Team Purple Masuk Beradap! 💜

April 18, 2024

Hari Raya Aidilfitri 2024

Awalnya viral ya, warna orange brick bakal jadi warna tema baju raya tahun 2024. Tapi entah macam mana, hujung-hujung ramai pula yang decided untuk pilih warna hijau lembut as warna tema baju raya - Dekat kampung Syu, ramai pula saudara & jiran pilih warna maroon 😅.


Deme pakat pakai warna maroon. Dah sepesen dengan lapik meja pun ada 😅.


Baju raya Syu tahun ni Syu pilih untuk pakai tema warna purple. Syu tak expect pun nak pakai baju raya tema warna ni sebenarnya sebab kalau ikutkan, Syu nak pakai baju raya tema warna salmon. Tapi, tak jumpa pula warna yang sedondon untuk baju raya husband Syu.Jadi, kita pakai saja warna yang ada. Nak jahit sendiri tak sempat!


Encik suami kita dah macam penyanyi kopratasa dah rupa dia 🤣. 


Apa-apa pun, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger yang mengenali Syu. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa & tersilap kata. Walaupun tak pernah bersua muka, Syu harap ukhuwah kita akan tetap terus terjalin mesra. Gittew!



(P/S: Pasal baju warna orange brick tu. Ada yang kata, warnanya tu striking sangat & seakan-akan macam baju tok sami & tahanan polis. That's why ramai yang tak berapa berkenan agaknya 🤭. Tak pun warna tu memang dah SOLD OUT sebab kuasa viral)

Comments

  1. tu lah tengok2 tak ramai pulak yg pakai oren hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Ramai yang pilih colour hijau lembut. Sejuk mata memandang 🤭.

      Padam
  2. Selamart hari raya shu..Purple my fevret kaler...gitewww.. =)

    BalasPadam
  3. Tema orange tu saje jer.. ntah sape la yg create kan hihi..
    meriah bila semua sedondon warna purple :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Tapi hujung2 boleh dikira dengan jari berapa orang yang pakai 😅

      Padam
    2. Kita langsung tak pernah kesah dgn tema ke apa ke.. beli ikut sedap mata dgn hati yg berbicara hahahaha...

      Padam
  4. CCL tahun ni tema hitam . Purple manggis pun cantik juga . CCL belum ada lgi koleksi baju purple manggis ni . Mybe tahun depan boleh pilih warna purple manggis tu.

    Ya warna orange brick tu striking sangat . Menyerlah haa

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!