Mac 21, 2025
Petua Elak Nasi Impit Cepat Berair & Basi

Selain lemang & ketupat. Nasi himpit (atau nasi impit) juga antara juadah yang WAJIB ADA setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Tak kisahlah samada nasi himpit homemade atau nasi himpit segera sekalipun. Dua-duanya sesuai untuk dimakan dengan rendang, kuah kacang & kuah lodeh 😋.
![]() |
| Nasi himpit digandingkan bersama dengan kuah kacang & sate pun sedap juga 😋 - KREDIT FOTO : Cookidoo |
Nasi impit ini macam nasi biasa juga. Bahan utamanya adalah beras. Cuma ianya dimasak lembik & nasinya dipadatkan sampai nasinya betul-betul mampat & tak nampak lagi butir-butir nasi. Nasi impit ni sensitif sikit! Mudah berair dan cepat basi. Tambah-tambah bila nasi himpitnya tak dimasak & disimpan dengan cara yang betul.
Petua elak nasi himpit cepat basi
Pernah juga cuba beberapa petua untuk bagi nasi impit tahan lama. Tapi, failed! Jadi, hari ni, Syu share beberapa petua yang selalu Syu & mak Syu guna untuk elakkan nasi impit dari cepat basi. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ni nanti. Guna petua ni confirm berhari-hari boleh tahan nasi himpit korang!
1. BASUH BERAS
![]() |
| Basuh beras bersih-bersih supaya nasi impit lambat basi. |
Penting untuk kita basuh beras nasi himpit tu bersih-bersih terlebih dahulu supaya beras nasi himpit bersih dari sebarang kekotoran yang boleh menyebabkan nasi himpit cepat berair & basi. Tak payah basuh lama-lama. Cukup sekadar air basuhan tu beras tu jadi jernih.
Bila beras nasi himpit dibasuh bersih, barulah nasi himpit akan jadi lebih cantik. Warnanya pun nampak elok putih bersih. Agak-agak beras dah bersih, bolehlah masak nasi himpitnya macam biasa. Nak nasi himpit sedap & berbau wangi, jangan lupa letakkan beberapa helai daun pandan time merebus nasi himpit.
2. ELAKKAN LETAK GARAM
Garam ni bagus untuk tambahkan rasa kosong pada nasi himpit tu. Tapi, yang tak bangusnya. Garam ni boleh menyebabkan nasi himpit jadi cepat berair. Bila cepat berair, faham-faham sajalah nasi himpitnya akan jadi macam mana. Jadi, elakkan penggunaan garam ketika merebus nasi himpit. Lantaklah nasi himpit tu rasa kosong ke apa. Janji nasi himpitnya tak cepat basi disebabkan dek garam tu!
3. LEBIHKAN MASA MEREBUS
Bagi nasi himpit segera, masa merebus bergantung kepada jenis beras, saiz & kuantiti nasi himpit yang kita rebus. Paling kurang makan masa 2 jam untuk bagi nasi himpit betul-betul lembut & padat dalam plastik.
Selalu dekat packaging, masa masak yang dicadangkan adalah selama sejam. Tapi, seeloknya rebus nasi himpitnya lama sikit. Kalau boleh, masak sampai tak nampak butir-butir nasi dalam bungkusan nasi himpit tu. Barulah dapat hasil nasi himpit yang padat & sempurna.
Bila dipotong nanti, tak adalah isu nasi himpitnya berderai & ada butir-butir nasi. Pasal nasi himpitnya masak elok & betul-betul padat. Dengan lebihkan masa merebus, nasi himpit susah nak berair & basi juga! Jadi, lebihkan masa merebus nasi himpit tu. Dalam 15-20 minit pun dah okay dah.
4. TOS SEHINGGA BETUL-BETUL KERING
Untuk nasi himpit segera. Bila nasi impit dah betul-betul masak. Terus diangkat dan toskan nasi himpitnya sehingga betul-betul kering. Jangan dibiarkan terendam pula dalam air rebusan tadi. Kalau boleh, gunakan raga atau penapis besar supaya lebihan air dalam nasi himpit tadi boleh mengalir keluar & tak ada sisa air yang tertinggal dalam nasi himpit.
