Nak Denda Biarlah Relevan & jangan Double Standard!!

April 28, 2021

Walaupun Syu bukan lah peminat tegar Neelofa, tapi masa Neelofa dengan PU Harris kawen hari tu suka sangat Syu tengok bila diorang disatukan. Dah lah sama cantik, sama padan. Lepas tu tema majlis resepsi dia pulak ala-ala Jabbal Rahmah tambah pulak dengan wedding dress yang cantik sampai ke hari ni tak boleh move on cantiknyer tu!


Actually Syu ni bukan lah jenis nak follow sangat pasal retis-retis Malaysia. Kalau follow cerita pun mungkin just sekadar nak ambil tahu perkembangan semasa jer. Sometimes cerita-cerita macam  ni tiba-tiba shortlisted  dalam senarai recommendation. So, baca jelah kan.



Tapi sejak diorang melangsungkan perkahwinan, masih ada lagi kontroversi yang tepalit dengan diorang berdua ni. Gara-gara isu saman dek kerana melanggar SOP semasa melangsungkan majlis resepsi hari tu, rata-rata netizen-netizen ramai yang tak berpuas hati.


Tambah-tambah bila mengetahui nilai kompaun yang dikenakan ke atas pasangan ni. Abam burger jual burger dekat tangga depan rumah kena kompoun RM50K. Tetapi kenapa kompaun yang dikenakan pada mereka berdua ni tak sama yer?? Neelofa kena RM20K, husbandnya pulak kena RM10K. Kenapa mesti double-standard?? Pulak dah...


Neelofa & PU Harris
SUMBER FOTO : Mstar


Sejujurnya semalam, agak marah jugak sebenarnya bila dapat tahu isu macam ni timbul. Tapi hati ni tetap kata tunggu!! Tapi, tulah...yang hairannya, kenapa pihak berkuasa nak kena double standard yer setiap kali nak ambil tindakan pasal pelanggaran SOP?? Macam contoh la kan...Si polan A ni rakyat marhaen biasa, langgar SOP harga saman dia tinggi.



Tapi si polan B ni pulak golongan kayangan terbang tinggi, saman dia harganyer rendah pulak even kesalahan yang dia buat tu sama dengan si polan A. Eh2, jangan lah macam tu. Keadilan mana? Integriti mana? Isu pasal kompaun ni bukan saja dapat kritikan dari netizen tau, malah ahli politik & pihak lain juga turut mengecam pasal isu ni.



Langgar SOP
SUMBER FOTO : Google

Pada pandangan Syu la kan, Neelofa & family tak salah. Yang salahnya kat sini pihak berkuasa. Bukan lah nak backup, tapi kenapa mesti double standard yer dalam hal pegenaan kompaun?? Kalau boleh, biarlah ada budi bicara sikit bila nak keluarkan kompaun tu.


Tak semua orang mampu nak bayar sampai berpuluh-puluh ribu macam Neelofa. Tambah-tambah peniaga-peniaga kecil yang meniaga depan rumah tepi jalan semua tu. Dalam situasi pandemik macam ni cuba lah bagi muka sikit. Dah lah ekonomi tak berapa nak stabil. Nak cari makan pun agak susah.


SUMBER FOTO : Instgram Neelofa


Dalam hal Neelofa ni, barangkali Neelofa & family pun tak tahu pasal kes abam burger yang kena saman RM50K tu. Tapi disebabkan kekecohan netizen, akhirnya kes abam burger ni sampai ke pengetahuan Neelofa. Sekurang-kurangya bila Neelofa dapat tahu, dia cuba ambil pendekatan untuk tolong bayarkan saman abam burger tu.


Mungkin ada satu sudut tu kita tak berapa suka pada Neelofa & family ni, tapi andai diorang ada buat kebaikkan takkan disebabkan satu keburukkan tu, kita nak tutup semua kebaikkan yang dia dah buat ye dak?? Husnuzon tu kan lebih baik.




SUMBER ARTIKEL


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!