Mac 14, 2025
Redmi Pad SE Pilihan Hati!
![]() |
| Tercapai juga hajat nak beli tab. Lama tunggu! Dapat juga akhirnya. |
Beli tab ni antara wish list 2024 Syu sebenarnya. Since, time tu tak berapa nak cukup sen. Kita pun KIV lah bawa ke tahun ni. Makan masa juga Syu nak survey brand tab yang best dekat luar sana. Almaklumlah, takut tersalah beli lah katakan. Lagipun, kita ni dah lah noobs sikit bab-bab gadget ni 😅. Kalau boleh nak pilih tab yang betul-betul puas hati sampai tak nak tukar-tukar tab dah!
Brand Redmi jadi pilihan hati!
Kali ni Syu decided untuk pilih tab brand Redmi - Redmi Pad SE 11. Tabnya Syu beli dekat official website Xiaomi. Bukan apa, selamat sikit in case kalau ada apa-apa isu. Kalau ikutkan plan asal nak setia dengan brand Honor & Huawei. Tapi, pocket pula tak mandang 🫣!
Untuk Syu Deris, guna brand yang macam ini pun dah kira okay dah sebenarnya. Beli ikut sesuai poket sendiri 😂. Lagipun, Syu just guna untuk buat kerja-kerja ringan jer. Macam berblog. Tengok movie & main game sikit-sikit. Kalau canggih sangat nanti tak reti guna pula nanti.
![]() |
| Saiz tab 11". ROM 256gb. RAM 8gb + 4gb. |
Setakat ni, boleh tahan jugalah Redmi Pad SE ni punya performance. Tab tak cepat panas. Bila run banyak apps dalam satu-satu masa tab tak lagging & glitches. Mungkin tabnya still baru & tak ada banyak background apps yang tengah running. Almaklumlah, barang baru! Lagipun, Syu kerap juga boost dia punya performance & clear caches setiap kali lepas run apa-apa apps.
Untuk internal storage tab ni, boleh dikatakan besar juga 256gb - Kalau tak cukup space boleh tambah SD card. RAM-nya pula 8gb+4gb. Memang sangat okaylah kalau nak buat kerja ringan-ringan macam berblog & main game. Untuk buat kerja-kerja grafik pun boleh juga. Tapi, lagi better ambil up sikitlah kan? Baru puas. Sebab Redmi Pad SE ni tak ada palm rejection. So, ada kekurangan sikit dekat situ.
Saiz tab Redmi Pad SE ni besar juga 11 inci. Puas hatilah tengok skrin besar. Cuma kalau pegang sebelah tangan lama-lama, tangan agak lenguh sikit. Berat! Speaker dia mantap 👍🏻. Sound sedap & kuat sebab guna technology Dolby Atmos. Memang puas hatilah kalau guna untuk tengok movie dekat Loklok & Netflix. Okay, done spill tab baru. Harap boleh pakai lama 😂.
September 24, 2023
Huawei Band 8 Best 👍🏻!

Actually, dah lama dah Syu teringin nak beli jam. Tapi, tak terbeli-beli 😅. Bukan apa, Syu tengah dok fikir-fikir. Nak beli jam biasa ke? Nak beli smart watch 🤔? Paling bagus, kalau dapat jam yang jenis rechargeable. Tak payah Syu runsing nak bertukar bateri dah.
Fikir punya fikir. At the end, Syu decide untuk beli Huawei Band 8 ni. Harga pun murah. Tak sampai pun RM150 🤭. Itu pun beli masa sales dekat Shoppe. Yang best-nya, jam ni unisex. Lelaki perempuan boleh pakai 😁.
Niat asal Syu, nak beli Honor Watch GS3. Memang cantik betul jamnya. Design pun nampak lebih elegan. Function-nya pun ada up sikitlah compare Huawei band 8 ni. Tapi apakan daya. Harganya pun cantik juga 😂.
Since, poketku tak seindah jam. Maka, kita beli smart watch yang biasa-biasa saja 🤣. Nanti ada duit lebih sikit, baru kita upgrade dengan yang lebih advance.
Kecil & minimalis
Alang-alang harga jamnya dah murah. Syu pun beli dua terus. Satu untuk Syu & satu lagi untuk encik suami as a present sempena birthday dia nanti 😁.
Saiz jam Honor Band 8 ni tak besar sangat. Ngam-ngam & cantik terletak bila pakai dekat tangan. Jam ni bagus untuk fitness sebenarnya & sangat compatible dengan peranti jenis iOS & Android.
![]() |
| Watch face boleh tukar ikut citarasa korang. Ada bermacam-macam design boleh pilih. |
Selain tu, Honor Band 8 didatangkan lengkap dengan pelbagai fungsi yang sangat bagus untuk keep track korang punya :
- Kadar O2 dalam badan (SpO2)
- Tidur
- Stress level
- Heart beat
- Aktiviti
- Handphone yang korang suka lepek rata-rata tu 🤣
![]() |
| Banyak functions yang best dalam Huawei band 8. Cuma tak ada GPS tracking saja 😁. |
Overall, Huawei Band 8 ni memang best! Especially, fungsi find phone tu. Lepas ni, takkan ada lagi kes handphone hilang dari radar dah. Main miscall pakai handphone orang lain pun tak payah dah. Sebab Syu sendiri dah boleh cari handphone Syu dengan menggunakan jam ni 🤭.





