Posts with the label Arab Food
Memaparkan catatan dengan label Arab Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arab Food. Papar semua catatan

Februari 16, 2023

Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab

Restoran makanan Arab di Ipoh ni ada banyak - Tapi boleh dikira dengan jarilah restorannya 🤭. Sebelum ni Syu cuba makan makanan Arab di Restoran Hadramout Tent. Kali ni Syu cuba pula di Restoran Al-Medina. Kalau korang nak tahu, restoran ni ada dua cawangan. Satu terletak di Meru & satu lagi di Silibin. Yang Syu pergi ni yang dekat Silibin 😁. 


Restoran nasi Arab
Tempat cantik, bersih & selesa. 


Menu makan malam kami kali ni tak banyak macam yang kami pesan masa makan malam di Hadramout Tent hari tu. Cukup sekadar roti garlic & hummus untuk appetiser & set nasi sebagai main course kami berdua. Ini pun jenuh juga nak bagi habis. Sebab portion-nya banyak 😂. Nasib baik Kunafa & baklava tak ada dalam menu. Jadi, ada kurang sikit menu atas meja untuk di-order


Roti garlic & humusnya sedap 😋.


Hanith chicken ni RM16 sahaja. Portion-nya punyalah banyak 😚💕. 


Yang ni untuk encik suami punya.  Wajib ada kambing 😅. 

Overall, makanan dekat sini memang sedap-sedap belaka. Portion banyak. Harga pun berpatutan. Memang tak rugi datang makan dekat sini. Cuma pilihan menu pencuci mulutnya tak berapa banyak. Kalau ada baklava & kunafa mesti lagi syok! Tapi malangnya tak ada 😪. Yang ada cuma barbosa, aiskrim & fruit salad. Hurm...sedih!

Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab

Februari 16, 2023

Jun 07, 2022

Makan Malam Di Restoran Hadramout Tent

Restoran nasi arab di Ipoh


Malam tadi saja menyinggah makan di satu restoran nasi arab ni. Haramout Tent nama restorannya 😋💕. Actually, masa raya hari tu cousin suami ada tapau bawa balik dua bekas nasi arab dari restoran ni untuk buat makan malam. Memang sedap. Portion-nya boleh tahan banyak juga.


Kali ni kami laki bini cuba makan dekat restorannya pula. Saja nak rasa suasana makan dekat situ macam mana 😁. Lagipun tak tahu nak pergi ke mana cuti-cuti ni. Jadinya, kita pergi jalan-jalan cari makan saja. Jalan-jalan makan angin kita postponed sekejap 🤣.



Sangat minimalis


Masa kami berdua sampai. Restorannya memang tak ramai orang. Hanya dua pelanggan sahaja termasuk kami berdua. Mungkin dah ramai yang serbu restoran ni siang tadi agaknya. Ataupun restoran ni tak ramai yang tahu & masih lagi underated di Ipoh ni. Mungkin...


Restoran nasi arab di Ipoh
Bersih restorannya. Rasa selesa sangat makan dekat sini.


Sejujurnya restoran ni sangat bersih & kemas dari segi susun aturnya. Cuma dari segi dekorasinya tak sama macam restoran nasi arab yang Syu makan di Johor hari tu - Restoran Star Hadramout. Restoran yang itu jangan cakaplah. Masuk-masuk pintu saja dah rasa macam berada di negara fadang fasir 🤭! Di restoran Hadramout Tent ni berbeza sedikit. Dekorasi dalamannya agak minimalis.



Sedap & banyak!


Menu makanan arab di restoran ni memang banyak ya. Dari appetizers sampailah ke pencuci mulut. Semuanya nampak menyelerakan. Rambang mata tengok tau. Tapi, kami berdua hadkan jugalah kami punya order. Takut tak habis pula nanti.



Jadi, kami hanya pesan set nasi arab, mix grill & air chocolate milkshake sahaja dahulu. Kalau tak kenyang lagi. Boleh tambah kemudian - Cadangnya begitulah sebenarnya.


Restoran nasi arab di Ipoh
Cak! Kita selak sikit bagi nampak isi dekat dalam.


Restoran nasi arab di Ipoh
Dalam set mix grill ni ada lamb kebab, chicken kebab, shish touk & lamb cubes.


