Selamat Hari Jururawat Kepada Seluruh Jururawat Di Malaysia!

Mei 12, 2021

Hari ni dah masuk hari terakhir kita berpuasa yer kawan-kawan. Lagi beberapa jam jer Ramadhan bakal tinggalkan kita😢. Sekejap betul masa berlalu kan? Walaupun esok dah nak raya kita jangan lupa ada "Unsung Hero" yang tengah sibuk berjuang mati-matian untuk kita semua. Memang tidak dinafikan yang doktor pun banyak membantu menyelamatkan pesakit, tapi ianya tak sehebat jika dibandingkan dengan jururawat.



Semenjak pandemik tercetus, diorang ni lah barisan hadapan yang pertama menghadap Covid-19 ni. Sehingga ke hari ni diorang tak henti-henti berjuang. Even sebelum pandemik pun memang diorang yang paling banyak buat kerja & stayback berjam-jam lamanya di hospital sebenarnya.


Jururawat
SUMBER FOTO : Nurseguidance.com

So kalau korang tengok ada jururawat yang bad mood masa bekerja, korang faham-fahamlah kan Diorang pun manusia biasa jugak. Ada masa & ketika diorang rasa kemurungan & stress. Almaklumlah, bukan sorang dua pesakit nak dijaga. Satu hall wad tu busuk-busuk pun mesti ada dekat 50 orang pesakit yang sememangnya ada bermacam-macam kerenah.



Bersempena Ramadhan terakhir ini, actually seluruh dunia jugak turut menyambut "Hari Jururawat Sedunia". So, dikesempatan ini Syu nak ucapkan "Selamat Hari Jururawat" buat semua jururawat-jururawat di Malaysia terutamanya. Terima kasih tak terhingga atas semua perjuangan korang dari awal sampai lah ke hari ni.


Syu doakan korang semua sentiasa kuat & terlindung dari serangan COVID-19 ni. Pada jururawat-jururawat muslim yang gugur sepanjang pandemik ni Syu doakan mereka-mereka ni ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!