Ogos 25, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Julai 23, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Lepas terkantoi dengan papa Mira, Ghaz & Fendi memang kecut perut gila-gila dibuatnya. Dia punya garang tu memang tak boleh di bawak bincang langsung. Tak tahu lah kenapa papa Mira cukup tak berkenan dengan diorang berdua ni. Padahal duduk berjiran π . Apa lah salahnya berbaik-baik. Padahal Ghaz & Fendi bukan ada niat jahat pun. Bila dah kena aim dengan papa Mira, Ghaz & Fendi terbantut nak excercise. So, diorang pun masuklah ke dalam rumah bersiap-siap nak pergi kerja.
Masa kat dalam rumah, papa Mira mengadu dekat isteri dia. Dia bagitahu yang Ghaz cuba-cuba nak pikat Mira masa dekat luar tadi sampai siap bukak langkah silat π. Tapi, mama Mira ni jenis yang open minded orangnya. So, dia memang tak halang pun kalau ada orang yang berkenan dengan Mira. Dalam tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba kawan papa Mira telefon ajak keluar melepak dekat luar. Papa Mira bagitahu dekat mama Mira yang dia ada perjumpaan dekat surau. Mama Mira pun mula la syak sesuatu. Tapi papa Mira cuba menafikan apa yang isteri dia cakap. Bukan apa, mama Mira memang dah dapat agak dah yang papa Mira melencong tempat lain.
Pagi tu masa dekat office, Ghaz & Fendi terkejut sangat bila ternampak Mira datang dekat office diorang. Rupa-rupanya Mira ada sesi interview dengan Fizi. Fendi ingat Mira datang nak cari Ghaz. Tapi takkan lah semata-mata datang office nak datang jumpa Ghaz. Padahal, selama hari ni Mira mana tahu Ghaz & Fendi kerja dekat mana. Pada awalnya Ghaz cuba mengelak dari jumpa Mira. Tapi tak semena-mena Mira dah panggil Ghaz. Terkedu Ghaz dibuatnya. Mira pun pada awalnya terkejut jugak bila nampak Ghaz & Fendi kerja dekat situ. Sempat jugaklah diorang berbual pendek. Masa Fizi dekat dalam office, dia ternampak Mira ada dekat koridor pejabat dengan Ghaz & Fizi. So,dia pun panggillah Mira masuk ke dalam untuk di interview. Kalau nak tahu Fizi ni senior Mira masa belajar dekat universiti dedulu & diorang berdua ni pernah bercinta. Tujuan dia panggil Mira interview pun sebab dia nak Mira tolong dia uruskan kan syarikat peninggalan arwah papa dia.

Julai 17, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Wifi dekat rumah Ghaz [Zul Ariffin] rosak, so dia terpaksa lepak dekat cafe kak Zetty [Ziana Zain] untuk siapkan kerja dia & submit malam tu jugak. Tapi malangnya cafe kak Zetty dah nak habis waktu operasi & dia terpaksa suruh Ghaz sambung buat kerja dia dekat rumah. Ghaz cuba mintak kak Zetty tutup lambat sikit sebab dia memang terdesak nak kena siapkan paperwork dia. Tambah pulak paperwork tu kena submit malam tu jugak. Sebab tu selagi boleh Ghaz cuba merayu dekat kak Zetty supaya tutup lambat sikit cafe dia. Tapi malangnya, kak Zetty cakap tak boleh sebab dua tiga hari ni cafe dia asyik tutup lambat jer. Staff dia pun dah banyak merungut.
Dalam Ghaz tengah-tengah sibuk berunding dengan kak Zetty, kebetulan Mira [Ruhainis] yang jugak jiran sebelah Ghaz datang singgah cafe kak Zetty untuk tapau kopi. Pada awalnya kak Zetty menolak sebab masa tu kak Zetty memang dah siap-siap kemas barang nak tutup cafe. Tapi disebabkan Mira bagitahu kak Zetty yang dia betul-betul teringin nak minum kopi kak Zetty, maka kak Zetty pun layankan jelah. Ghaz pun apa lagi, dah alang-alang Mira dah datang menyinggah tapau kopi, dia suruh kak Zetty buat kopi Mira slow-slow. Sambil-sambil kak Zetty tengah prepare order Mira, sempatlah Ghaz siapkan kerja dia.
