3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 2

Disember 24, 2021

Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands


Untuk masuk ke tapak perkhemahan, korang kena masuk melalui pintu utama Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab Taman Eko Sg.Pauh nya terletak dalam kawasan Pejabat Perhutanan tu juga. Jadi, nak tak nak korang kena masuk juga dari pintu pagar utama. Dari pintu pagar utama tu nanti korang kena masuk ke lorong kiri & terus sampai ke belakang sampai korang jumpa satu kawasan berpagar. Dekat dalam pagar tu lah tapak perkhemahannya 😁.



Tapi harus diingat satu perkara yer kawan. Kereta korang tak dibenarkan letak depan pintu masuk ke tapak perkhemahan ni sebab ruangannya terhad. Kalau setakat nak unload barang tu tak menjadi masalah. Jadi, sebaik sahaja korang keluarkan barang-barang. Ambil pas letak kereta di kaunter pembayaran (Dalam kawasan tapak perkhemahan - banggunan warna kuning) kemudian letak kereta korang di tempar parkir yang disediakan di depan Pejabat Perhutanan. Nasihat Syu, sebelum korang tinggalkan kereta korang ditempat parkir, sebaiknya korang angkat semua barang-barang yang korang nak guna semasa berkhemah. Kalau tak jenuh korang nak ulang alik ke kereta 😁.


Taman Eko Rimba Sg. Pauh | Tapak khemah
Lantai tapak khemah memang dah dipasang siap dengan kayu. Jadi, khemah tak akan kotor terkena pasir. 


Ada juga disediakan kemudahan lain seperti surau, sinki, wakaf, tempat BBQ, plug- point & dewan terbuka.





TANDAS & BILIK MANDI CANTIK & SELESA


Tandas cangkung, tandas duduk & bilik mandi masing-masing ada dua.


Tandas yang selesa adalah kegembiraan setiap wanita πŸ˜.





BOLEH MANDI MANDA


Sungai cetek jer. Budak kecil pun boleh mandi. 





BOLEH BUAT AKTIVITI MENDAKI JUGA


Gunung Berembun Cameron Highlands
Nak hiking Gunung Berembun ni kena ambil permit dulu yer kawan-kawan. Jangan main masuk jer πŸ˜


Selain mandi-manda & berkhemah, korang juga boleh melakukan aktivit mendaki gunung. Kalau nak tahu, bersebelahan dengan tapak khemah ada satu laluan untuk mendaki ke Gunung Berembun. Jarak ke puncak gunung ada lah dalam 4.5 kilometer macam tu. Tapi sebelum korang buat pendakian, korang kena mohon permit terlebih dahulu melalui Sistem E-eko Rimba Negeri Pahang. Atau korang boleh mohon melaui kaunter. Itupun kalau pegawai benarkan lah πŸ˜…. 


Sebagai peringatanlah yer. Sebaik-baiknya masa buat permohonan permit mendaki tu nanti korang sertakan juga nama guiders. Penting juga sebenarnya upah guiders yang berpengalaman untuk mendaki gunung ni. Sekurangnya dengan bantuan guiders, korang boleh tahu serba sedikit selok-belok pasal hutan. Selain tu, dengan adanya guiders ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko korang tersesat ketika mendaki. Jangan main-main dengan Bukit Berembun ni sebab LALUAN KE BUKIT BEREMBUN ni ada banyak. Takut korang masuk dekat Kem Sg.Pauh, keluarnya dekat Robinson Falls πŸ˜….



Pada Syu, permohonan permit mendaki ni boleh dikatakan penting juga sebenarnya. Bukan apa, sekurang-kurangnya pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tahu & dapat jejak korang sekiranya apa-apa berlaku. Kalau ikutkan, Syu ada juga buat permohonan untuk mendaki Gunung Berembun ni. Tapi tak diluluskan. Yang lulus hanya permohonan untuk melakukan aktiviti perkhemahan sahaja. Mungkin disebabkan faktor cuaca, permohonan permit mendaki Syu tu ditolak agaknya.





