Posts with the label Celebration
Memaparkan catatan dengan label Celebration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celebration. Papar semua catatan

Oktober 09, 2025

Selamat Hari Lahir My Bebeh!

Semalam ada orang tu sambung cuti rehat dengan harapan kita ada nak celebrate birthday dia. Malangnya Syu terlupa! Even wish birthday pun tidak. Udah petang baru wish encik suami - Maafin aku sayang. Sumpah terlupa 😂. Itupun dia sendiri bagitahu Syu. Masa tu Syu tengah lepak dekat meja depan kat ruang tamu. Tunggu dia bersiap nak pergi HRPB tengok kakaknya kat hospital nun kena heart attacked - Get well soon angah!


Datang-datang dengan muka penyek dia cakap kat Syu - "Kita apply cuti tau hari ni, kita ingat awak ada lah nak celebrate birthday kita ke wish ke apa ke. Kita tunggu dari malam tadi tau". Dalam hati - "😌 Halah3! Time birthday kita idak pun dia nak celebrate bagi hadiah bagai. Time dia? Kemain dia ya. Ha3." So, lepas tengok kakaknya kat HRPB semalam, kita pun pergilah ke Nifayyi sana celebrate birthday dia. Bagi dia rasa syiok sikit. Birthday boy kan! Kasilah dia chance.


Celebrate dekat Nifayyi jer. Dah alang-alang dekat dengan area HRPB.


To my husband, selamat hari lahir yang ke sekian-sekian. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kita yang memang sedia-sedia kecil ni. Jangan nak baran-baran tengin-tengin bagai sebab awak pun tahu bini awak singa tidur yang lagi singa dari singa bila dia menyinga. Ha3. Love you so much! Dunia akhirat. Jom ronda-ronda naik skuter lagi malam ni jom! He3 😁.

Selamat Hari Lahir My Bebeh!

Oktober 09, 2025

Oktober 06, 2025

Baru Nak Buka Hadiah! 😂

Syomel-syomel semuanya. Thanks guys Choy, Wana & Kelvin!

 

Birthday dah habis lama dah. Baru ini ada kesempatan nak hadap hadiah-hadiah yang officemate bagi hari tu - Hadiah tak banyak pasal circle dah kecik 😅. Apa-apa pun terima kasih daun keladi kepada yang memberi. Setiap tahun sentiasa mengingati & mengiringi diri yang semakin hari semakin menua ini dengan doa!


Semoga diri ini diberikan kesihatan & afiah dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih tersisa ni. Buat rakan-rakan Blogger juga, terima kasih kerana sentiasa setia, sudi membaca & meninggalkan jejak yang kadang-kadang Syu lupa nak jejak balik - Maafkan ambo! 😂. 

 

Sebelum masuk kerja kita ngopi dulu bagi segar biji mata.


Baru Nak Buka Hadiah! 😂

Oktober 06, 2025

Julai 29, 2025

Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat

Tahun ni. Bulan ni & hari ni. Tak ada lagi kek kebun untuk celebrate birthday abah dah. Tak ada lagi lagu "Selamat Hari Jadi" untuk kitaorang adik-beradik nyanyikan. Tak ada juga jerit pekik cucu-cucu sebut "Tok Wan". Mak pun sekarang dah tak sesibuk dulu. Selalunya, bila time birthday abah. Mak mesti sibuk kat dapur masak rendang, lontong, nasi impit & kuah kacang bagai. Macam nak raya! Pasal mak tahu, menu tu semua menu feveret abah.



Sekarang semua tu hanya tinggalkan kenangan jer 🥹. Abah pun dah pergi dengan tenang. Kita sebagai anak ni dah cukup lega dah tak tengok dia sakit-sakit lagi. Tapi itulah...Cuma kita yang hidup ni lah masih terkenang-kenangkan dia. Bila balik kampung tu rasa sayu sangat hati ni. 


Dia punya feel balik kampung tu dah tak sama macam dulu. Ada masa terbayang-bayang arwah abah dok duduk dalam bilik. Baring atas katil. Bila time makan, rasa terngiang-ngiang bunyi tongkat arwah abah berjalan keluar bilik - Sumpah cakap. Syu rindu semua tu! 🥲


Buat abah...selamat hari lahir akak ucapkan. Walaupun abah dah tak ada, doa akak sentiasa mengiringi abah kat sana. Terima kasih abah! Terima kasih sebab dah jadi abah yang terbaik untuk kitaorang semua. Akak sayang abah dunia akhirat 🫂💕. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin 🤲🏻.

Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat

Julai 29, 2025

Jun 30, 2025

Weekend Yang Busy! 🫣

Time hari cuti memang sibuk. Sempatlah Syu luangkan masa sekejap dengan encik suami. Walaupun, petang tu dia kena masuk kerja shift malam macam biasa 🥹. Tapi, dalam sekejap-sekejap tu pun. Merata jugalah kitaorang pergi. Lepas keluar dengan husband, sambung pula menyukat jalan dengan mak saudara & cousin dia pulak 🤭. 


Majlis Akikah & Birthday Party Fairil


Beberapa hari lepas, Syu ada terima jemputan dari Mama Fairil. Alah, menantu Pak Zaini yang Syu pergi kenduri kahwin anak dia hari tu. Dialah orangnya.


Katanya, nak celebrate birthday si Fairil & dengan kenduri akikah dia. So, kitaorang laki bini singgahlah ke sana sekejap tunjuk muka. Tema party-nya wow Didi & Friends ya. Omey angat 🤪🎉! 


Happy Birthday Fairil! 🤪🎉



Lepak membawang


Selesai bertandang majlis hari jadi & akikah si Fairil, kitaorang berdua pun beransur ke pekan Parit pula. Saja balik kampung jumpa saudara sebelah encik suami. Memandangkan dah lama tak jumpa. Apa lagi. Pakat membawanglah kitaorang semua. Sambil-sambil tu, perkena cendol & ABC barang semangkuk dua buat sejukkan tekak. Kena pula cuaca panas masa tu. Memang ngam sangatlah.


Tea-time di Pekan Parit pula kome! Makan sesaja tak henti-henti hari ni 😂. 



Jumpa kawan mama


Selesai di Pekan Parit. Kami ke rumah kawan mama pula. Saja ajak datang ke erumah pasal dah lama sangat tak jumpa. Masa on the way nak ke sana, sempatlah cousin encik suami bawa tunjuk rumah apartment baru dia yang dah siap dia area UTP (Universiti Teknologi Petronas) nun.


Saja dibeli buat aset katanya. Syu tengok, memang strategik juga lokasi rumahnya tu. Bolehlah kalau nak buat sewa dekat students UTP nanti. Tapi, kena cari penyewa yang elok perangailah. Takut melingkup rumahnya. Tambah-tambah kalau dapat penyewa dari neraka 😅. 


Ambil gambar dari luar jer. Malas nak naik atas. 


Sambung tea time lagi! Kenyang gila rasa 🫣


Paksa juga auntie bergambar buat kenangan, walaupun dia pakai baju kelawar & tudung cekup saja 😅


Selesai dekat sini, kitaorang pun pakat pulanglah ke sarang masing-masing. Masa Syu balik, husband Syu tengah siap-siap nak pergi kerja. Malam tu memang tak makanlah ya. Sebab perut masing-masing dah kenyang. Mana taknya dari pagi sampai ke petang makan sesaja 😅. 

Weekend Yang Busy! 🫣

Jun 30, 2025

Mac 12, 2024

Birthday Celebration & Makan-makan Famili

Ni alkisah hujung minggu hari tu - Cerita dah basi. Tapi tak apa. Kita tetap nak abadikan kenangan tu dekat sini juga. Saja ajak satu famili berkumpul & buat makan-makan dekat kampung. Lama juga tak buat sebenarnya. Sampai mak sedara tanyalah bila nak buat BBQ lagi 😂.


Dah alang-alang hari tu nak celebrate birthday Sarah Deris & Awie (Adik lelaki Syu yang seorang yang nombor 4). Jadi, kami semua pakat-pakatlah bawa balik barang pemakan seorang sikit buat ghaso-ghaso 😁. 


Menu yang ditunggu-tunggu semua orang. Kambing! 🤤


Ada yang bawa kek, kentang, sosej, air, buah & macam-macam lagi. Seperti yang dijanjikan. Syu bawa balik buah rockmelon yang Syu beli dekat FAMA Fest hari tu. Pakej sekali dengan lamb shoulder & ayam perap untuk buat BBQ. 



Pulut kuning rendang ayam hutan


Mak Syu dekat kampung punyalah bersemangat! Gigih dia masak pulut kuning dengan rendang ayam hutan. Kalau tak silap ada 7 ekor juga ayam hutan adik Syu sembelih hari tu. Lepas direndangkan tak banyak mana pun ayamnya. Sebab ayamnya tak berapa besar 😁. 


Satu kek dua nama. Bising Sarah Deris sebab birthday dia selalu kena celebrate dengan abang dia 🤣. 


By the way, pulut kuning tu kitalah yang hias! Mak Syu kata nak tema ayam. Tu pasal keliling pulut kuning tu penuh dengan telur 🤣! Jenuh Syu memikir macam mana nak bagi lawa tau. Sudahlah tangan kita ni tak berseni 😅. 


Sibuk bergambar. Abah dekat tengah tu dah lapar dah tu 😂. 


