Black Widow [2021]

Disember 03, 2021

 Black Widow


 Genre : 


Action, Superhero, Adventure, Fantasy, Science Fiction


Pelakon : 

Scarlett Johansonss [Natasha Romanoff], Ever Anderson [Young Natasha], Violet McGraw [Young Yelena], Florence Pugh [Yelena Belova], David Harbour [Alexei],  Rachel Wiez [Melina],  Ray Winston [Dreykov], Olga Kurilynko [Antonia], Willian Hurt [Secretary Ros], O-T Fagbenle [Mason]


Pengarah : 

Cate Shortland


Rating :

🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Filem Black Widow ni sebenarnya dah lama dah Syu tengok. Cuma nak buat review tu asyik lupa jer. Almaklumlah, banyak sangat cerita masuk dalam kepala otak ni. Sejujurnya lah yer, filem ni tak best 😂. Pada Syu jalan ceritanya agak lambat & membosankan. Kalau nak tahu, Natasha atau juga dikenali sebagai Black Widow ni merupakan seorang perisik terlatih yang berpengkalan di Rusia. Dalam filem kali ni diceritakan dari awal sejarah kemunculan Black Widow sebelum dia bergabung tenaga dengan Avenger.


Kalau ikutkan watak Black Widow ni dah lama mati dah dalam filem Avenger : Endgame. Syu pun tak tahu kenapa pengarah filem ni bangkitkan semula pasal Black Widow ni. Mungkin saja nak buat tribute to Black Widow agaknya. Atau mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana Natasha ni boleh wujud & tersenarai sebagai salah seorang superhero Marvel. Kalau ikutkan dia tak ada kuasa yang luar biasa pun macam adiwira-adiwira yang lain macam Ironman, Captain America, Spiderman & Hulk. Even kadang-kadang Syu sendiri pun tertanya-tanya apa kuasa luar biasa yang ada pada Black Widow ni 😅. Rupa-rupanya dia tak ada kuasa pun. Cuma dia lincah & tangkas menewaskan musuh ketika bertempur.


Dalam filem Black Widow kali ni diceritakan dari awal sejarah kemunculan Natasha bersama saudara perempuannya Belova. Masa kecil, diorang berdua ni tinggal bersama ibu bapa angkat diorang yang bernama Alexei & Melina. Alexei (Red Guardian) & Melina ( Bekas Black Widow) ni merupakan perisik & mereka berdua ditugaskan untuk menyamar sebagai pasangan yang telah bernikah & juga ibubapa kepada Natasha & Belova.


Ketika misi Alexi & Melina menemui kegagalan, mereka sekeluarga terpaksa kembali ke pengkalan untuk menyelamatkan diri. Sejak dari tu, bermulalah sejarah hitam Natasha & Belova di Red Room. Diorang berdua ni kemudian diajar & dilatih dengan skil-skil membunuh yang hebat bersama-sama dengan gadis-gadis lain yang senasib dengan diorang berdua. Kalau nak tahu Red Room ni sebenarnya berada di bawah pimpinan Dreykov & dia merupakan penjahat dalam filem Black Widow ni. Nak tahu macam mana Natasha & Belova kalahkan Dreykov? Korang kena tengok movie ni okey 😉💕.

Comments

  1. action nampak best. tp tu la jenis kurang sikit tengok filem action. suka yang light2 family romance drama thai. lepas ni bole la buat review filem lain plk

    BalasPadam
  2. Macam best jer black widow ni..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!