5 Tahun Tak Bersua Muka 🥹

Disember 23, 2023

Malam tadi sempatlah jumpa sekejap kawan Syu satu UiTM dulu. Siti Nurbaya nama dia. Jauh dari Kuantan nun dia datang tau. Alang-alang dia nak balik Sungai Petani, dia ajak Syu jumpa sekejap. Lama betul tak jumpa dia. Sampai dah besar panjang dah si Indah. Kali terakhir jumpa, masa Syu kahwin tahun 2018 hari tu. Korang imagine-lah dah berapa lama Syu tak jumpa dia. Masa tu, si budak Indah ni masih dalam perut mama dia lagi. Jumpa sekali lagi, dah besar panjang dah anak dara dia 😅. 


Masa ni Indah dalam perut mama dia lagi ðŸ˜‚. 


Lepas ni, tiap-tiap tahun lah boleh jumpa diorang. Sebab Syu dah officially jadi client mama Indah ni. Kalau korang nak tahu, Mama Indah ni ejen insuran Great Eastern Takaful & personal financial advisor juga. So, kalau korang berminat nak ambil apa-apa pakej insuran & dapatkan khidmat nasihat kewangan dari orang yang bertauliah. Korang boleh cuba hello-hello kawan Syu ni - Sempat lagi promote kawan ðŸ¤­. Tak kisahlah korang nak ambil medical card, waima hibah untuk husband & wife korang sekali pun.


Great Eastern Takaful
Rindu weyh...lama betul tak jumpa ko! Anak dara ko pun dah besar panjang ðŸ˜‚. 


Macam-macam cerita kami sembangkan malam tadi. Memang throwback & flashback balik semua kisah-kisah lama. Walaupun sekejap, at least terubat juga rindu nak jumpa diorang satu family. Sebelum balik, sempatlah si Baya explain sikit pasal pakej insuran yang Syu ambil dengan dia. Almaklumlah, kita dah jadi client dia kan. So, dah memang tanggunjawab dia lah untuk bagi explaination dekat kita.



Bila dah ambil insuran dengan kawan ni, faham-faham sajalah. Jadi, susah sikitlah nak skip payment bagai. So, pada Syu ada kebaikkan juga sebenarnya. At least, Syu boleh konsisten buat bayaran untuk investment jangka panjang Syu. Kita bukan tahu, apa jadi di kemudian hari kan? So, sediakan payung sebelum hujan is the best decision to made!


Dapat ole-ole 2024 dari Great Eastern Takaful. Thanks Baya! ðŸ˜˜


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!