Mula-mula, nampak macam sikit barang pemakanannya. Tapi, bila dah kumpul letak semua atas meja. Alhamdulillah, penuh 🤭! Yang best, semua orang dapat merasa. Cuma lain kali, kambing perap tu nak kena lebihkan sikit. Sebab ramai yang minat 😅.


Happy birthday Sarah & Awie 🥰. 


Apa-apa pun, happy belated birthday buat Sarah Deris & Awie. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan 🤲🏻. Be the best & terus sukses! 

Birthday Celebration & Makan-makan Famili

Mac 12, 2024

Disember 31, 2023

Goodbye 2023. Let's Wrap!

2024 just around the corner ya korang. Let's wrap!🎬 Semoga apa yang tak tercapai tahun 2023 terlaksana di tahun 2024 nanti. Tak kisahlah dari aspek apa pun. Perlahan-lahan kayuh. Jangan gopoh-gopoh. Biar lambat. Janji dapat apa yang dihajat 🥰. 



Kadang-kadang, benda yang kita rancang elok tu tak semestinya dapat kejap-kejap itu juga. Sebab kita kena ingat. Ada yang lebih Maha mengetahui akan setiap satu-satu perkara tu. Apa-apa pun, selamat menempuh tahun 2024! 🎉


New year 2024


Goodbye 2023. Let's Wrap!

Disember 31, 2023

Ogos 31, 2023

Selamat Hari Merdeka!

National Day 2023


Di kesempatan ini, Syu nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua pejuang-pejuang negara kita yang telah bergadai nyawa memerdekakan bumi Malaysia ni. Tanpa kalian, entah apa agaknya bumi Malaysia hari ni. Mungkin kami anak cucu masih hidup bergelumang dengan darah. Berlapar & dahaga hidup dalam pelarian. Mungkin? 🥲



Pada bangsa ku yang Melayu. Islam khususnya. Buka minda. Buang penyakit hati & mata segala. Bila jatuh. Biar sama bangun. Jangan asyik nak main sihir & buat perkara syirik. Malu! Sebab ramai kalangan pembelot & pengkhianat bangsa Melayu datangnya dari bangsa kita sendiri. Bersainglah secara sihat. Itu yang terbaik! 👍



Tak kira bangsa & agama apa sekalipun. Teruskan hidup bersatu padu. Kekalkan sikap tolak ansur & toleransi. Jangan pernah cuba suntik elemen-elemen yang menyentuh sensitiviti agama & kaum.  Jangan dipolitikkan juga semua perkara. Tak sihat. Tak elok & tak bagus juga untuk perkembangan negara. Be rational & professional.  Selamat Hari Merdeka!

Selamat Hari Merdeka!

Ogos 31, 2023

Mei 16, 2023

Happy Teacher's Day 2023

 

Happy Teacher's Day 2023
KREDIT FOTO : Pinterest


Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru-guru di seluruh Malaysia. "Guru insani pemangkin generasi Madani 🥰". 

Happy Teacher's Day 2023

Mei 16, 2023

April 20, 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!

Hari Raya Aidilfitri
KREDIT FOTO : MyweekendPlan


Tengah sibuk buat preparation raya ke tu? Raya tahun ni Syu sambut ala kadar saja. Sama macam raya-raya yang sebelum ni 🤭. Raya Aidilfitri Syu tahun ni kalau ikutkan Syu malas nak berperang dengan mesin jahit - Tapi, kena hadap juga sudahnya, sebab bajunya nak kena dikecilkan. Husband pula minta alter bahagian lengan 😂. 


Jadi, Syu belilah baju dah siap di ekspo raya kemarin. Baju pun tak beli banyak. Cukup seorang dua pasang. Lagipun, harga baju raya tahun ni boleh tahan mahal juga ya. Saiz pun banyak saiz-saiz miss universe 😂. Kita yang saiz miss unibesar ni susah sikit nak jumpa baju yang kita berkenan.


Hari Raya Aidilfitri
Ramai manusia 🤭. 

Biskut raya pun Syu buat mana sempat saja. Setakat hari ni masih belum ada kuih tunjuk dalam senarai. Actually, Syu nak juga beli biskut yang dah siap. Tapi, takut kena scam 🤣. Punah harapan nanti kalau beli biskut raya tak sedap. Rasa puas hati lagi kalau buat sendiri. 


Biskut makmur
Kuih favourite & wajib ada setiap tahun 🤤. 


Setakat ni Syu baru buat biskut makmur & biskut cornflakes crunchy. Masih ada 6 balang kuih raya lagi yang belum ada isi. Syu tak tahu nak letak kuih apa 😅. Memandangkan lusa baru raya. Malam ni & esok Syu nak pecut buat kuih raya lagi. Harap sempatlah 😅. By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance buat semua rakan Blogger. Maaf zahir & batin. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!

April 20, 2023