Julai 20, 2026
Hari Raya Aidilfitri Kami 2026-Part 1

Tahun ni turn beraya di negeri Perak. Semua adik-beradik balik berkampung kat Kampung Gelong Gajah, Beruas. Raya tahun depan nanti baru diorang semua pakat bertebaran beraya belah bini masing-masing. Raya kali ni lain sikit tentatif kitaorang adik-beradik. Sambut pun ala kadar sahaja.
Even khemah raya pun mak tak bertempah dengan Pak Cik Mat Tan macam tahun-tahun sudah. Tapi, yang pasti tahun ni mak buat kuih raya banyak! Macam-macam jenis dibuatnya - Thanks to adik ipar baru! Rajin dia menolong mak kat dapur. Boleh tahan ligat juga buat kerja.
Hari Masak-Malam Raya
Rasa lega gila kan bila PMX umumkan cuti tambahan masa raya hari tu?! Especially, kita yang kerja swasta ni! Dapatlah merasa cuti lama sikit. At the same time, boleh balik kampung awal buat persiapan raya & berbuka puasa ramai-ramai time hari terakhir Ramadhan. - Selalu time hari masak kena kerja. Cuti pulak boleh apply sehari jer.Itupun kena pilih nak cuti sehari sebelum raya atau selepas raya.
Dam Dam Du, Bunyi Mercun - Raya tahun ni laki kita tak dapat join beraya, sebab kena kerja. Tapi, yang best-nya dia dah standby siap-siap dah mercun & bunga api untuk dikendurikan time malam raya untuk anak-anak buah dia. Beratus jugalah berhabis - Menyirap juga sebenarnya. Tapi kita lantakkan jer. Asalkan bukan duit kita.
![]() |
| Ini jer yang sempat di ambil gambar. Yang lain habis dah kena bakor. Tak menyabor budak-budak ni bila nampak benda-benda ghoper ini 😂. |
Bila ada bunga api & mercun, automatik jadi meriah pula kampung dibuatnya. Selalu sunyi jer time malam-malam. Busuk-busuk pun dengar bunyi cengkerik dengan bunyi burung hantu. Bila dah meletup dentam-dentum sana-sini, babi ngan monyet pun tak berani nak mari 😁.
Raya Pertama
Pagi raya, mak as usual sibuk kat dapur. Awal dia bangun, gara-gara nak melodeh - Menu wajib wong Jowo time hari raya! Rendang ayam, Syu dah tolong setelkan dah malam tadi. Malas nak bergocoh dengan periuk belanga di pagi raya. Raya Aidilfitri tahun ni kita ada agenda! Nak solat berjemaah kat masjid dengan tenang.
![]() |
| Kami-kami yang perempuan set up table & setelkan barang pemakan. Yang lelaki-lelaki pandailah deme set up apa-apa yang patut 😁. |
Selain lontong & kuah lodeh, ada juga menu lain kitaorang buat - Nasi impit, lemang, daging masak hitam, kuah kacang & biskut raya mak. Sebelum pergi ke masjid, kitaorang pakat-pakat hidang kat atas meja siap-siap. Nanti balik dari sembahyang raya dah tak gaduh dah. Tinggal ngap jer masuk dalam mulut!
Masjid Gelong Gajah Aku Datang! - Raya tahun ni Syu memang dah pasang niat nak solat di masjid. Alhamdulillah! Allah izinkan. Selalu pagi-pagi tak sempat nak pergi, sebab sesohkan hal kat dapur. Raya tahun ni, Syu tak nak sesohkan dapur pagi-pagi. Syu nak ke masjid! Nak jadi apa jadilah. Awak nak pergi solat berjemaah kat masjid! Ha3.
![]() |
| Boleh tahan meriah! Paling seronok budak-budak lah. Dapat duit raya! |
Assalamualaikum abah! - Tahun ni aktiviti ziarah kubur lain macam sikit dia punya feeling. Sedih ada. Sebak pun ada. Dulu setiap kali habis sembahyang raya, arwah abah mesti akan singgah kat tanah perkuburan ziarah tok & tok wan dengan kitaorang. Ziarah kali ni arwah abah ada juga, tapi dia pun dah menyusuli tok & tok wan sekali kat sana 😔. Raya tahun lepas sempat juga beraya dengan arwah abah. Tapi, dalam lima hari je. 2 hari sambut kat kampung, selebihnya dekat Hospital Manjung.
