Mei 11, 2021
Satu Malaysia MCO kome oi!!
| Gambar background pun gambar meroyan😆. |
Dua tiga hari ni memang Syu sibuk sangat mengemas rumah. Baru hari ni ada kesempatan nak meroyan dalam blogger. Tu pun sebab dapat announcement dari abah pasal satu Malaysia diarahkan MCO. Why abah? Why?Why? Ni nak meroyan ni. Time kita tengah sibuk gumbira-gumbira buat persiapan raya abah kita announce macam ni pulak😆. Nasib la persiapan raya Syu buat ala kadar jer sebab memang dah jangka dah akan jadi macam ni. Nak-nak kat Perak kes makin hari makin meningkat gara-gara dek variant African tu. Jadi, memang takda harapan lah nak keluar jimba-jimba pergi beraya. Apa-apa pun bertabah lah yer kawan-kawan semua.
Beraya Di rumah Saja lah Kita Gamaknyer Tahun Ni Yer😂
Mei 04, 2021
Dekorasi Raya Dari Mr.Do-It-Yourself
Pejam celik...pejam celik ada berbaki 8 hari saja lagi untuk kita berpuasa. Sekejap betul masa berlalu kan kawan-kawan?? Puasa Syu tahun ni memang alhamdulillah. Allah permudahkan! Tak ada masalah gastrik. Tak ada masalah angin sakit kepala bagai. Senang cerita, memang lancarlah semuanya jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Cuma persediaan raya tu macam tak berapa nak lancar sikit. Rasa macam raya, rasa macam tak raya😅.
Korang macam pulak mana?? Berapa percent dah persiapan raya?? Dah tak lama dah tau...tinggal lebih kurang seminggu jer lagi. Macam Syu punya persediaan setakat ni just lampu lip-lap hari tu jer. Biskut-biskut apa semua hapah Syu tak buat lagi. Barang nak buat biskut semua Syu dah beli dah! Cuma mood nak buat tu belum ada lagi! Boleh jadi, kuih raya tunjuk tahun ni nampak gayanya. Dah ada bau-bau dah ni😆!
![]() |
| Pusing dulu puas-puas. Penuh bakul baru balik😄. |
Petang semalam, boss & officemates ada suruh cari decoration raya. Saja nak ceriakan office agaknya. Selalunya setiap tahun, company Syu just buat decoration untuk Chinese New Year & Christmas jer. Decoration raya memang tak pernah buat langsung😂.Mungkin tahun ni diorang nak merasa pulak tengok decoration time raya kita macam mana. Nak tak nak terpaksa lah terjah ke Mr.DIY sekejap lepas balik kerja bercari barang decoration. Nak pergi semalam tak sempat.
Actually, minggu sudah masa pergi window shopping kat TESCO ada ternampak kat Mr.DIY ni ada jual barang-barang nak buat decoration raya. Memandangkan benda dah ada kat depan mata, tak payah nak pening-pening kepala dah nak tawaf satu Ipoh bercari barang. Actually agak murah & cantik jugak lah decoration dia. Warna pulak memang meriah betul!!😁
![]() |
| Ni baru sikit. Kejap lagi penuh la bakul😆. |
Apa-apa pun, esok nak decorate office dulu bagi cantik. Kalau ikutkan memang malas nak buat. Tapi dah boss & office mates nak sangat rasa fefilin raya tu, so kita layan kan jelah. Mana lah tau kan, time tengah dok gantung-gantung bunga kat ceiling office tiba-tiba idea & mood nak buat kuih raya tu tiba-tiba datang. Boleh jadi kan kawan-kawan😁? Apa-apa pu, selamat membuat persiapan raya & selamat meneruskan ibadah puasa!
or reload the browser
or reload the browser
or reload the browser
Mei 02, 2021
Cahaya Penyeri Raya!!
![]() |
| Lampu kelip-kelip ni Syu pilih yang warm white jer. |
![]() |
| Sejuk mata memandang. Ni barulah raya!! |
Semoga raya tahun ni ada sinar untuk kita semua berkumpul bersama-sama keluarga tersayang 😘💕!!
Mei 01, 2021
Cheaperlicious Homemade Oden!!
Have you ever eaten oden made by Family Mart?? Yeah....I've tried it before. Honestly, I don't mind if the price was a bit expensive but I'm a little bit frustrated with the taste😩. So today for my iftar, I decided to make a homemade oden to relief my feelings😁. Quit simple & easy actually!!
![]() |
| 😋💕Nothing can challenge the homemade one. |
Just give it a try!! I'm pretty sure you gonna love it!!😉
April 28, 2021
Turunnya Al-Quran Di Bulan Ramadhan
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam kemuliaan"
وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِۗ"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?"لَيْلَةُ الْقَدْرِ ەۙ خَيْرٌ مِّنْ اَلْفِ شَهْرٍۗ"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"تَنَزَّلُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِاِذْنِ رَبِّهِمْۚ مِنْ كُلِّ اَمْرٍۛ"Pada malam itu turun malaikat & ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur"سَلٰمٌ ۛهِيَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ"Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar"
[Al-Qadr:97]
😚 Salam Nuzul Al-Quran buat blogger-blogger & selamat beramal di bulan yang penuh keberkatan ni. Kalau korang tengok la kan...Dalam surah Al-Qadr ni ada mentioned yang turunnya Al-quran tu pada malam kemulian (Al-qadr).
Tapi, pernah tak korang tertanya-tanya? Kenapa diletakkan 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Al-Quran? Sedangkan Al-qadr tu kan sepatunya 10 malam terakhir Ramadhan? Okey, kat sini Syu sediakan sedikit bacaan tambahan untuk korang berkenaan Nuzul Al-Quran & Malam Lailatul Qadar.
Mungkin dengan bahan bacaan ni sedikit sebanyak boleh menjawab persoalan korang berkenaan hubungkaitnya malam Lailatul Qadar dengan Nuzul Al-Quran. Selamat menambah ilmu & selamat beramal 🥰.
Baca artikel:
April 23, 2021
Shell Out Campak-campak!!
![]() |
| 😌Jadilah...Nak makannya bukan ramai. Berdua jer pun. |
![]() |
| 📷Sementara menunggu azan tu kita kasi snap dulu. |
😋Selamat Berbuka Puasa & Jangan lupa baca doa🤲🏻.
April 19, 2021
Nasi Goreng Pattaya & Daging Sweet Sour
Salam Ramadhan. Selamat berbuka puasa semua!!
April 14, 2021
Menu Iftar Ala Kadar Jer Hari Ni
![]() |
| Bubur campak-campak jer. Sayangkan lebihan nasi bersahur pagi tadi 😋 . |
![]() |
| Air tebu & agar-agar sirap jer. |
![]() |
| Time bulan Ramadhan ni, desert ini yang tekak teringin nak makan 😂. Macam takda desert lain ye dak? |
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(45)
-
▼
Oktober
(10)
- Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Happy Birthday Syuben!
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(10)














