![]() |
Tempatnya tak besar sangat. Tapi selesa & |
Di Batu Gajah di ada banyak kedai makan western sebenarnya. Tapi, nak cari yang sesedap macam makan di Cafe Bajet Kiut ni macam payah sikit. Kalau korang nak tahu, bulan ni saja dah masuk 3 kali Syu datang repeat makan dekat sini - Adik yang ambil order tu sampai dah kenal muka kitaorang laki bini.
Hari tu makan berdua jer dengan encik husband. Kali ni ajak si Sarah join sekali makan dekat sini. Dia kata dia nak belanja 😝! So, kita pun apa lagi. Pucuk di cita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan. Lagipun, bukannya selalu dia nak belanja kita!
![]() |
😋 Tasyabar nak makan! |
Dekat Cafe Bajet Kiut ni, Syu paling suka repeat diaorang punya pasta - Ada aglio olio, bolognese, buttermilk & carbonara. Biasanya Syu akan order Rasa pedas kuahnya tu memang betul-betul kick! Sesuai sangat dengan tekak Melayu kita yang jens suka makan pedas ni - Boleh request tak nak pedas.
![]() |
Syu jatuh cinta betul dengan spaghetti Bajet kiut ni. Dia punya sedap tu tak tahu nak describe macam mana. |
Selain menu berasaskan pasta, chicken chop & side dishes lain pun ada juga - Mushroom sup & garlic bread sedap! Overall, menu western dekat Bajet Kiut ni semua sedap-sedap belaka. Portion banyak. Harga pun idak ler mahey bebebo! Still affordable. By the way, kalau korang ada singgah Batu Gajah, jangan lupa singgah makan sini okay! 😘
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!