![]() |
| Assalamualaikum abah! Kami datang jenguk abah ni... |
Alhamdulillah, arwah abah pergi pun mudah. Tak ada menyusahkan anak-anak - Memang itu yang arwah abah nak kan sebenarnya, walaupun pada hakikat anak-anaknya dah standby & ready untuk disusahkan demi dia. Apa-apa pun Al-fatihah untuk arwah abah. Doa kami, mak adik-beradik, anak menantu & cucu-cucu abah ada & takkan putus-putus kitaorang kirimkan untuk abah. Sayang abah dunia akhirat. Selamat hari raya abah. Maaf zahir batin - Wuarrgggghhh...sedihlah! 😭
Lontong My Feveret! - Setel aktiviti kat kubur, kita balik sambung buat aktiviti lain pulak kat rumah. Perut pun dah berkeroncong minta diisi. Jadi, kita makanlah dulu makanan-makanan yang kitaorang dah pakat-pakat hidang kat atas meja sebelum gerak ke masjid tadi tu. Sebelum tetamu datang beraya, better kita isi tangki dulu.
Lambat makan. Sumpah licin! Kawan-kawan mak suka datang beraya kat sini. Sebab rumah mak jer yang ada buat lontong & kuah lodeh. Setel makan, then barulah kita boleh bermaaf-maafan, berbahagi harta (Duit raya) & ber-OOTD raya satu famili - GAMBAR RAYA KITA SAMBUNG KAT PART 2 NANTI 🫣.
![]() |
| It's makan time. Menu raya banyak tahun ni. Favourite Syu sepanjang masa. Nasi impit & kuah lodeh mak! |
[P/S : Dah lama peram post ni kat dalam draft sebenarnya. Tak kuat nak sambung menaip sebab Raya Aidilfitri tahun ni, raya yang paling sedih untuk kitaorang satu famili. Memang yang pergi tetap pergi. Tapi, yang pergi tu sebenarnya kekuatan kita untuk berdiri sampai hari ni]
Mac 31, 2025
Syawal Syuderis.com 2025

Hari Raya Aidilfitri tahun 2025 ni, Syu satu famili sambut ala kadar jer. Still sambut dengan gembira. Cuma tak semeriah sebelum-sebelum ni. Almaklumlah, abah Syu tak berapa sihat. Tak dapat nak huha-huha sangat sebab masa banyak tertumpu pada abah.
![]() |
| Ada lagi sedara-mara yang mari. Cuma ini jer yang sempat 😅. |
![]() |
| Abah nak pakai baju pagoda jer. Tak nak pakai baju raya katanya. Panas 🫠. |
Tahun ni raya pun tak cukup korum. Ada yang beraya di Kedah. Ada yang beraya di Teluk Bakong. Syu pun lone ranger jer balik beraya di Gelong Gajah pasalnya husband Syu kena kerja. Rasa macam serba serbi tak lengkap pun ada raya tahun ni.
Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Syu ucapkan kepada semua Bloggerian Syuderis.com! Maaf zahir & batin 🥰 - Selesai beraya. Malam tu kami bawah abah ke hospital sebab abah dah penat sangat.
Mac 30, 2025
Duit Raya Oh Duit Raya

Sementara tak ada buat apa-apa. Let's isi duit raya tahun ni untuk dibedak-bedakkan kepada anak saudara. Sama macam tahun-tahun sebelum ni, kita just bagi takat mana yang kita mampu jer. Ikut ketebalan poket. Pasal tahun ni agak keras sikit 😂. ![]() |
| Isi takat mana mampu jer. Tahun ni keras lain macam dik! 😂 |
Mac 21, 2025
Petua Elak Nasi Impit Cepat Berair & Basi

Selain lemang & ketupat. Nasi himpit (atau nasi impit) juga antara juadah yang WAJIB ADA setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Tak kisahlah samada nasi himpit homemade atau nasi himpit segera sekalipun. Dua-duanya sesuai untuk dimakan dengan rendang, kuah kacang & kuah lodeh 😋.
