Mini Backyard Garden Project Progress

April 20, 2021


Alhamdulillah, pagi ni ada kesempatan sikit untuk jenguk backyard garden Syu. Sebelum nak pergi kerja macam biasalah, mesti buat terapi mata dulu ambik mood nak kerja. Since Syu start projek bulan Februari hari tu baru hari ni Syu ada kelapangan untuk update progress MBGP Syu. Actually, MBGP ni Syu just buat suka-suka jer sebab laman belakang tu kosong & suram sangat. Macam lorong-lorong sepi gituπŸ˜‚. Sebelum Syu start MBGP ni, yang ada masa tu just pokok kunyit, pokok pandan & pokok kesum jer. Tapi hari ni makin bertambah-tambah pulak pokok-pokonyer sampai tak cukup tanah nak menanam.

Starting ni ada lah pokok cincau, pudina & daun kunyit. Daun kesum baru jer mati😒.
Tak sabar nak tunggu berbuah😊.

Tak ada lah hebat mana pon sebenarnya projek ni. Tapi boleh lah sekadar nak memeriahkan backyard Syu dengan pokok-pokok & buat tambah-tambah aktiviti dekat rumah bila ada waktu senggang. At least tak ada lah Syu bosan sangat asyik hadap pokok air plants jer memanjang😁. Ada hasil boleh petik buat makan sendiri. Tak lalu nak makan boleh sedekahkan dekat jenjiran.



Actually, pokok tomato ni Syu just try & error jer tanam. Biji benih Syu ambik dari buah tomato fresh yang Syu beli kat pasaraya. Tapi tu lah, tak sangka pulak helok segar bugar tumbuhnya. Buah limau kasturi pon Syu try jugak kaedah yang sama. Tapi belum nampak hasil lagi. Bukan apa, selalunya kalau pokok limau ni orang tak tanam dari biji. Selalu diorang guna kaedah tut jer. Tapi itulah, since Syu malas nak bercari pokok nak buat tut, so Syu cuba jelah tanam guna semaian biji benih. Tak salahkan kalau mencuba? Ada hasil kira ada rezeki lah tu.


Pokok tembikai kena attack dengan AphidsπŸ˜‘. Jahat lah diorang ni. 

Bila tengah seronok bercucuk tanam, paling pantang kalau ada pests yang suka interfere. Ni kalau tak buang alamat rosak lah pokok jawabnya. Memandangkan dah nampak, memang tak tunggu dah. Terpaksa basmi habis-habisan. Budak Aphids ni memang jahat sikit. Suka merosakkan pokok especially pokok tembikai. Salah satu sign Aphids datang kendurikan pokok, korang boleh tengok kehadiran semut hitam tu. Ada semut adalah si Aphids ni!!πŸ˜’



Mostly pokok-pokok Syu memang tak guna racun perosak. Selagi boleh, Syu akan cuba guna bahan organik. Ni bahan-bahan yang Syu guna untuk bunuh Aphids & serangga yang seangkatan dengannya.


πŸ’• 2.5 liter air paip
πŸ’• 1/2 Tbs. soda bikarbonat
πŸ’• 1 Tbs. minyak masak
πŸ’• 1 Tbs. sabun cecair pencuci pinggan


Bahan-bahan ni semua korang campur sampai sebati then korang apply jer macam biasa dekat pokok korang. Make sure korang spray betol-betol dekat tempat yang ada pests & sebaiknya korang spray waktu petang. Selain guna bahan-bahan ni, korang jugak boleh gunakan cuka kayu sebagai alternatif. 


😒Ni lah hasilnya selepas dikendurikan dek Aphids.

Udah daun jadi melecur & bercepak-cepakπŸ˜‘.

Okay, Syu rasa cukuplah untuk hari ni. Esok lusa ada freetime Syu update lagi pasal backyard garden Syu ni okay😘. For those yang kaki berkebun macam Syu - SELAMAT BERKEBUN UNTUK KORANG🌱!!

Comments

  1. Bestnya dapat bercucuk tanam. Semua menjadi. Bab kulat tu memang tak syoklah kalau ada yang menyerang. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu K.Fizah, memang tak syok tau kalau kena attack macam tu.Hu3πŸ˜‚

      Padam
  2. Boleh la merendang raya nanti, daun kunyit dah ada tu. Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sehari sebelum nak raya,togel ler deme nanti,ki3😁

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!