Huawei Band 8 ni. Harga pun murah. Tak sampai pun RM150 🤭. Itu pun beli masa sales dekat Shoppe. Yang best-nya, jam ni unisex. Lelaki perempuan boleh pakai 😁. 


Huawei band 8


Niat asal Syu, nak beli Honor Watch GS3. Memang cantik betul jamnya. Design pun nampak lebih elegan. Function-nya pun ada up sikitlah compare Huawei band 8 ni. Tapi apakan daya. Harganya pun cantik juga 😂.


Since, poketku tak seindah jam. Maka, kita beli smart watch yang biasa-biasa saja 🤣. Nanti ada duit lebih sikit, baru kita upgrade dengan yang lebih advance. 



Kecil & minimalis


Alang-alang harga jamnya dah murah. Syu pun beli dua terus. Satu untuk Syu & satu lagi untuk encik suami as a present sempena birthday dia nanti 😁.


Saiz jam Honor Band 8 ni tak besar sangat. Ngam-ngam & cantik terletak bila pakai dekat tangan. Jam ni bagus untuk fitness sebenarnya & sangat compatible dengan peranti jenis iOS & Android.


Huawei band 8
Watch face boleh tukar ikut citarasa korang. Ada bermacam-macam design boleh pilih. 


Selain tu, Honor Band 8 didatangkan lengkap dengan pelbagai fungsi yang sangat bagus untuk keep track korang punya :


  • Kadar O2 dalam badan (SpO2)
  • Tidur
  • Stress level
  • Heart beat
  • Aktiviti
  • Handphone yang korang suka lepek rata-rata tu 🤣


Huawei band 8
Banyak functions yang best dalam Huawei band 8. Cuma tak ada GPS tracking saja 😁. 


Overall, Huawei Band 8 ni memang bestEspecially, fungsi find phone tu. Lepas ni, takkan ada lagi kes handphone hilang dari radar dah. Main miscall pakai handphone orang lain pun tak payah dah. Sebab Syu sendiri dah boleh cari handphone Syu dengan menggunakan jam ni 🤭. 

Comments

  1. Saya ada satu smart watch.. Hadiah dari isteri. Dia dapat cabutan bertuah.. 😀

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!