![]() |
| Nasi himpit digandingkan bersama dengan kuah kacang & sate pun sedap juga 😋 - KREDIT FOTO : Cookidoo |
Nasi impit ini macam nasi biasa juga. Bahan utamanya adalah beras. Cuma ianya dimasak lembik & nasinya dipadatkan sampai nasinya betul-betul mampat & tak nampak lagi butir-butir nasi. Nasi impit ni sensitif sikit! Mudah berair dan cepat basi. Tambah-tambah bila nasi himpitnya tak dimasak & disimpan dengan cara yang betul.
Petua elak nasi himpit cepat basi
Pernah juga cuba beberapa petua untuk bagi nasi impit tahan lama. Tapi, failed! Jadi, hari ni, Syu share beberapa petua yang selalu Syu & mak Syu guna untuk elakkan nasi impit dari cepat basi. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ni nanti. Guna petua ni confirm berhari-hari boleh tahan nasi himpit korang!
1. BASUH BERAS
![]() |
| Basuh beras bersih-bersih supaya nasi impit lambat basi. |
Penting untuk kita basuh beras nasi himpit tu bersih-bersih terlebih dahulu supaya beras nasi himpit bersih dari sebarang kekotoran yang boleh menyebabkan nasi himpit cepat berair & basi. Tak payah basuh lama-lama. Cukup sekadar air basuhan tu beras tu jadi jernih.
Bila beras nasi himpit dibasuh bersih, barulah nasi himpit akan jadi lebih cantik. Warnanya pun nampak elok putih bersih. Agak-agak beras dah bersih, bolehlah masak nasi himpitnya macam biasa. Nak nasi himpit sedap & berbau wangi, jangan lupa letakkan beberapa helai daun pandan time merebus nasi himpit.
2. ELAKKAN LETAK GARAM
Garam ni bagus untuk tambahkan rasa kosong pada nasi himpit tu. Tapi, yang tak bangusnya. Garam ni boleh menyebabkan nasi himpit jadi cepat berair. Bila cepat berair, faham-faham sajalah nasi himpitnya akan jadi macam mana. Jadi, elakkan penggunaan garam ketika merebus nasi himpit. Lantaklah nasi himpit tu rasa kosong ke apa. Janji nasi himpitnya tak cepat basi disebabkan dek garam tu!
3. LEBIHKAN MASA MEREBUS
Bagi nasi himpit segera, masa merebus bergantung kepada jenis beras, saiz & kuantiti nasi himpit yang kita rebus. Paling kurang makan masa 2 jam untuk bagi nasi himpit betul-betul lembut & padat dalam plastik.
Selalu dekat packaging, masa masak yang dicadangkan adalah selama sejam. Tapi, seeloknya rebus nasi himpitnya lama sikit. Kalau boleh, masak sampai tak nampak butir-butir nasi dalam bungkusan nasi himpit tu. Barulah dapat hasil nasi himpit yang padat & sempurna.
Bila dipotong nanti, tak adalah isu nasi himpitnya berderai & ada butir-butir nasi. Pasal nasi himpitnya masak elok & betul-betul padat. Dengan lebihkan masa merebus, nasi himpit susah nak berair & basi juga! Jadi, lebihkan masa merebus nasi himpit tu. Dalam 15-20 minit pun dah okay dah.
4. TOS SEHINGGA BETUL-BETUL KERING
Untuk nasi himpit segera. Bila nasi impit dah betul-betul masak. Terus diangkat dan toskan nasi himpitnya sehingga betul-betul kering. Jangan dibiarkan terendam pula dalam air rebusan tadi. Kalau boleh, gunakan raga atau penapis besar supaya lebihan air dalam nasi himpit tadi boleh mengalir keluar & tak ada sisa air yang tertinggal dalam nasi himpit.
5. JANGAN BAGI KENA KIPAS ANGIN!
Ini satu lagi pantang nasi himpit yang mak Syu selalu pesan! Syu yakin mesti ramai yang tak tahu. Lepas nasi himpit dah masak, korang kena biarkan nasi himpit tu sejuk sendiri dalam raga/penapis besar. Tak perlu dianginkan dengan kipas angin untuk sejukkan nasi himpit. Kalau dianginkan juga nanti wap panas nasi himpit yang baru dimasak tadi akan terperangkap didalam plastik nasi himpit tu. Confirm sehari jer nasi himpitnya bertahan disebabkan dah berkuap & berair!
