Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Serentak?

April 22, 2024

Puasa sunat enam Syawal antara amalan yang disarankan dalam Islam, di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, selepas tibanya Hari Raya Aidilfitri.


Berpuasa enam hari di bulan Syawal mempunyai keistimewaan & ganjaran yang besar. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ganjarannya adalah seperti berpuasa sepanjang tahun [HR Muslim:1164]



Perbezaan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal


Puasa
SUMBER FOTO : Kosmo


Dalam perspektif agama, terdapat perbezaan antara puasa ganti dan puasa 6 Syawal. Mari kita lihat penjelasan mengenai kedua-dua jenis puasa ini:


  • Puasa Ganti (Qadha)


Puasa ganti dilakukan bagi menggantikan puasa yang tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan sebelumnya. Contohnya, jika seseorang sakit atau sedang musafir, mereka boleh menggantikan puasa tersebut di luar bulan Ramadan - Hari selain pada hari diharamkan berpuasa


  • Puasa 6 Syawal


Puasa 6 adalah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari di bulan Syawal. Amalan puasa 6 ni dilakukan setelah berakhirnya bulan Ramadan. Ini termasuk dalam amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam. 


Seseorang boleh memilih enam hari dari mana-mana hari dalam bulan Syawal untuk berpuasa. Ia tidak perlu berurutan dan boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal.



Boleh atau tidak gabung puasa ganti dengan puasa 6 Syawal? 


Menurut pendapat yang muktamad oleh para ulama, adalah lebih afdal bagi seseorang untuk berpuasa qada (ganti) & berpuasa sunat 6 Syawal secara berasingan.


Namun, menyatukan puasa qada dengan puasa enam berkenaan adalah harus & tetap mendapat ganjaran pahala kedua-duanya. Berikut adalah beberapa pandangan dari ulama:


  • Pandangan Pertama (Muktamad)


Puasa Ganti (Qadha) harus dilakukan terlebih dahulu, kemudian baru dilanjutkan dengan Puasa 6 Syawal. Pendapat ini dianggap lebih afdal (utama).

  • Pandangan Kedua


Beberapa fuqaha berpendapat bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan puasa 6 Syawal. Namun, ganjaran pahala dari gabungan ini tidak menyamai pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadan.


Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dari Majlis menyimpulkan :


Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.



Jadi, dibolehkan untuk kita menggabungkan kedua-dua puasa ganti & puasa sunat 6 Syawal serentak dalam satu niat.



Lafaz Niat Puasa Ganti Gabung Puasa 6 Syawal


 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ رَمَضَانَ

مَعَ سِتَّةِ شَوَّالِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala


Jadi, jika ingin melaksanakan kedua-dua jenis puasa ini, dibolehkan untuk melakukannya secara berasingan atau mengikut pendapat yang dhaif. Semoga ibadah puasa kita semua diterima & memperoleh manfaat yang berlipat ganda! 🌙✨

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Saya perlu ganti 1 hari berpuasa pasal menanggung kesakitan pada Ramadan yang lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.
      Uish, sakit kenapa tu?
      Takpe, janji ganti puasanya sebelum bertembung Ramadhan tahun depan 🥰.

      Padam
  2. Nak gabungkan atau asingkan dedua boleh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer nak gabungkan. Nak asingkan pun tak jadi masalah 🥰.
      Kalau nak pahala lebih, afdhal asingkan 😁.

      Padam
  3. alhamdulillah mama dah habis puasa 6. selamat hariraya maaf zahir batin ye

    BalasPadam
  4. Ammi biasanya buat dua2 sekali harung tp dahulukan niat qadha sbb itu wajib diganti.

    Nak puasa banyak2 hari hati kita belum kental wakkkkk

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!