Mei 27, 2023
Asas Ilmu Hutan Yang Wajib Korang Tahu
Tak kiralah samada korang pergi berkhemah, hiking atau jungle trekking sekali pun. Nak masuk hutan mesti kena ada ilmu. Paling kurang upahlah guider berpengalaman yang boleh guide korang supaya korang boleh elakkan risiko sesat dalam hutan. Berikut Syu kongsikan sedikit perkongsian dari Segamat Outdoor World pasal ilmu hutan yang wajib korang tahu. Semoga bermanfaat 😉💕.
![]() |
| KREDIT FOTO : Freepik |
1. Lumut taik kera
Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala-ala benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut tahi kera.
![]() |
| KREDIT FOTO : Umpan.com.my |
Bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.
2. Ular tedung
Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yg sama
Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.
4. Harimau
![]() |
| KREDIT FOTO : Libur.com |
Kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.
5. Beruang madu
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.
6. Kepala air
Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naiklah tu - belajar dengan kaki pancing.
![]() |
| KREDIT FOTO : Libur.com |
Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan dekat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bahagian bawah air lagi laju dari arus bahagian atas.
Lepas itu, akan ada daun hanyut, kemudian barulah akan ada perubahan warna air dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja. Dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa. Dari jauh lagi dah boleh dengar.
8. Nak masak air?
![]() |
| KREDIT FOTO : Whatsdannydoing.com |
Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.
9. Binatang besar
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.
10. Lebihan makanan/sisa
Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.
11. Selesaikan semua sebelum jam 5
Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.
12. Sunyi sepi
Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - Orang asli.
Teringat masa pergi hiking gunung Irau & Siku dekat Cameroon Highlands dulu-dulu. Guider Syu pun pernah mentioned pasal benda ni juga.
13. Pasang khemah
![]() |
| KREDIT FOTO : Mega Genset Malaysia |
1. Cari kanopi yang masih hijau.
Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air.
Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dll. Itu tandanya air selalu naik dekat kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.
3. Elakkan berkhemah di dalam laluan denai
Tentukan laluan/denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.
4. Lantai tapak khemah kena bersih
Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek (potong je pokok-pokok kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting-ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun. Jadi, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll. tu kurang sikit. Dah ready, barulah boleh tabur karbaid warna kuning tu.
5. Khemah menghadap unggun api
Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu.
Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.
Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.
Januari 17, 2023
Tips Pilih Peralatan & Kelengkapan Camping Buat Campers Beginner
Camping ni memang seronok. Pada yang yang biasa ber-camping, semestinya segala peralatan & kelengkapan asas dah lengkap dalam senarai. Buat yang baru nak berjinak-jinak macam mana pula 🤔? Mesti ada yang tertanya-tanya peralatan & keperluan macam mana yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.
![]() |
| Foto : Mega Genset Malaysia |
Jika dibandingkan dengan glamping, camping jauh lebih murah. Bezanya, glamping korang masuk khemah cuci kaki. Camping korang kena berangkut barang & pasang sendiri. Kiranya camping ni banyak kerja. Bermula dari korang nak pilih tempat sampailah korang nak setup khemah. Pada yang minat, semestinya alah bisa tegal biasa 😁.
Harus diingat, selain daripada kelengkapan peribadi, ada beberapa kelengkapan perkhemahan WAJIB ADA dalam senarai semak campers. Malah, dari segi pemilihan barangan perkhemahan pun perlu dititik beratkan juga, supaya ianya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Ciri-ciri kelengkapan & peralatan camping terbaik
Seperti korang sedia maklum, camping dengan glamping tak sama. Untuk camping semua kelengkapan & peralatan korang kena sediakan sendiri. Jadi, ada banyak aspek yang perlu dititikberatkan sebelum & semasa kita membeli satu-satu kelengkapan & peralatan perkhemahan.
Tambah-tambah pada campers yang nak jadikan aktiviti perkhemahan ni sebagai satu hobi jangka panjang. Sebaiknya, pilih kelengkapan & peralatan khemah yang mempunyai ciri-ciri berikut :
- Tahan lasak
- Kalis air
- Tidak mudah berkarat
- Boleh digunakan semula
- Boleh dicas
- Ringan & mudah dibawa
- Menjimatkan ruang
- Mudah untuk dipasang
- Selamat untuk digunakan
Bila kesemua aspek ni ada, korang bukan sahaja boleh menjimatkan kos pembelian kelengkapan & peralatan berkhemah. Malah, korang boleh gunakannya untuk tempoh masa yang agak lama - Dengan teknik penjagaan yang betul. Selain tu, kerja pemasangan & penyimpanan semula akan jadi lebih mudah & cepat.
Disember 24, 2021
3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 2
| Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands |
Untuk masuk ke tapak perkhemahan, korang kena masuk melalui pintu utama Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab Taman Eko Sg.Pauh nya terletak dalam kawasan Pejabat Perhutanan tu juga. Jadi, nak tak nak korang kena masuk juga dari pintu pagar utama. Dari pintu pagar utama tu nanti korang kena masuk ke lorong kiri & terus sampai ke belakang sampai korang jumpa satu kawasan berpagar. Dekat dalam pagar tu lah tapak perkhemahannya 😁.