Bila tengok portion makanan yang sampai memang rasa lega tak pesan makan banyak-banyak. Sebab dah tahu restoran arab punya portion makanan macam mana. Nama saja untuk 2 orang makan. Sekali ber-double portion-nya. Almaklumlah, ikut tangki Pak Arab lah katakan 😂.



Sampai-sampai sahaja. Nah! Penuh setalam makanannya. Dengan ayam & kambing lagi. Jenuh jugalah nak menghabiskannnya. Mix grill kami sempat jamah sikit saja. Selebihnya terpaksa bungkus bawa balik rumah sebab dah terlampau kenyang.


Restoran nasi arab di Ipoh
Nah! Selambak. Set talam ni boleh makan untuk 3 orang.


Secara keseluruhannya, nasi arab & mix grill di restoran Hadramout Tent ni memang sedap. Walaupun harganya agak pricey. Tapi dari segi rasa & portion makanannya boleh dikatakan berbaloi jugalah. Set nasi arabnya memang sedap & tak terlampau sarat dengan rempah. Daging kambingnya pun elok empuk masak & tak berbau.



Cuma tekstur ayamnya saja agak kering sedikit. Since, ada sup & sos. Kuranglah sedikit rasa kering ayam tu. Dalam set dalam ni. Sejujurnya, Syu paling suka sos nasi arabnya - Daqoos kalau tak silap namanya. Memang layanlah bila makan. Jadi, pada yang ada di sekitar Ipoh. Korang boleh singgah di restoran Hadramout Tent untuk rasa makanan dari negara Timur Tengah ni. Memang sedap & berbaloi.

Makan Malam Di Restoran Hadramout Tent

Jun 07, 2022

Februari 04, 2022

Restoran Star Hadramout : Sedap & Harga Berpatutan

Selesai jalan-jalan sekitar JB malam Isnin lepas, sudah sampai masanya kitaorang laki bini bergerak balik ke Perak. Hari Selasa tu kira agak lambat juga kami berdua gerak balik sebab adik ipar Syu cadang nak belanja makan tengahari di salah satu restoran Arab yang terkenal di Johor Bharu (JB) ni. Datang ke JB ni kalau tak makan Nasi Beriyani Gam & Nasi Arab memang rugi. Restorannya bukan satu dua jer ada di JB ni. Melambak. Kena pandai cari sahaja.



Berdasarkan rekomendasi dari adik ipar & biras Syu, ada 3 buah restoran makan Arab yang selalu diorang singgah makan. Ketiga-tiga restoran ni antara 3 restoran makanan Arab di JB yang boleh dikatakan sedap & berbaloi harganya. Yang pertama Restoran Wadi Hana Elarabi. Yang ke-2 Restoran Zaituna & yang ke-3 Restoran Star Hadramout.


Kalau ikutkan, rancangan asalnya adik ipar Syu nak bawa makan di Restoran Wadi Hana. Tapi malangnya, restorannya tutup. Nak singgah ke Restoran Zaituna ramai pula orang. Sampai beratur dekat luar yang tak tahan tengok tu 😂. Risau juga nak redah semata-mata nak makan Nasi Arab. Nanti tak pasal-pasal ada pula kluster restoran Arab JB. Jadi nak tak nak, pilihan terakhir kitaorang adalah Restoran Star Hadramout.


Dari luar nampak macam restoran kayangan jer. Gerun juga nak masuk masa memula tu.


Tempat cantik & selesa


Restoran ni pun kalau ikutkan ramai juga pengunjungnya. Tapi disebabkan restorannya besar & dipecahkan kepada dua kedai, jadi masih ada banyak ruangan kosong untuk pengujung datang duduk menjamu selera. Lagipun kitaorang sampai dah lepas waktu kemuncak. Pengunjung pun banyak yang dah selesai makan & tinggalkan restoran.


Restorannya cantik luar dalam. Terpegun bila masuk.


Masuk-masuk sahaja restoran ni memang terpegun gila Syu rasa. Restorannya bukan sahaja cantik di luar. Di ruangan dalam pun boleh tahan cantik juga. Rasa teruja juga masa Syu mula-mula masuk. Dekorasi restorannya memang cantik & sejuk mata memandang. Suasananya ceria & tenang jer. Tempat duduk pun selesa. Siap ada bantal-bantal bagai. Anak buah Syu sampai siap boleh baring-baring lagi tau.



