Posts with the label Pahang
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

Disember 24, 2021

3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 2

Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands


Untuk masuk ke tapak perkhemahan, korang kena masuk melalui pintu utama Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab Taman Eko Sg.Pauh nya terletak dalam kawasan Pejabat Perhutanan tu juga. Jadi, nak tak nak korang kena masuk juga dari pintu pagar utama. Dari pintu pagar utama tu nanti korang kena masuk ke lorong kiri & terus sampai ke belakang sampai korang jumpa satu kawasan berpagar. Dekat dalam pagar tu lah tapak perkhemahannya 😁.



Tapi harus diingat satu perkara yer kawan. Kereta korang tak dibenarkan letak depan pintu masuk ke tapak perkhemahan ni sebab ruangannya terhad. Kalau setakat nak unload barang tu tak menjadi masalah. Jadi, sebaik sahaja korang keluarkan barang-barang. Ambil pas letak kereta di kaunter pembayaran (Dalam kawasan tapak perkhemahan - banggunan warna kuning) kemudian letak kereta korang di tempar parkir yang disediakan di depan Pejabat Perhutanan. Nasihat Syu, sebelum korang tinggalkan kereta korang ditempat parkir, sebaiknya korang angkat semua barang-barang yang korang nak guna semasa berkhemah. Kalau tak jenuh korang nak ulang alik ke kereta 😁.


Taman Eko Rimba Sg. Pauh | Tapak khemah
Lantai tapak khemah memang dah dipasang siap dengan kayu. Jadi, khemah tak akan kotor terkena pasir. 


Ada juga disediakan kemudahan lain seperti surau, sinki, wakaf, tempat BBQ, plug- point & dewan terbuka.





TANDAS & BILIK MANDI CANTIK & SELESA


Tandas cangkung, tandas duduk & bilik mandi masing-masing ada dua.


Tandas yang selesa adalah kegembiraan setiap wanita 😝.





BOLEH MANDI MANDA


Sungai cetek jer. Budak kecil pun boleh mandi. 





BOLEH BUAT AKTIVITI MENDAKI JUGA


Gunung Berembun Cameron Highlands
Nak hiking Gunung Berembun ni kena ambil permit dulu yer kawan-kawan. Jangan main masuk jer 😁


Selain mandi-manda & berkhemah, korang juga boleh melakukan aktivit mendaki gunung. Kalau nak tahu, bersebelahan dengan tapak khemah ada satu laluan untuk mendaki ke Gunung Berembun. Jarak ke puncak gunung ada lah dalam 4.5 kilometer macam tu. Tapi sebelum korang buat pendakian, korang kena mohon permit terlebih dahulu melalui Sistem E-eko Rimba Negeri Pahang. Atau korang boleh mohon melaui kaunter. Itupun kalau pegawai benarkan lah 😅. 


Sebagai peringatanlah yer. Sebaik-baiknya masa buat permohonan permit mendaki tu nanti korang sertakan juga nama guiders. Penting juga sebenarnya upah guiders yang berpengalaman untuk mendaki gunung ni. Sekurangnya dengan bantuan guiders, korang boleh tahu serba sedikit selok-belok pasal hutan. Selain tu, dengan adanya guiders ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko korang tersesat ketika mendaki. Jangan main-main dengan Bukit Berembun ni sebab LALUAN KE BUKIT BEREMBUN ni ada banyak. Takut korang masuk dekat Kem Sg.Pauh, keluarnya dekat Robinson Falls 😅.



Pada Syu, permohonan permit mendaki ni boleh dikatakan penting juga sebenarnya. Bukan apa, sekurang-kurangnya pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tahu & dapat jejak korang sekiranya apa-apa berlaku. Kalau ikutkan, Syu ada juga buat permohonan untuk mendaki Gunung Berembun ni. Tapi tak diluluskan. Yang lulus hanya permohonan untuk melakukan aktiviti perkhemahan sahaja. Mungkin disebabkan faktor cuaca, permohonan permit mendaki Syu tu ditolak agaknya.





SERONOK KE?


Sejujurnya, masa berkhemah dekat kem Sungai Pauh ni masa bulan Oktober hari tu memang puas tak terkata. Cuma kali ni agak kurang menyeronokkan sebab hujan punya pasal 😂. Nak buat sebarang aktiviti pun agak terbatas. Lepas tu, sejuknya jadi berganda-ganda sampai terpaksa pakai stokin & berbaju sejuk tebal. Air nak mandi jangan cakaplah. Macam air sejuk beku. Memang idaklah nak mandi 2 kali sehari macam duduk di rumah. Walau macam mana sekalipun, tidur tetap lena juga yer kitaorang laki bini. Makan jangan cakaplah. Memanjang saja lapar 😆. 



Secara keseluruhannya, perkhemahan kali ni agak mencabar sikitlah. Tapi, alhamdulillah. 3H2M malam berjaya ditempuhi dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Setakat hujan tu biasalah. Alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun, Syu berterima kasih pada abang Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands sebab sentiasa bersiap sedia sepanjang hari perkhemahan tu. Almaklumlah, hujan tak berhenti-henti. Angin pun boleh tahan kuat. Risau kot-kot ada pokok tumbang. Campers yang lain pun boleh tahan juga ramah anak beranak. Walaupun basah berhujan. Jadi terhibur dapat berkongsi suasana sama-sama.



