Rambut Gugur Teruk!

Disember 24, 2023

Isu rambut gugur Syu ni dah lama dah sebenarnya. Lately, condition-nya macam makin teruk pula. Mengalahkan orang sakit 😅. Sikat ke tak sikat ke, sama saja. Memanjang nak luruh. Bukan sehelai dua. Sekali lurut, berhelai-helai lekat dekat tangan 😭! Jenuh bertukar syampu & conditioner. Tapi, macam tak ada apa-apa perubahan pun. Serius, frustrated gila Syu rasa. 



Pernah juga kena tegur dengan husband sebab merata-rata tempat ada rambut gugur. Dalam bilik air, atas lantai, bantal tilam semua. Merata-rata. Sampai pernah termasuk dalam makanan pun ada tau 🥲. Serius korang. Syu tak tahu nak buat macam mana lagi dah.



Any suggestion please?


Actually, Syu nak minta pendapat sikit. Korang ada cara tak macam mana nak selesaikan masalah rambut Syu yang gugur teruk ni. Ada cuba juga petua-petua orang share dekat FB & website. Tapi, hasilnya tetap sama. Syu nak potong pendek, rasa sayang. Sebab nak bela bagi panjang tu pun ambil masa juga.


Ni tak campur yang ada dekat atas floor trap lagi.


Rambut Syu yang sekarang ni pun tak ada lah panjang sangat. Tapi, itulah. Takkan nak dipotong bagi pendek lagi? Lagipun, tak ada toncet payah. Lari-lari skarf kat kepala nanti. Tak pasal-pasal moody sehari suntuk dekat office😂. Korang tolonglah. Any suggestions please? Syampoo? Conditioner?Toner atau apa-apa home remedies & supplements yang boleh Syu amalkan. Penatlah rambut asyik gugur saja.

Comments

  1. Macam Cie dulu potong pendek je. Baru la kurang rambut gugur. Sekarang dah ok takdela gugur teruk sangat. Dah settle masalah boleh simpan semula rambut tu.

    BalasPadam
  2. sy x tau cara ni ok ke tak utk awak. sy buat bekam kepala setiap 40 hari. means lps buat bekam hari ni, then 40 hari kemudian buat lg. alhamdulillah ada perubahan... rambut krg gugur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima atas perkongsian. Bolehlah cuba nanti. Dah lama juga Syu tak buat bekam sebenarnya.
      Tapi bekam tu buat kat kepala lah kan? Ke bekam satu badan? 😅

      Padam
  3. btw result nya lambat tp berkesan

    BalasPadam
  4. Eqin xde la apa2 petua cumanya mmg jns xpndi smpn rmbt pnjg n krg gugirnya..done followers #130😁

    BalasPadam
  5. Menarik juga komen dari Dear Anies, tu...

    BalasPadam
  6. kalau rambut panjang mmg mcm tu.. busyra pun kadang gugur jgk..

    BalasPadam
  7. rambut ammi masa panjang mmg gugur...now dah sependek rambut polis masuk PULAPOL dah. walaupun tiada toncet...ok je takdelah berlari2 anak tudung tu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!