Ini kalau ada bawa anak kecil memang sesuai sangat. Sambil makan-makan boleh bagi anak baring guling-guling santai. Tak gaduh nak berpegang & letak dalam kerusi bayi bagai. Senang golongan mak-mak yang ada anak kecil nak isi perut. Tempat duduk korang boleh pilih samada nak makan di atas lantai atau duduk di kerusi batu berbantal yang macam kitaorang duduk ni.


Siap baring lagi yang tak tahan tu 😆.


Tengok restoran dah eksklusif. Harga makanan pun mesti eksklusif juga agaknya. Dalam hati ada juga terdetik - "Mesti mahal Pak Arab ni cas harga makanan nanti 😂". Masa ni belum tengok menu lagi tau. Lepas dah tengok menu agak terkejut jugalah dibuatnya. Boleh dikatakan affordable jugalah harga menu-menunya. Kira harga menu-menunya bukan standard kayangan. Semua golongan mampu singgah & makan di restoran Nasi Arab ni. Bukan itu jer, dia punya portion makanan pun boleh dikatakan banyak juga.



Semua sedap belaka!


Di Restoran Star Hadramout ni kitaorang pesan makanan yang kitaorang nak makan sahaja. Macam Syu & biras makan Chicken Mandy. Sebab itu sahaja yang biasa makan pun. Takut pesan yang lain nanti tak kena pula dengan selera. Macam suami Syu pula pesan menu yang sama macam adik dia - Madghout Lamb. Selebihnya ada lah beberapa menu sampingan & pencuci mulut buat tambah-tambah.


GAMBAR BESAR : Set Kebab & Madghout Lamb. KANAN ATAS : Set Ayam Panggang untuk anak buah. KANAN BAWAH : Khunafa


Syu paling teringin sangat nak rasa pencuci mulutnya - Khunafa & Baklava. Almaklumlah, selalu tengok orang makan dalam YTube macam sedap jer. Sekali sekala dah sampai restoran Arab ni teringin juga nak rasa sejauh mana sedapnya manisan dari Timur Tengah ni. Biras Syu pesan kedua-dua manisan ni masing-masing dua set.


Tapi, yang sampai hanya dua set Khunafa sahaja. Mungkin tukang ambil pesanan tu lupa tulis agaknya. Jadi, kitaorang batalkan sahaja pesanan. Lagipun kitaorang semua masing-masing dah kenyang. Cukuplah hanya Khunafa sahaja dijadikan pencuci mulut. Baklava nanti sekali lagi datang JB baru pesan 😅.


Set Chicken Mandy ni memang nampak macam sikit. Tapi bila makan terasa macam banyak. Jenuh nak menghabiskan 😂.


Bulan Ramadhan lagi meriah! 


Adik ipar & biras Syu cakap, kalau bulan Ramadhan lagi meriah restoran-restoran Nasi Arab ni. Makan secara ala carte macam bula-bulan biasa tak ada, sebaliknya diorang buat makan berbuka puasa secara buffet. Satu kepala ±RM50. Masa tu boleh makan sepuas-puasnya. Kebab, Chicken Mandy, Khunafa semua ada.


Yang pasti sebelum datang berbuka puasa kena buat tempahan terlebih dahulu. Kalau tidak, jawabnya kempunan. Sebab dalam bulan Ramadhan, buffet di restoran Arab antara yang highly demand & restorannya memang akan sentiasa penuh dengan pengunjung 😅. Tak tahulah yang bagi penuh tu orang asal JB atau orang luar JB. Syu sendiri pun tak pasti.


Baklava ni Syu dapat dari encik suami. Katanya adik ipar belikan. Sedap 😋! 


Selesai adik ipar Syu bayar, kitaorang berdua laki bini pun bergerak pulang ke Perak. Kalau ikutkan Syu boleh jer nak sambung cuti lagi satu hari di JB. Tapi memandangkan encik suami kena masuk kerja esoknya, terpaksalah balik juga. Seronok jalan-jalan JB ni. Tak puas rasa. 


Cadang nak singgah sini lagi bulan Ramadhan nanti berbuka puasa. Bila adik ipar & biras Syu cakap meriah, rasa macam satu kerugian pula kalau lepaskan peluang ni. Lagipun bulan Ramadhan dah tak lama dah. Harap ada rezeki jejak ke sana Ramadhan nanti.



Restoran Star Hadramout : Sedap & Harga Berpatutan

Februari 04, 2022