Sekiranya korang ada perancangan nak buat aktiviti perkhemahan di Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni, sebaiknya korang elak datang ke sini ketika musim hujan. Sebab ianya mencabar pada mereka-mereka yang tak suka berhujan 😆. Sebelum datang, tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebagai panduan. Walaupun, ramalan cuaca tu tak boleh dipercayai 100%. Hanya sekadar ikhtiar untuk korang rancang percutian korang dengan lebih lancar. Atau korang boleh telefon terus pihak Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat lebih lanjut 😉🍎.



Dari segi pembayaran fi masuk & sewa tapak perkhemahan, korang boleh bayar di kaunter yang terletak berhampiran dengan pintu masuk ke tapak perkhemahan. Di sana ada pegawai yang ditugaskan untuk kutip fi masuk & sewa tapak khemah. Masa dekat kaunter nanti korang cuma bagitahu nama,  jumlah orang & hari korang berkhemah. Nanti pegawai tu akan kira & keluarkan resit pembayaran. Pada Syu, harganya kira okeylah untuk kitaorang laki bini 😁. Berkhemah 3H2M dekat Taman Eko Rimba Sg.Pauh ni tak sampai pun RM50.


Ni kadar fi masuk & sewa tapak khemah yang dikenakan untuk berkhemah di sini.






[Notes : Kebanyakkan gambar-gambar ni Syu ambil semasa berkhemah pada bulan Oktober lepas. Syu letak dalam entri ni supaya korang boleh nampak gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana]

3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 2

Disember 24, 2021

3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 1

Hari Jumaat minggu lepas Syuderis.com dalam mode Camping Mood ON!! yer kawan-kawan. Jadi, memang tak ada sebarang entri pun yang Syu create 😂. Almaklumlah, malas nak bawa laptop sekali masa berkhemah. Sejujurnya, perkhemahan kali ni agak mencabar ya. Sepanjang hari memang hujan tak berhenti-henti. Even, nak snap sekeping dua gambar pun tak dapat. 


Pada awalnya agak seram juga nak jejakkan kaki bercamping ke Cameroon Highland lagi. Tambah-tambah lepas dapat tahu ada kes tanah runtuh dekat jalan Simpang Pulai hari tu. Almaklumlah, cuaca hujung tahun ni tak berapa nak elok sangat. Tapi disebabkan dah rancang lama & permohonan tapak di Sistem E-eko Rimba pun dah lulus. Nak tak nak terpaksa juga teruskan. Cuti pun dah approved. Takkan nak duduk saja di rumah. 😌 Mendap weyh...



Lepas kejadian kes tanah runtuh hari tu, kalau ikutkan kitaorang laki bini cadang nak naik Cameron Highland guna jalan Tapah. Tapi disebabkan jalan Simpang Pulai dah dibuka, kitaorang pun cuba nasib sajalah untuk naik melalui jalan tu. Masa nak naik tu memang mengucap panjang yer 😌. Rasa risau., gementar seram sejuk semua ada.



Lepas balik kerja Syu & encik suami pun bersiap-siap naik Cameron Highland. Terus terang cakap. Sepanjang-panjang perjalanan nak naik Cameron Highland dari Simpang Pulai tu anginnya memang kuat sangat. Nampak macam angin biasa-biasa tapi anginnya merbahaya tau. Kalau bawa laju, takut kereta terpelanting kena angin lintang. Itu belum campur dengan kabus tebal & hujan lagi. Nak tak nak terpaksalah bawa kereta perlahan-lahan. Alhamdulillah, pelan-pelan drive akhirnya sampai juga ke puncak. Tak kisahlah lambat sampai sekalipun. Janji selamat 😊💕.


Sejuk-sejuk dapat makan masakan panas memang mantap 😋. 


Sebelum bergerak masuk ke tapak perkhemahan,  kami laki bini singgah makan sekejap dekat kedai makan. Lapar punya pasal. Lagipun malas nak masak-masak & pegang periuk belaga segala masa kat tapak khemah nanti. Kalau boleh, lepas pasang khemah nak mandi-mandi teru tidur jer 😁. Sesampai jer di tapak perkhemahan, hujan turun memang tak berhenti-henti yer kawan-kawan 😂. Nak tak nak terpaksa teruskan juga perkhemahan. 


Hujannya turun tak berhenti-henti


Walaupun hujan cuma turun renyai-renyai, Syu tetap sediakan ponco (a.k.a baju hujan) & payung siap-siap dalam kereta yer kawan-kawan. Bukan apa, sekurang-kurangnya tak ada lah basah teruk sangat masa nak angkut barang & pasang khemah. Sejujurnya, bila terkena dengan cuaca macam ni, sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja kitaorang nak pasang flysheet & khemah. Even nak keluar berjalan-jalan pun susah sebab faktor cuaca yang kurang elok 😩.


Ni pemandangan tapak khemah kitaorang pada waktu malam dari arah surau. 


Memandangkan sepanjang hari perkhemahan tu hujan. 😂 Maka, gambarnya pun yilek! Kalau dapat ambil pun hanya sekeping dua sahaja. Itupun atas dasar ehsan abang ipar. Jadinya, untuk entri pasal  perkhemahan ni Syu gunakan beberapa gambar yang Syu sempat ambil masa berkhemah di sini masa bulan Oktober yang lalu. Walaupun gambarnya dah basi. Sekurang-kurangnya, korang nampaklah juga gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana. Gambar-gambarnya korang boleh tengok pada entri Syu yang seterusnya pada bahagian PART 2 😉❤️. 

3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 1