Tapi harus diingat satu perkara yer kawan. Kereta korang tak dibenarkan letak depan pintu masuk ke tapak perkhemahan ni sebab ruangannya terhad. Kalau setakat nak unload barang tu tak menjadi masalah. Jadi, sebaik sahaja korang keluarkan barang-barang. Ambil pas letak kereta di kaunter pembayaran (Dalam kawasan tapak perkhemahan - banggunan warna kuning) kemudian letak kereta korang di tempar parkir yang disediakan di depan Pejabat Perhutanan. Nasihat Syu, sebelum korang tinggalkan kereta korang ditempat parkir, sebaiknya korang angkat semua barang-barang yang korang nak guna semasa berkhemah. Kalau tak jenuh korang nak ulang alik ke kereta 😁.
![]() |
| Lantai tapak khemah memang dah dipasang siap dengan kayu. Jadi, khemah tak akan kotor terkena pasir. |
| Ada juga disediakan kemudahan lain seperti surau, sinki, wakaf, tempat BBQ, plug- point & dewan terbuka. |
TANDAS & BILIK MANDI CANTIK & SELESA
![]() |
| Tandas cangkung, tandas duduk & bilik mandi masing-masing ada dua. |
![]() |
| Tandas yang selesa adalah kegembiraan setiap wanita 😝. |
BOLEH MANDI MANDA
| Sungai cetek jer. Budak kecil pun boleh mandi. |
BOLEH BUAT AKTIVITI MENDAKI JUGA
| Nak hiking Gunung Berembun ni kena ambil permit dulu yer kawan-kawan. Jangan main masuk jer 😁 |
Selain mandi-manda & berkhemah, korang juga boleh melakukan aktivit mendaki gunung. Kalau nak tahu, bersebelahan dengan tapak khemah ada satu laluan untuk mendaki ke Gunung Berembun. Jarak ke puncak gunung ada lah dalam 4.5 kilometer macam tu. Tapi sebelum korang buat pendakian, korang kena mohon permit terlebih dahulu melalui Sistem E-eko Rimba Negeri Pahang. Atau korang boleh mohon melaui kaunter. Itupun kalau pegawai benarkan lah 😅.
Sebagai peringatanlah yer. Sebaik-baiknya masa buat permohonan permit mendaki tu nanti korang sertakan juga nama guiders. Penting juga sebenarnya upah guiders yang berpengalaman untuk mendaki gunung ni. Sekurangnya dengan bantuan guiders, korang boleh tahu serba sedikit selok-belok pasal hutan. Selain tu, dengan adanya guiders ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko korang tersesat ketika mendaki. Jangan main-main dengan Bukit Berembun ni sebab LALUAN KE BUKIT BEREMBUN ni ada banyak. Takut korang masuk dekat Kem Sg.Pauh, keluarnya dekat Robinson Falls 😅.
Pada Syu, permohonan permit mendaki ni boleh dikatakan penting juga sebenarnya. Bukan apa, sekurang-kurangnya pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tahu & dapat jejak korang sekiranya apa-apa berlaku. Kalau ikutkan, Syu ada juga buat permohonan untuk mendaki Gunung Berembun ni. Tapi tak diluluskan. Yang lulus hanya permohonan untuk melakukan aktiviti perkhemahan sahaja. Mungkin disebabkan faktor cuaca, permohonan permit mendaki Syu tu ditolak agaknya.
SERONOK KE?
Sejujurnya, masa berkhemah dekat kem Sungai Pauh ni masa bulan Oktober hari tu memang puas tak terkata. Cuma kali ni agak kurang menyeronokkan sebab hujan punya pasal 😂. Nak buat sebarang aktiviti pun agak terbatas. Lepas tu, sejuknya jadi berganda-ganda sampai terpaksa pakai stokin & berbaju sejuk tebal. Air nak mandi jangan cakaplah. Macam air sejuk beku. Memang idaklah nak mandi 2 kali sehari macam duduk di rumah. Walau macam mana sekalipun, tidur tetap lena juga yer kitaorang laki bini. Makan jangan cakaplah. Memanjang saja lapar 😆.
Secara keseluruhannya, perkhemahan kali ni agak mencabar sikitlah. Tapi, alhamdulillah. 3H2M malam berjaya ditempuhi dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Setakat hujan tu biasalah. Alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun, Syu berterima kasih pada abang Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab sentiasa bersiap sedia sepanjang hari perkhemahan tu. Almaklumlah, hujan tak berhenti-henti. Angin pun boleh tahan kuat. Risau kot-kot ada pokok tumbang. Campers yang lain pun boleh tahan juga ramah anak beranak. Walaupun basah berhujan. Jadi terhibur dapat berkongsi suasana sama-sama.
