Korang pernah dapat bouquet bunga fresh tak? Tak kisahlah korang dapat time korang punya birthday, anniversary & masa konvokesyen sekalipun. Masa dapat tu of course korang rasa seronok & hati berbunga-bunga kan. Lagipun, bukan hari-hari orang nak bagi kita bunga fresh. Once in a while je!
Tapi, itulah. Bunga fresh ni kadang-kadang cepat hilang seri. Jenis tak tahan lama & cepat rosak. Dapat dekat kita hari ni. Esok lusa dah layu & mati. Sedih kan?! Tak dapat nak cuci mata tatap bunganya lama-lama. Harga dah lah mahal. Lainlah kalau dapat bunga plastik. Sampai ke sudah tak mati-mati bunganya 😁.
Tips Penjagaan Bunga Fresh
Bunga fresh memang cantik, tapi kadang-kadang, sekejap je dia hilang seri. Dekat sini Syu ada beberapa tips mudah yang korang boleh ikut supaya bunga fresh korang tahan lama & lambat rosak. Kalau nak bunga maintain segar sepanjang minggu, follow je tips ni. Gerenti bunga korang tu lambat rosak & akan nampak cantik jer sepanjang masa.
1. Potong Stalk Bunga Sebelum Letak Dalam Air
Sebelum korang letak bunga dalam pasu, pastikan korang potong sikit batang bunga tu. Sebaik-baiknya buat potongan serong sudut 45 darjah. Bila potong menyerong macam tu, bunga boleh serap air dengan lebih baik. Make sure potong guna pisau & bukannya gunting! Kalau guna gunting, batang bunga boleh tertekan & menghalang bunga dari menyerap air dengan efektif.
2. Tukar Air Pasu Setiap Hari
Bunga fresh ni suka air yang bersih. Jadi, jangan biarkan air dalam pasu bertakung lama-lama. Setiap hari, tukar air pasu untuk elakkan air jadi kotor & ada bakteria. Sebab bakteria ni mempercepatkan kerosakkan bunga. Kalau korang nampak air dalam pasu tu macam dah keruh, better korang tukar cepat airnya!
3. Gunakan Air Suam & Bukan Air Sejuk
Mungkin tak ramai yang tahu, tapi bunga fresh sebenarnya lebih suka air suam berbanding air sejuk. Air sejuk ni sebenarnya boleh buatkan bunga jadi stress & cepat layu. Sebaiknya, guna air yang sedikit suam (bukan panas tau!) untuk pastikan bunga lebih tahan lama & kekal segar.
4. Letakkan Bunga Di Tempat Yang Betul
Jangan letak bunga fresh di tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Jauhkan bunga dari direct sunlight atau tempat yang terlalu lembap. Kalau boleh, letak bunga di tempat yang ada sedikit pencahayaan & tempat yang stabil suhunya.
5. Pengawet Bunga (floral preservatives)
Bunga fresh memang tak dapat hidup lama. Tapi, kita boleh panjangkan jangka hayat dia supaya korang boleh tatap bunga fresh korang tu lama sikit. Untuk extra care, korang boleh guna floral preservatives yang ada banyak dijual di kedai-kedai bunga.
![]() |
Bunga fresh memang cantik tapi jangka hayatnya tak lama - SUMBER FOTO : Pinterest |
Floral preservatives ni biasanya dalam dia ada floral food yang boleh bantu memanjangkan jangka hayat bunga fresh korang. Ada sesetengah orang tu suggest guna paracetamol. Tapi itulah, macam tak berkesan jer bila letak dekat bunga fresh tu.
Actually, formula asas untuk floral preservative ni terdiri daripada tiga bahan utama iaitu
- Gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan) - Gula ni membekalkan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
- Biocide (mengawal pertumbuhan bakteria) - Tanpa bahan ini, kehadiran gula dalam air akan meningkatkan populasi bakteria yang akan menyerang pada bahagian batang & sekaligus akan memendekkan jangka hayat keratan bunga.
- Acidifier - Merendahkan pH air & meningkatkan kadar resapan air Floral preservatives boleh dibeli dari kedai bunga samada dalam bentuk cecair atau serbuk. Sebagai pengganti kepada floral preservatives ni, korang juga boleh menggunakan pencuci mulut Listerine bersama air dengan nisbah 1:4.
![]() |
Kalau tak ada floral preservative, boleh juga cuba gunakan campuran cuka, gula (Boleh gantikan dengan air Sprite), air, peluntur & sedikit perahan jus lemon - SUMBER FOTO: Pinterest |
6. Bunga & Air Berpisah Tiada!
Bunga fresh ni memang perlukan air untuk hidup. Kalau pasu bunga korang kosong atau air dalam pasu dah kering, bunga akan layu dengan sangat cepat. Jadi, pastikan air sentiasa ada dalam pasu. Kalau rasa malas nak tukar air setiap hari, boleh letak sedikit batu kecil dalam pasu supaya bunga tak terlalu tenggelam dalam air. Cara ni juga boleh buat bunga kekal hidrat!
7. Buang Kelopak Layu!
Kadang-kadang ada juga kelopak bunga yang dah layu. Kelopak bunga yang dah layu tu kena dibuang. Jangan dibiarkan. Kalau nampak, cepat-cepat diguntingkan kelopak yang dah layu tu supaya tak kacau bunga lain yang masih segar. Lagi satu kelopak bunga yang dah mati ni kulat & bakteria suka. Untuk elakkan kelopak bunga lain terkena infection, ada baik korang buang siap-siap.
Jaga bunga fresh ni tak susah mana pun sebenanrnya, asalkan korang tahu cara & tekniknya yang betul. Andai kata bunga fresh korang tu dah tak boleh diselamatkan juga. Korang kerat jer batang bunga fresh tu & jadikan bunga potpourri. Setel masalah! 😁
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!