5. JANGAN BAGI KENA KIPAS ANGIN!
Ini satu lagi pantang nasi himpit yang mak Syu selalu pesan! Syu yakin mesti ramai yang tak tahu. Lepas nasi himpit dah masak, korang kena biarkan nasi himpit tu sejuk sendiri dalam raga/penapis besar. Tak perlu dianginkan dengan kipas angin untuk sejukkan nasi himpit. Kalau dianginkan juga nanti wap panas nasi himpit yang baru dimasak tadi akan terperangkap didalam plastik nasi himpit tu. Confirm sehari jer nasi himpitnya bertahan disebabkan dah berkuap & berair!
6. NAK MAKAN BARU DIPOTONG
Nasi impit yang dah dipotong lebih cepat berair & basi sebenarnya. Jadi, pastikan korang potong nasi impit tu bila nak dihidangkan sahaja. Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan/plastik. Kalau boleh, kurangkan pegang nasi impit yang dah dipotong tu dengan tangan.
Gunalah whatever penyepit/sudu/garfu untuk pegang & ambil. Pastikan juga pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih. Pasal pisau & landas yang kotor pun boleh jadi salah satu punca kenapa nasi himpit tak boleh tahan lama.
5. SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK
Selalu masa raya, kita mesti akan masak lebih nasi himpitnya. Almaklumlah, nak masak nasi himpit ni bukan sekejap. Makan masa yang lama juga. Jadi, setiap kali masak tu terpaksa masak dalam kuantiti yang banyak. Bila dah masak banyak belum tentu makan sampai habis kejap-kejap itu juga kan? Jadi, nak tak nak kena simpan untuk bawa ke hari esok.
Cuaca panas menyebabkan nasi impit cepat berair & basi. Nak nasi himpit tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk. Kalau korang guna nasi himpit segera, boleh simpan terus dalam peti ais. Bila nak makan, kukus balik & sejukkan macam biasa. Tapi, kalau korang buat nasi himpit homemade - Dalam loyang contohnya. Make sure korang tutup permukaan nasi himpit tu dengan cling wrap untuk elakkan nasi himpit tu kering.
Setakat ni, itu saja petua yang Syu & mak Syu selalu praktikkan untuk elakkan nasi himpit cepat berair & basi. Andai kata korang ada petua lain. Boleh share di ruangan komen. Mana tahu ada petua lain yang Syu tak tahu.
Februari 04, 2025
Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? 🤔
Lain macam betul batuk kali ni! Perit! Batuknya sambung-menyambung tak henti-henti. Sampai terkencing-kencing dibuatnya 😂. Tekak pula gatal merenyam-renyam. Siap pakej berkahak lagi. Even dah makan antibiotik & ubat batuk doktor pun tak jalan.
![]() |
| Buah lai belah dua. Letak gula batu, bunga cengkih & goji beri - Patutnya kena pakai buah pear yang besar tu. Tapi ini jer yang ada dekat rumah 😶🌫️. |
![]() |
| Kukuslah sampai lembut - Syu kukus dalam 30 minit jer |
![]() |
| Okaylah. Masih boleh diterima tekak. Kena makan suam-suam. Dah sejuk tak sedap 😂. |
End up, Syu cuba petua tradisi lama orang Cina ni. Cari dekat TikTok. Tak sure mujarab ke tidak untuk legakan batuk berkahak Syu ni. Dah nak masuk seminggu lebih juga tak baik-baik. Harap berkesanlah hendaknya. Tak lalulah nak hadap batuk ni lama-lama 😶🌫️.
Disember 24, 2023
Rambut Gugur Teruk!

Isu rambut gugur Syu ni dah lama dah sebenarnya. Lately, condition-nya macam makin teruk pula. Mengalahkan orang sakit 😅. Sikat ke tak sikat ke, sama saja. Memanjang nak luruh. Bukan sehelai dua. Sekali lurut, berhelai-helai lekat dekat tangan 😭! Jenuh bertukar syampu & conditioner. Tapi, macam tak ada apa-apa perubahan pun. Serius, frustrated gila Syu rasa.
Pernah juga kena tegur dengan husband sebab merata-rata tempat ada rambut gugur. Dalam bilik air, atas lantai, bantal tilam semua. Merata-rata. Sampai pernah termasuk dalam makanan pun ada tau 🥲. Serius korang. Syu tak tahu nak buat macam mana lagi dah.
Any suggestion please?
