Buku Biografi & Sirah Nabi Muhammad Terbaik Hasil Karya Martin Lings

Disember 04, 2023

Ramai yang kata buku ni bagus. So, kita pun belilah as bahan bacaan tambahan.


Alhamdulillah. Akhirnya! Buku yang Syu tunggu-tunggu dah sampai 🥰. Lama juga Syu tak beli buku ilmiah macam ni sebenarnya. Masa belajar dedulu rajin juga berbeli buku. Tapi, more kepada buku novel lah! Novel cintan cintun gittew 😂!



Almaklumlah, zaman budak-budak baru nak up. Buku-buku jenis macam itulah yang rajin dibeli & tertarik nak dibaca. Jarang sekali nak beli buku-buku macam ni. Kalau ada pun tak banyak. Dekat rak buku nun, boleh dikira dengan jari 😅. 



Nak baca kena tenang-tenang. Kalau tak nanti tak faham.


Untuk pengetahuan korang. Buku sirah Nabi Muhammad ni tengah viral di Tik Tok. Senaskah harganya dalam RM76 - Syu dapat harga RM65.90, sebab beli masa promo. Punca jadi tertarik nak beli tu, sebab Tuan Haji Zainal Rashid kata buku ni buku sirah Nabi Muhammad yang terbaik & best seller.



Katanya, kalau nak tahu lebih mendalam pasal riwayat hidup Nabi Muhammad hasil penulisan Martin Lings ni. Buku sirah ni pada asalnya diterbitkan pada tahun 1983 dalam bahasa Inggeris - Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources. Kemudian, diterjemahkan pula ke dalam bahasa Melayu supaya lebih mudah untuk difahami.



Dah masuk cetakan ke-6


Buku sirah Nabi Muhammad yang Syu beli ni, hasil cetakkan yang ke-6. Cetakkan pertama dibuat pada Januari 2021. Dalam buku sirah Nabi Muhammad ni, ada diceritakan semua tentang riwayat hidup baginda Rasulullah S.A.W. Dari bermula kisah kewujudan Kaabah sampailah kisah wafatnya baginda. 



To be honest, buku ni memang best untuk tambah pengetahuan kita pasal sirah Nabi Muhammad S.A.W.! Total semua ada 85 bab. Babnya pendek-pendek saja. Tapi, dalam banyak-banyak bab, bab terakhir memang paling sedih nak baca. Sebab dalam bab tu cerita pasal wafatnya baginda Rasullullah S.A.W.



Apa-apa pun, terima kasih & syabas kepada perterjemah - Farhan Affandi Al-Mustaqeem M. Radhi. Penerbit - IBDE (Inisiatif Buku Darul Ehsan) & juga Kerajaan Negeri Selangor atas inisiatif kalian menterjemahkan buku ni. Rasanya, kalau baca yang bahasa Inggeris belum tentu Syu faham. Pada yang nak beli buku ni, boleh cari di Tik Tok Shop. Tak beli memang rugi!

Comments

  1. Tq cadangkan buku yang bagus. Ada beli buku sirah Nabi SAW yang tebal tapi penerbit lain.

    BalasPadam
  2. boleh masuk dalam wishlist lepas nie...terima kasih review nya

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!