Welcome December

Disember 02, 2023

 

Dah masuk bulan Disember dah kita ya kawan-kawan! Kurang dari 30 hari. Esok lusa, tahun 2023 pun bakal melabuhkan tirai & say goodbye pada kita. Bukan apa, cepat betul masa berlalu kan? Serius! Tak terasa.

Kerja dekat tempat yang baru ni pun dah nak dekat setahun lebih dah. Rasa macam baru semalam pergi lapor diri - Ke aku yang terlalu busy sebenarnya sampai tak perasan hari-hari tu berlalu pergi?



Berblog macam chipsmore!


Sejujurnya, ada banyak misi Syu tak tercapai tahun ni. Especially, melibatkan blog Syuderis.com. Korang bayangkanlah. Segala mak nenek pasal perkembangan blog Syu, semuanya tak berapa cantik. PV jatuh. Revenue Google Adsense dropped - sampai  nak dekat 60 persen drop-nya korang. Bukan sikit-sikit. Lebih dari separuh!


Salah satu sebabnya. Berblognya macam chipsmore. Sekejap tenggelam. Sekejap timbul. Dah macam sabut hanyut pun ada. Lepas tu, ditambah pula line internet yang tak bagi kerjasama & meminta disumpah sentiasa. Memang mengundang kejatuhan yang tiada taralah jawabnya.



Kalau ikutkan, ada banyak perkara nak dicelotehkan di blog sebenarnya. Tapi, itulah...Banyak sangat kekangan. Korang banyangkanlah. Dekat draft Syu saja, ada berlambak entri Syu buat separuh jalan. Entah bila nak publish pun tak tahu.


Jujur Syu cakap. Dalam sebulan, tak banyak entri yang Syu create publish dekat blog. Boleh dikira dengan jari. Sadiskan? Harap-harap masuk tahun 2024 nanti, Syu boleh kekalkan momentum berblog Syu. Okay! Sambung esok pula berceloteh.

Comments

  1. Make a comeback! Semoga berjaya aktif semula blogging 🌸

    BalasPadam
  2. Wow..busy benor tu..takpe..siapkan satu persatu..draft pertama habiskan..then sambung besok besok draft kedua..ahahaha.janji hapdet..kan..saya pun dah kelaut mood..tapi takleh tinggal lama gak 😆

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!