SERONOK KE?


Sejujurnya, masa berkhemah dekat kem Sungai Pauh ni masa bulan Oktober hari tu memang puas tak terkata. Cuma kali ni agak kurang menyeronokkan sebab hujan punya pasal πŸ˜‚. Nak buat sebarang aktiviti pun agak terbatas. Lepas tu, sejuknya jadi berganda-ganda sampai terpaksa pakai stokin & berbaju sejuk tebal. Air nak mandi jangan cakaplah. Macam air sejuk beku. Memang idaklah nak mandi 2 kali sehari macam duduk di rumah. Walau macam mana sekalipun, tidur tetap lena juga yer kitaorang laki bini. Makan jangan cakaplah. Memanjang saja lapar πŸ˜†. 



Secara keseluruhannya, perkhemahan kali ni agak mencabar sikitlah. Tapi, alhamdulillah. 3H2M malam berjaya ditempuhi dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Setakat hujan tu biasalah. Alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun, Syu berterima kasih pada abang Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab sentiasa bersiap sedia sepanjang hari perkhemahan tu. Almaklumlah, hujan tak berhenti-henti. Angin pun boleh tahan kuat. Risau kot-kot ada pokok tumbang. Campers yang lain pun boleh tahan juga ramah anak beranak. Walaupun basah berhujan. Jadi terhibur dapat berkongsi suasana sama-sama.



Sekiranya korang ada perancangan nak buat aktiviti perkhemahan di Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni, sebaiknya korang elak datang ke sini ketika musim hujan. Sebab ianya mencabar pada mereka-mereka yang tak suka berhujan πŸ˜†. Sebelum datang, tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebagai panduan. Walaupun, ramalan cuaca tu tak boleh dipercayai 100%. Hanya sekadar ikhtiar untuk korang rancang percutian korang dengan lebih lancar. Atau korang boleh telefon terus pihak Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat lebih lanjut πŸ˜‰πŸŽ.



Dari segi pembayaran fi masuk & sewa tapak perkhemahan, korang boleh bayar di kaunter yang terletak berhampiran dengan pintu masuk ke tapak perkhemahan. Di sana ada pegawai yang ditugaskan untuk kutip fi masuk & sewa tapak khemah. Masa dekat kaunter nanti korang cuma bagitahu nama,  jumlah orang & hari korang berkhemah. Nanti pegawai tu akan kira & keluarkan resit pembayaran. Pada Syu, harganya kira okeylah untuk kitaorang laki bini 😁. Berkhemah 3H2M dekat Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni tak sampai pun RM50.


Ni kadar fi masuk & sewa tapak khemah yang dikenakan untuk berkhemah di sini.






[Notes : Kebanyakkan gambar-gambar ni Syu ambil semasa berkhemah pada bulan Oktober lepas. Syu letak dalam entri ni supaya korang boleh nampak gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana]

Comments

  1. Hehe mencabar sejuk dan angin.
    Nasib baik tiada apa-apa terjadi.

    BalasPadam
  2. Sis..sy nak tny..utk masuk ke taman eko rimba sg pauh ni..tak perlu booking dgn jabatan hutan ke?sbb sy ada terbaca kalau nk camping..kena booking dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak berkhemah boleh walk-in sahaja melalui kaunter Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highland yang terletak di hadapan pintu tu masuk kem.
      Tapi sekiranya ada perancangan untuk berkhemah, memang digalakkan sangat untuk booking terlebih dahulu di dalam Sistem e-Eko Rimba.

      Cara booking ada saya tunjukkan stepnya di entri saya yang sebelum ni.
      πŸ‘‰ https://www.syuderis.com/2021/10/sistem-e-eko-rimba-cara-booking-tapak.html

      Padam
  3. Balasan
    1. Boleh rujuk pada entri saya yang ni
      https://www.syuderis.com/2021/10/sistem-e-eko-rimba-cara-booking-tapak.html

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!