Takziah Buat Sahabat Serumpun Kita Di Indonesia

April 27, 2021


ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[ Al-baqarah : 156 ]


Agak sedih juga ya, dalam kita tengah sibuk-sibuk berpuasa & tambah-tambah pulak lagi beberapa hari jer nak menjelang Aidilfitri tup-tup dapat pula perkhabaran yang menyedihkan dari sahabat seberang kita di bumi Indonesia. Walaupun ada masa & ketika, Malaysia & Indonesia tak berapa nak ngam tetapi bila melibatkan perkara-perkara macam ni Malaysia-Indonesia tetap bersatu hati. Kalau korang nak tau, minggu lepas pada hari Rabu (21,Apr.2021) kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia dilaporkan hilang di perairan Bali sejam selepas menerima arahan untuk menyelam. Dilaporkan seramai 53 anak kapal dikatakan terkorban dalam tragedi tu.

Lepas beberapa hari pencarian baru lah bangkai kapal selam tu dijumpai dekat perairan Bali sedalam 838m. Teruk jugak conditonnya. Dengar khabar kapal selam tu terbelah tiga😔. Tak tahu la apa punca sampai terbelah tiga macam tu. Ada yang kata bekalan tenaga kapal selam tu terputus semasa membuat penyelaman & ada yang kata sebab tangki minyak retak. Wallaualam.  Apa-apa pun takziah diucapkan buat mereka yang kehilangan keluarga tersayang dalam tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 ni.


Al-fatihah...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
☀الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ☀ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ☀ مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ☀ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ☀ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Baca artikel:

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!