Cahaya Penyeri Raya!!

Mei 02, 2021

Juadah berbuka puasa dah siap prepare dah. Tinggal nak makan jer. Memandang ada sikit lebihan masa sementara nak menunggu waktu berbuka puasa ni...maka projek kitorang laki bini petang-petang ni adalah memasang lampu lip-lap lip-lap!! Ahah!!😁

Last year memang ada plan nak pasang lampu kelip-kelip ni tapi banyak dah sold out pulak kat SHOPEE. Nak beli dekat kat luar mahal kemain. So, takda lah pasang. This year punya Aidilfitri memang wajib pasang!! Tak kira lah nak jadi apa!! Nak pasang jugak lampu kelip-kelip tahun ni. Last year tak pasang memang suram gila rumah. Macam takda seri 😶!! 

Lampu kelip-kelip ni Syu pilih yang warm white jer.

Actually, lampu kelip-kelip ni Syu dah beli siap-siap dah sebelum puasa lagi. Tapi tak cukup pulak bila ukur!! 😂 Then nak tak nak Syu terpaksa repeat order lagi dalam 40m. Nasib warna ni ada stok lagi. If not memang sakit mata lah tengok kelip-kelip ni berkelip-kelip warna tak sama. Tak mahal mana pun Syu beli lampu kelip-kelip ni. Untuk 10m panjang harga dia just dalam RM5 jer. Lampu kelip-kelip ni boleh sambung-sambung bagi panjang sebenarnya, sebab setiap 10m lampu kelip-kelip ni memang dah siap ada soket jantan betina. Bila nak pasang tu just connect kan jer macam biasa.

Sejuk mata memandang. Ni barulah raya!!

Yeah!! Siap dah pasang!! Siang tadi  nampak macam tak berapa sangat !! Bila bukak time malam baru nampak vavavom!! Ada lah nampak meriah sikit bila tengok. At least takda lah kusam jer kat depan rumah ni. Kalau macam ni baru lah mood raya tu on!!😉


Semoga raya tahun ni ada sinar untuk kita semua berkumpul bersama-sama keluarga tersayang 😘💕!!


Comments

  1. kita pasang pelita je 2 ketul hahaha jadi la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi lah...pelita 2 ketul pun. Janji ada lah sikit fefilin raya tu ye dak?😁

      Padam
  2. Meriah rumah ada lampu kelip kelip ni. teringin nak beli juga kat shopee macam ni.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!