Posts with the label Pre-Eid
Memaparkan catatan dengan label Pre-Eid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pre-Eid. Papar semua catatan

Mei 04, 2021

Dekorasi Raya Dari Mr.Do-It-Yourself

Pejam celik...pejam celik ada berbaki 8 hari saja lagi untuk kita berpuasa. Sekejap betul masa berlalu kan kawan-kawan?? Puasa Syu tahun ni memang alhamdulillah. Allah permudahkan! Tak ada masalah gastrik. Tak ada masalah angin sakit kepala bagai. Senang cerita, memang lancarlah semuanya jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Cuma persediaan raya tu macam tak berapa nak lancar sikit. Rasa macam raya, rasa macam tak raya😅.



Korang macam pulak mana?? Berapa percent dah persiapan raya?? Dah tak lama dah tau...tinggal lebih kurang seminggu jer lagi. Macam Syu punya persediaan setakat ni just lampu lip-lap hari tu jer. Biskut-biskut apa semua hapah Syu tak buat lagi. Barang nak buat biskut semua Syu dah beli dah! Cuma mood nak buat tu belum ada lagi! Boleh jadi, kuih raya tunjuk tahun ni nampak gayanya. Dah ada bau-bau dah ni😆!


Hari Raya Aidilfitri
Pusing dulu puas-puas. Penuh bakul baru balik😄.


Petang semalam, boss & officemates ada suruh cari decoration raya. Saja nak ceriakan office agaknya. Selalunya setiap tahun, company Syu just buat decoration untuk Chinese New Year & Christmas jer. Decoration raya memang tak pernah buat langsung😂.Mungkin tahun ni diorang nak merasa pulak tengok decoration time raya kita macam mana. Nak tak nak terpaksa lah terjah ke Mr.DIY sekejap lepas balik kerja bercari barang decoration. Nak pergi semalam tak sempat. 



Actually, minggu sudah masa pergi window shopping kat TESCO ada ternampak kat Mr.DIY ni ada jual barang-barang nak buat decoration raya. Memandangkan benda dah ada kat depan mata, tak payah nak pening-pening kepala dah nak tawaf satu Ipoh bercari barang. Actually agak murah & cantik jugak lah decoration dia. Warna pulak memang meriah betul!!😁


Hari raya aidilfitri
Ni baru sikit. Kejap lagi penuh la bakul😆. 


Apa-apa pun, esok nak decorate office dulu bagi cantik. Kalau ikutkan memang malas nak buat. Tapi dah boss & office mates nak sangat rasa fefilin raya tu, so kita layan kan jelah. Mana lah tau kan, time tengah dok gantung-gantung bunga kat ceiling office tiba-tiba idea & mood nak buat kuih raya tu tiba-tiba datang. Boleh jadi kan kawan-kawan😁? Apa-apa pu, selamat membuat persiapan raya & selamat meneruskan ibadah puasa!

Dekorasi Raya Dari Mr.Do-It-Yourself

Mei 04, 2021

Mei 02, 2021

Cahaya Penyeri Raya!!

Juadah berbuka puasa dah siap prepare dah. Tinggal nak makan jer. Memandang ada sikit lebihan masa sementara nak menunggu waktu berbuka puasa ni...maka projek kitorang laki bini petang-petang ni adalah memasang lampu lip-lap lip-lap!! Ahah!!😁

Last year memang ada plan nak pasang lampu kelip-kelip ni tapi banyak dah sold out pulak kat SHOPEE. Nak beli dekat kat luar mahal kemain. So, takda lah pasang. This year punya Aidilfitri memang wajib pasang!! Tak kira lah nak jadi apa!! Nak pasang jugak lampu kelip-kelip tahun ni. Last year tak pasang memang suram gila rumah. Macam takda seri 😶!! 

Lampu kelip-kelip ni Syu pilih yang warm white jer.

Actually, lampu kelip-kelip ni Syu dah beli siap-siap dah sebelum puasa lagi. Tapi tak cukup pulak bila ukur!! 😂 Then nak tak nak Syu terpaksa repeat order lagi dalam 40m. Nasib warna ni ada stok lagi. If not memang sakit mata lah tengok kelip-kelip ni berkelip-kelip warna tak sama. Tak mahal mana pun Syu beli lampu kelip-kelip ni. Untuk 10m panjang harga dia just dalam RM5 jer. Lampu kelip-kelip ni boleh sambung-sambung bagi panjang sebenarnya, sebab setiap 10m lampu kelip-kelip ni memang dah siap ada soket jantan betina. Bila nak pasang tu just connect kan jer macam biasa.

Sejuk mata memandang. Ni barulah raya!!

Yeah!! Siap dah pasang!! Siang tadi  nampak macam tak berapa sangat !! Bila bukak time malam baru nampak vavavom!! Ada lah nampak meriah sikit bila tengok. At least takda lah kusam jer kat depan rumah ni. Kalau macam ni baru lah mood raya tu on!!😉


Semoga raya tahun ni ada sinar untuk kita semua berkumpul bersama-sama keluarga tersayang 😘💕!!


Cahaya Penyeri Raya!!

Mei 02, 2021