Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!

April 20, 2023

Hari Raya Aidilfitri
KREDIT FOTO : MyweekendPlan


Tengah sibuk buat preparation raya ke tu? Raya tahun ni Syu sambut ala kadar saja. Sama macam raya-raya yang sebelum ni 🤭. Raya Aidilfitri Syu tahun ni kalau ikutkan Syu malas nak berperang dengan mesin jahit - Tapi, kena hadap juga sudahnya, sebab bajunya nak kena dikecilkan. Husband pula minta alter bahagian lengan 😂. 


Jadi, Syu belilah baju dah siap di ekspo raya kemarin. Baju pun tak beli banyak. Cukup seorang dua pasang. Lagipun, harga baju raya tahun ni boleh tahan mahal juga ya. Saiz pun banyak saiz-saiz miss universe 😂. Kita yang saiz miss unibesar ni susah sikit nak jumpa baju yang kita berkenan.


Hari Raya Aidilfitri
Ramai manusia 🤭. 

Biskut raya pun Syu buat mana sempat saja. Setakat hari ni masih belum ada kuih tunjuk dalam senarai. Actually, Syu nak juga beli biskut yang dah siap. Tapi, takut kena scam 🤣. Punah harapan nanti kalau beli biskut raya tak sedap. Rasa puas hati lagi kalau buat sendiri. 


Biskut makmur
Kuih favourite & wajib ada setiap tahun 🤤. 


Setakat ni Syu baru buat biskut makmur & biskut cornflakes crunchy. Masih ada 6 balang kuih raya lagi yang belum ada isi. Syu tak tahu nak letak kuih apa 😅. Memandangkan lusa baru raya. Malam ni & esok Syu nak pecut buat kuih raya lagi. Harap sempatlah 😅. By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance buat semua rakan Blogger. Maaf zahir & batin. 

Comments

  1. Selamat Hari raya syu... kita pun raya simple2 je tahun ni..kuih raya pun orang bagi ehhehe... mmg x plan nak beli or buat.. baju raya pun pakai thn2 lepas punya... hahaha

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ✨

    BalasPadam
  3. Suka makan kuih makmur.. Tahun ni mak saya buat. sedap.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!