Spider-Man : No Way Home [2021]

Disember 22, 2021

 


Genre : 


Action, Adventure, Komedi, Fantasi, Science Fiction


Pelakon : 

Tom Hollands, Andrew Garfield & Tobey Maguire [Spiderman], Zendaya [MJ], Jacob Batalon [Ned],  Benedict Cumberbatch [Dr. Strange], Marissa Tomey [May Parker], John Favreau [Happy Hogan], Jamie Fox [Max Dillan], Willem Dafoe [Norman Osborn], Alfred Mollina [Dr. Octo Octavious], Thomas Haden Church [Sandman]


Pengarah : 

John Watts


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Lepas balik dari bercuti 3H2M : Kem Sungai Pauh, Cameron Highland & Jalan-jalan Negeri Cik Siti Wan Kembang kemarin, masih ada bersisa satu hari lagi Syu punya cuti. Memandangkan semalam tak tahu nak ke mana. Jadi, Syu booked tiket wayang & luangkan masa bersama yang tercinta tengok filem Spider-Man : No Way Home yang baru keluar panggung 15 Disember hari tu 😁. Lama juga tak masuk panggung tengok wayang. Selalu tengok movie dekat Disney HotStar jer.


Filem Spider-Man kali ni agak luar biasa yer jalan ceritanya sebab digabungkan semua ketiga-tiga Spiderman dalam satu filem. Malah,  penjahat-penjahat dari Spider-Man yang sebelum-sebelum ni pun dibawakan kembali dalam Spider-Man : No Way Home ni. Jadi, sebelum korang tengok filem Spider-Man yang terbaru ni, sebaiknya korang tahu jalan cerita filem-filem Spider-Man yang terdahulu. Sekurang-kurangnya korang tak lost bila tengok filem Spider-Man : No Way Home ni.



Untuk pengetahuan korang, lepas Spider-Man mengalahkan Mysterio (Queen Beck) dalam Spiderman : Far From Home, kehidupan Peter Parker menjadi huru hara. Dia & sahabatnya tak dapat menikmati kehidupan yang normal tambah-tambah selepas identiti Peter Parker sebagai Sipder-Man didedahkan di seluruh bandar. Malah, ada segelintir penyokong Mytserio menganggap yang Spider-Man ni jahat.


Jadi, untuk menyelesaikan huru-hara ni, Peter Parker berjumpa dengan Dr. Strange untuk membuat semua orang melupakan siapa Peter Parker yang sebenarnya. Pada awalnya Dr. Strange menolak. Tapi selepas dipujuk, akhirnya Dr. Strange sudi membantu. Malangnya, semasa mantera dibaca, telah berlaku sedikit kesilapan yang menambahkan lagi huru-hara. Semuanya sebab Peter Parker telah mengganggu konsentrasi Dr. Strange membaca mantera. Kesilapan tu telah menyebabkan dimensi Peter Parker yang lain terlibat sama secara tak langsung.    



Sejujurnya, masa tengok filem ni semalam, berjurai-jurai juga lah air mata Syu dibuatnya (Dalam hati : Nasiblah tak ada siapa yang perasan 😂). Bukan apa, di kemuncak & pengakhiran filem Spiderman : No Way Home ni ada beberapa adegan yang memang sedih & sebak sangat untuk diterima. Tak percaya? Korang tengok sendiri. Tapi Syu rasa, korang tak ada sampai tahap menangis berjurai-jurai macam Syu 😅. Secara keseluruhannya, filem Spider-Man yang terbaru ni memang terbaik. Cuma pengakhirannya Syu macam tak puas hati sikit. Sebab pada Syu, pengakhirannya sangat menyedihkan untuk kehidupan Peter Parker 😂.


Comments

  1. ramai dah review filem ni...
    kita tgu masuk tibi aje la hehehe

    BalasPadam
  2. anak bujang heboh dah ajak gi tgk ni..emmm, mummy nya x minat sgt but review ckp best..ok kot. we'll see...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!