Actually, Syu nak minta pendapat sikit. Korang ada cara tak macam mana nak selesaikan masalah rambut Syu yang gugur teruk ni. Ada cuba juga petua-petua orang share dekat FB & website. Tapi, hasilnya tetap sama. Syu nak potong pendek, rasa sayang. Sebab nak bela bagi panjang tu pun ambil masa juga.
![]() |
| Ni tak campur yang ada dekat atas floor trap lagi. |
Rambut Syu yang sekarang ni pun tak ada lah panjang sangat. Tapi, itulah. Takkan nak dipotong bagi pendek lagi? Lagipun, tak ada toncet payah. Lari-lari skarf kat kepala nanti. Tak pasal-pasal moody sehari suntuk dekat office😂. Korang tolonglah. Any suggestions please? Syampoo? Conditioner?Toner atau apa-apa home remedies & supplements yang boleh Syu amalkan. Penatlah rambut asyik gugur saja.
Mei 01, 2023
Petua Popia Simpul Kasih Rangup & Tak Serap Minyak

Buat Popia Simpul Kasih ni senang saja sebenarnya. Cuma yang jadi susah tu bila dapat kulit popia yang tak reti nak bagi kerjasama. Memanjang saja nak koyak bila disimpul. Lepas tu jadi cepat kering bila kena angin. Memang menguji kesabaran betul. Boleh hilang terus rasa kasih nak menyimpul tau 😌!
![]() |
| Bercinta nak menyimpul 😂. |
Bahan utama nak buat Simpul Kasih ni ada dua saja. Kulit popia & serunding. Serunding pula ada macam-macam jenis. Serunding daging, ayam & ikan. Terpulang pada citarasa korang nak pakai inti mana. Kalau Syu, Syu guna Chicken Floss saja buat Popiah Simpul Kasih. Murah sikit! Sedap pun sedap 😁.
Tips Popia Simpul Kasih Rangup & Tak Serap Minyak
Popia Simpul Kasih yang kurang rangup & berminyak memang tak best bila dimakan. Jom Syu share macam mana Syu buat Popia Simpul Kasih yang rangup & tak serap minyak. Actually, senang saja. Hanya perlu :
1) Keringkan Popiah Simpul Kasih sebelum digoreng
Sebelum Popia Simpul Kasihnya digoreng. Make sure, kulit Popia Simpul Kasih betul-betul kering. Paling elok jemur dibawah panas matahari. Memang cepat kulit Popia Simpul Kasihnya kering. Tak pun korang anginkan saja bawah kipas.
Bila Kulit Popia Simpul Kasih betul-betul kering, korang dapat kurangkan masa menggoreng. Pada masa yang sama, korang juga dapat menjimatkan penggunaan minyak masak. Almaklumlah, minyak kan dah mahal sekarang ni. Jadi, kena jimat-jimat 🤭.
2) Buang lebihan minyak guna air fryer
Kalau korang ada air fryer, boleh cuba air fryer-kan sekejap Popia Simpul Kasih yang korang dah gorengkan tadi. Guna air fryer ni bagus sebab Ia boleh keluar lebihan minyak yang ada pada Popia Simpul Kasih tu.
Sisa minyak yang ada tu jangan dibuang. Boleh campurkan balik dalam minyak menggoreng yang korang gunakan untuk menggoreng Popia Simpul Kasih tadi 🤭. Tak ada membazir.
3) Gunakan kitchen towel/kertas kosong bersih
Untuk serapan minyak berganda, boleh gunakan kitchen towel atau pun kertas kosong yang bersih. Elakkan guna kertas surat khabar. Sebab kertas surat khabar ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser & tak berapa sesuai untuk digunakan. Tambah-tambah bila melibatkan barang pemakan 😅.
![]() |
| Dapatlah sekilo simpul kasih. Jenuh menyimpulnya kome 😂! |
4) Simpan dalam bekas kedap udara
Selesai buang lebihan minyak. Bolehlah simpan Popia Simpul Kasih korang dalam bekas atau balang kedap udara. Barulah Popia Simpul Kasihnya kekal rangup & tak mudah masuk angin. Sedap! Bila makan ada krupkrap-krupkrap. Memang layan. Sebalang besar confirm tak cukup 😋!
![]() |
| Ini kalau masuk mulut terus tak ingat donia 🤣. |
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(45)
-
▼
Oktober
(10)
- Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Happy Birthday Syuben!
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(10)