Sekiranya korang ada perancangan nak buat aktiviti perkhemahan di Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni, sebaiknya korang elak datang ke sini ketika musim hujan. Sebab ianya mencabar pada mereka-mereka yang tak suka berhujan 😆. Sebelum datang, tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebagai panduan. Walaupun, ramalan cuaca tu tak boleh dipercayai 100%. Hanya sekadar ikhtiar untuk korang rancang percutian korang dengan lebih lancar. Atau korang boleh telefon terus pihak Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat lebih lanjut 😉🍎.
Dari segi pembayaran fi masuk & sewa tapak perkhemahan, korang boleh bayar di kaunter yang terletak berhampiran dengan pintu masuk ke tapak perkhemahan. Di sana ada pegawai yang ditugaskan untuk kutip fi masuk & sewa tapak khemah. Masa dekat kaunter nanti korang cuma bagitahu nama, jumlah orang & hari korang berkhemah. Nanti pegawai tu akan kira & keluarkan resit pembayaran. Pada Syu, harganya kira okeylah untuk kitaorang laki bini 😁. Berkhemah 3H2M dekat Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni tak sampai pun RM50.
| Ni kadar fi masuk & sewa tapak khemah yang dikenakan untuk berkhemah di sini. |
[Notes : Kebanyakkan gambar-gambar ni Syu ambil semasa berkhemah pada bulan Oktober lepas. Syu letak dalam entri ni supaya korang boleh nampak gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana]
3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 1
Pada awalnya agak seram juga nak jejakkan kaki bercamping ke Cameroon Highland lagi. Tambah-tambah lepas dapat tahu ada kes tanah runtuh dekat jalan Simpang Pulai hari tu. Almaklumlah, cuaca hujung tahun ni tak berapa nak elok sangat. Tapi disebabkan dah rancang lama & permohonan tapak di Sistem E-eko Rimba pun dah lulus. Nak tak nak terpaksa juga teruskan. Cuti pun dah approved. Takkan nak duduk saja di rumah. 😌 Mendap weyh...
Lepas kejadian kes tanah runtuh hari tu, kalau ikutkan kitaorang laki bini cadang nak naik Cameron Highland guna jalan Tapah. Tapi disebabkan jalan Simpang Pulai dah dibuka, kitaorang pun cuba nasib sajalah untuk naik melalui jalan tu. Masa nak naik tu memang mengucap panjang yer 😌. Rasa risau., gementar seram sejuk semua ada.
Lepas balik kerja Syu & encik suami pun bersiap-siap naik Cameron Highland. Terus terang cakap. Sepanjang-panjang perjalanan nak naik Cameron Highland dari Simpang Pulai tu anginnya memang kuat sangat. Nampak macam angin biasa-biasa tapi anginnya merbahaya tau. Kalau bawa laju, takut kereta terpelanting kena angin lintang. Itu belum campur dengan kabus tebal & hujan lagi. Nak tak nak terpaksalah bawa kereta perlahan-lahan. Alhamdulillah, pelan-pelan drive akhirnya sampai juga ke puncak. Tak kisahlah lambat sampai sekalipun. Janji selamat 😊💕.
| Sejuk-sejuk dapat makan masakan panas memang mantap 😋. |
Sebelum bergerak masuk ke tapak perkhemahan, kami laki bini singgah makan sekejap dekat kedai makan. Lapar punya pasal. Lagipun malas nak masak-masak & pegang periuk belaga segala masa kat tapak khemah nanti. Kalau boleh, lepas pasang khemah nak mandi-mandi teru tidur jer 😁. Sesampai jer di tapak perkhemahan, hujan turun memang tak berhenti-henti yer kawan-kawan 😂. Nak tak nak terpaksa teruskan juga perkhemahan.
| Hujannya turun tak berhenti-henti ☔ |
Walaupun hujan cuma turun renyai-renyai, Syu tetap sediakan ponco (a.k.a baju hujan) & payung siap-siap dalam kereta yer kawan-kawan. Bukan apa, sekurang-kurangnya tak ada lah basah teruk sangat masa nak angkut barang & pasang khemah. Sejujurnya, bila terkena dengan cuaca macam ni, sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja kitaorang nak pasang flysheet & khemah. Even nak keluar berjalan-jalan pun susah sebab faktor cuaca yang kurang elok 😩.
| Ni pemandangan tapak khemah kitaorang pada waktu malam dari arah surau. |
Memandangkan sepanjang hari perkhemahan tu hujan. 😂 Maka, gambarnya pun yilek! Kalau dapat ambil pun hanya sekeping dua sahaja. Itupun atas dasar ehsan abang ipar. Jadinya, untuk entri pasal perkhemahan ni Syu gunakan beberapa gambar yang Syu sempat ambil masa berkhemah di sini masa bulan Oktober yang lalu. Walaupun gambarnya dah basi. Sekurang-kurangnya, korang nampaklah juga gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana. Gambar-gambarnya korang boleh tengok pada entri Syu yang seterusnya pada bahagian PART 2 😉❤️.