6. NAK MAKAN BARU DIPOTONG
Nasi impit yang dah dipotong lebih cepat berair & basi sebenarnya. Jadi, pastikan korang potong nasi impit tu bila nak dihidangkan sahaja. Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan/plastik. Kalau boleh, kurangkan pegang nasi impit yang dah dipotong tu dengan tangan.
Gunalah whatever penyepit/sudu/garfu untuk pegang & ambil. Pastikan juga pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih. Pasal pisau & landas yang kotor pun boleh jadi salah satu punca kenapa nasi himpit tak boleh tahan lama.
5. SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK
Selalu masa raya, kita mesti akan masak lebih nasi himpitnya. Almaklumlah, nak masak nasi himpit ni bukan sekejap. Makan masa yang lama juga. Jadi, setiap kali masak tu terpaksa masak dalam kuantiti yang banyak. Bila dah masak banyak belum tentu makan sampai habis kejap-kejap itu juga kan? Jadi, nak tak nak kena simpan untuk bawa ke hari esok.
Cuaca panas menyebabkan nasi impit cepat berair & basi. Nak nasi himpit tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk. Kalau korang guna nasi himpit segera, boleh simpan terus dalam peti ais. Bila nak makan, kukus balik & sejukkan macam biasa. Tapi, kalau korang buat nasi himpit homemade - Dalam loyang contohnya. Make sure korang tutup permukaan nasi himpit tu dengan cling wrap untuk elakkan nasi himpit tu kering.
Setakat ni, itu saja petua yang Syu & mak Syu selalu praktikkan untuk elakkan nasi himpit cepat berair & basi. Andai kata korang ada petua lain. Boleh share di ruangan komen. Mana tahu ada petua lain yang Syu tak tahu.
April 18, 2024
Team Purple Masuk Beradap! 💜

Awalnya viral ya, warna orange brick bakal jadi warna tema baju raya tahun 2024. Tapi entah macam mana, hujung-hujung ramai pula yang decided untuk pilih warna hijau lembut as warna tema baju raya - Dekat kampung Syu, ramai pula saudara & jiran pilih warna maroon 😅.
![]() |
| Deme pakat pakai warna maroon. Dah sepesen dengan lapik meja pun ada 😅. |
Baju raya Syu tahun ni Syu pilih untuk pakai tema warna purple. Syu tak expect pun nak pakai baju raya tema warna ni sebenarnya sebab kalau ikutkan, Syu nak pakai baju raya tema warna salmon. Tapi, tak jumpa pula warna yang sedondon untuk baju raya husband Syu.Jadi, kita pakai saja warna yang ada. Nak jahit sendiri tak sempat!
![]() |
| Encik suami kita dah macam penyanyi kopratasa dah rupa dia 🤣. |
Apa-apa pun, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger yang mengenali Syu. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa & tersilap kata. Walaupun tak pernah bersua muka, Syu harap ukhuwah kita akan tetap terus terjalin mesra. Gittew!
(P/S: Pasal baju warna orange brick tu. Ada yang kata, warnanya tu striking sangat & seakan-akan macam baju tok sami & tahanan polis. That's why ramai yang tak berapa berkenan agaknya 🤭. Tak pun warna tu memang dah SOLD OUT sebab kuasa viral)
Mei 07, 2023
Rayakan Sebulan 🤪!

Baru ini dapat ambil gambar raya dengan encik suami tau. Almaklumlah, dia tak dapat cuti masa hari raya hari tu. Jadi, berayalah kita sengsorang dekat kampung 🥲.
Memandangkan raya sebulan. Paksa juga encik suami bergambar raya. Tak peduli! Janji ada gambar raya bersama 🤪. So, kita simpan sini buat kenangan. Selamat Hari Raya & selamat berhujung minggu 🥰!
![]() |
| Tak kisah baju tak sedondon. Janji ada gambar raya 😁. |
![]() |
| Selamat Hari Raya! Rayakan sebulan 🤭. |
![]() |
| For mak cik bawang. Yes, kitaorang masih lagi berdua 🤪! |
![]() |
| Seorang mendongak. Seorang lagi membongak 🤣! Eloklah sangat. |
![]() |
| Teruskan beraya! Tak cukup. Sambung raya haji nanti 😁. |



