Bila Mira dapat tahu yang Ghaz perlukan wifi untuk siapkan kerja, so Mira pun dengan baik hatinya bagi password wifi rumah dia dekat Ghaz. Ghaz jadi macam terkejut jugak sebenarnya & pada masa yang sama segan pun ada. Almaklumlah, dah lah diorang berdua ni duduk berjiran. Esok lusa bertembung mana nak letak muka π . Bila kak Zetty dah nampak Ghaz dah ada password, so dia pun teruskanlah kerja dia untuk tutup cafe.
Masa dekat rumah, Ghaz bagitahu Fendi [Fadhlan Hazim] yang dia dapat password wifi jiran sebelah. Yang Fendi pun jadi macam pelik & tertanya-tanya lah dari mana pulak Ghaz boleh dapat password wifi jiran sebelah. Padahal dekat rumah, Ghaz boleh jer pinjam wifi Fendi kalau dia nak. Tapi slow sikitlah dia punya network. Mungkin sebab tu Ghaz tak nak guna wifi Fendi kat umah agaknyerπ . So, Ghaz pun explain lah dekat Fendi macam mana dia boleh dapat password tu masa dia tengah buat kerja dekat cafe kak Zetty. At the same time masa dekat rumah Mira, Mira bagitahu dekat adik dia [Zana] yang dia bagi password wifi rumah diorang dekat Ghaz. Zana pun marah lah Mira, sebab kalau papa diorang dapat tahu memang masak lah Mira jawabnyer. Dahlah papa dia cukup tak berkenan dengan dua teruna dekat sebelah rumah diorang tu π.
Keesokkannya masa Ghaz & Fendi nak pergi kerja, diorang ternampak Mira tengah siram pokok dekat depan rumah. Pada awalnya, Ghaz cuba nak ambil peluang tegur Mira. Tapi bila dah ternampak papa Mira [Uncle Sam] ada sekali dekat situ, terus terbantut niat Ghaz nak menegur. Bukan apa, ayah si Mira tu garang orang nya, mengalahkan harimau. Tambah-tambah bila berdepan dengan lelaki yang cuba nak pikat anak dia. Kalau ikutkan, ramai jugaklah teruna-teruna dekat luar sana kecundang nak pikat Mira gara-gara papa dia. Masa dekat depan rumah tu pun papa Mira dah pandang semacam dah dekat Ghaz & Fendi. Ghaz & Fendi apalagi, memang tak lah nak tunggu dekat depan rumah tu lama-lama. So, diorang pun terus jelah pergi kerja.
Malam tu,Mira bagitahu mama & papa dia yang dia ada interview dekat office senior dia, Fizi [Keith Foo]. Papa Mira pada awalnya macam tak percaya yang Mira pernah ada kawan lelaki masa belajar dulu. Tapi lepas Mira bagitahu yang Fizi tu senior Mira, akhirnya papa Mira lepaskan jugak Mira untuk pergi interview. Keesokkan paginya sebelum pergi kerja, Ghaz dengan Fendi sempat luangkan masa diorang bersenam depan rumah. Kalau ikutkan Ghaz tak nak join Fendi bersenam pagi tu. Tapi dah Fendi paksa, terpaksalah Ghaz turutkan. Dalam diorang berdua tengah sibuk-sibuk bersenam, tiba-tiba Ghaz ternampak Mira keluar. Lawa dia pagi tu. Almaklumlah, nak pergi interview.
Ghaz pun cubalah nak tegur Mira. Tapi malangnya papa Mira tiba-tiba muncul pulak entah dari mana. Ghaz pun jadi gelabahlah sebab dia tahu papa Mira tu garang orangnya. Nak cover line punya pasal, Ghaz saja tukar topik sampai buka langkah silat Ghaz dibuatnya semata-mata nak menyelamatkan diri dari papa Mira π. Mira rasa apa yang Ghaz buat tu memang kelakar sangat. Ghaz pun nak tak nak terpaksa tangguhkan niat dia untuk ucap terima kasih dekat Mira. Bersambung...
Jun 11, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 1

Sebelum menganggur, pada awalnya Azim [Aiman Hakim] ni bekerja sebagai Head Chef di sebuah restoran terkenal yang bernama SEDAP. Actually, perwatakkan Aiman ni kalau ikutkan dia seorang yang pelembut & penyabar orangnya. Tapi disebabkan tekanan kerja, dia cepat jadi marah & suka melenting bila ditegur. Aiman ni dia ada sikap ego sikit, tapi ego dia takdalah tinggi melangit sampai tak boleh bawak bincang. Ego si Azim ni jenis ego yang mild & akan reda bila sel-sel otak dia kembali berhubung π
.
Translate
AUTHOR












