Kontrak Kerja Perlu Stamping LHDN atau Tak? Ini Jawapannya!

Mei 26, 2025

Pernah tak masa tengah sign kontrak kerja, tiba-tiba terfikir – "Eh, kena stamping LHDN ke tidak kontrak ni?" Atau mungkin bos suruh pergi LHDN tapi kita pun tak pasti kenapa.


Sebenarnya, ramai yang masih keliru tentang isu ni – sama ada kontrak kerja memang wajib dicop (stamp) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau sekadar formaliti je.


Yang tengah cari jawapan tu, jangan pergi mana-mana. Korang dah landing dekat tempat yang betul dah ni. Pasal dalam artikel kali ni, Syu akan kupas lebih lanjut pasal stamping kontrak kerja, apa kesan kalau tak buat & macam mana proses stamping tu sebenarnya.



Apa Itu Stamping LHDN?

Sebelum kita pergi jauh, meh kita faham dulu apa benda “stamping” tu. Stamping LHDN atau nama penuhnya pemateraian duti setem ialah proses pengesahan dokumen perjanjian bertulis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Bila mana satu-satu dokumen perjanjian tu dimatikan setem (stamp duty), secara asasnya dokumen tersebut diperakui sah bagi tujuan undang-undang & juga boleh dijadikan bukti di mahkamah in case kalau ada apa-apa isu di kemudian hari.


Stamping LHDN
SUMBER FOTO : Freepik


Dalam bab kerja - kontrak kerja misalnya. Ia bukan sekadar helaian kertas yang sarat dengan syarat kerja semata-mata. Tapi merupakan satu perjanjian sah antara majikan & pekerja sepertimana yang dah termaktub dalam Akta Kerja 1955.

 

Di bawah Seksyen 10 Akta ni, majikan wajib mengemukakan kenyataan bertulis kepada pekerja yang dalamnya ada menerangkan terma & syarat kerja – termasuk gaji, waktu kerja, cuti dan sebagainya.



Kontrak Kerja Perlu Stamping Ke Tak?

Secara ringkasnya, kontrak kerja perlu di stamping seperti mana yang termaktub dalam Akta Setem 1949. Kenapa?

 

  1. Untuk jadikan kontrak kerja tersebut sah di sisi undang-undang

  2. Boleh diguna pakai di mahkamah sekiranya ada berlaku pertikaian antara majikan dan pekerja

  3. Mengelakkan penalti sebab tak setem dalam tempoh yang ditetapkan

 

Walaupun di dalam Akta Kerja 1955 tak ada dinyatakan berkenaan stamping. Tapi bila ia melibatkan "dokumen perjanjian" secara tidak langsung Akta Setem 1949 diguna pakai. Dalam akta ni, sebarang bentuk perjanjian bertulis (termasuk kontrak kerja) kena dimatikan setem.


Jadi walaupun Akta Kerja 1955 tak ada disebut perkataan "stamping", tapi bila kita nak kontrak tu diiktiraf sebagai satu bukti yang sah kalau ada isu (contohnya kes pekerja vs majikan), stamping tu akan jadi sangat penting.



Bila Kena Setem?

Berdasarkan Akta Setem 1949, suatu kontrak kerja tu kena dimatikan setem dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen ditandatangani. Andai kata terlepas dari tempoh tu, pihak LHDN sana akan kenakan penalti.



Berapa Kos Stamping Kontrak Kerja?

Kos stamping kontrak kerja tak mahal pun – cuma RM10 untuk setiap salinan asal kontrak kerja. Tapi kalau ada klausa lain macam pinjaman, elaun khas, atau sewa tempat tinggal, mungkin akan ada pertambahan kos stamping. Bergantung pada nilai.

 

 

Siapa Kena Uruskan?

Kebiasaannya, majikan yang akan uruskan stamping kontrak kerja ni. Tapi, ada juga segelintir pekerja pergi ke LHDN sendiri untuk buat stamping. Cuma jarang sekali berlakulah. 

 


Cara Buat Stamping LHDN?

Ada dua cara mudah untuk buat stamping sebenarnya. Tapi, cara nombor dua lebih convenient  & mudah sikitlah.

  1. Pergi ke pejabat LHDN berdekatan – isi borang, bayar & terus dapatkan setem.

  2. Guna sistem atas talian (STAMPS LHDN) – Untuk syarikat yang ramai pekerja. Boleh guna cara ni.

     

 

Apa Jadi Kalau Tak Buat Stamping?

 

Kalau kontrak kerja tak distamp:

  • Tak sah untuk dibawa ke mahkamah.

  • Boleh dikenakan penalti sebab dah langgar Akta Setem 1949.

  • Menyusahkan bila ada pertikaian hak pekerja.

 

Seperti mana yang termaktub di dalam Akta Setem 1949, kontrak kerja memang perlu stamping dengan LHDN. Prosesnya senang jer. Online pun dah boleh buat. Cuma kos stamping tu yang akan menjadi pertikaian kepada syarikat-syarikat yang ada ramai pekerja. Bayangkanlah, pekerja bukan ambil seorang dua. Satu stamping dah RM10. Kalau 600 kontrak kerja nak kena  stamping dah berapa dah?? Makan modal juga tu kan.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!