Posts with the label Petua
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Februari 04, 2025

Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? 🤔

Lain macam betul batuk kali ni! Perit! Batuknya sambung-menyambung tak henti-henti. Sampai terkencing-kencing dibuatnya 😂. Tekak pula gatal merenyam-renyam. Siap pakej berkahak lagi. Even dah makan antibiotik & ubat batuk doktor pun tak jalan.


Buah lai belah dua. Letak gula batu, bunga cengkih & goji beri - Patutnya kena pakai buah pear yang besar tu. Tapi ini jer yang ada dekat rumah 😶‍🌫️. 


Kukuslah sampai lembut - Syu kukus dalam 30 minit jer


Okaylah. Masih boleh diterima tekak. Kena makan suam-suam. Dah sejuk tak sedap 😂. 

End up, Syu cuba petua tradisi lama orang Cina ni. Cari dekat TikTok. Tak sure mujarab ke tidak untuk legakan batuk berkahak Syu ni. Dah nak masuk seminggu lebih juga tak baik-baik. Harap berkesanlah hendaknya. Tak lalulah nak hadap batuk ni lama-lama 😶‍🌫️. 

Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? 🤔

Februari 04, 2025

Disember 24, 2023

Rambut Gugur Teruk!

Isu rambut gugur Syu ni dah lama dah sebenarnya. Lately, condition-nya macam makin teruk pula. Mengalahkan orang sakit 😅. Sikat ke tak sikat ke, sama saja. Memanjang nak luruh. Bukan sehelai dua. Sekali lurut, berhelai-helai lekat dekat tangan 😭! Jenuh bertukar syampu & conditioner. Tapi, macam tak ada apa-apa perubahan pun. Serius, frustrated gila Syu rasa. 



Pernah juga kena tegur dengan husband sebab merata-rata tempat ada rambut gugur. Dalam bilik air, atas lantai, bantal tilam semua. Merata-rata. Sampai pernah termasuk dalam makanan pun ada tau 🥲. Serius korang. Syu tak tahu nak buat macam mana lagi dah.



Any suggestion please?


Actually, Syu nak minta pendapat sikit. Korang ada cara tak macam mana nak selesaikan masalah rambut Syu yang gugur teruk ni. Ada cuba juga petua-petua orang share dekat FB & website. Tapi, hasilnya tetap sama. Syu nak potong pendek, rasa sayang. Sebab nak bela bagi panjang tu pun ambil masa juga.


Ni tak campur yang ada dekat atas floor trap lagi.


Rambut Syu yang sekarang ni pun tak ada lah panjang sangat. Tapi, itulah. Takkan nak dipotong bagi pendek lagi? Lagipun, tak ada toncet payah. Lari-lari skarf kat kepala nanti. Tak pasal-pasal moody sehari suntuk dekat office😂. Korang tolonglah. Any suggestions please? Syampoo? Conditioner?Toner atau apa-apa home remedies & supplements yang boleh Syu amalkan. Penatlah rambut asyik gugur saja.

Rambut Gugur Teruk!

Disember 24, 2023