Sekadar Ikhtiar Untuk Move On

Mei 15, 2022

Relaxation

Lama dah Syu bertapak di tempat Syu kerja ni. Dari hari pertama berkhidmat. Sampai ke hari ni macam tak ada apa-apa perkembangan langsung. Baik dari segi kerjaya, gaji, bonus mahupun medical benefits. Masa interview 3 tahun lepas kemain janji bulan bintang. Katanya setiap tahun ada kenaikkan gaji & sebulan bonus. Hujung-hujung habuk pun tak ada.


Office
Pejam celik. Ada 3 tahun jugalah dekat sini.


Rasanya dah sampai masa Syu ikhtiar untuk move on cari kerja dekat tempat lain. Sampai bila nak stay dekat sini. Sudahlah apa benefits pun tak ada. Panel kinik pun sikit punya kedekut nak provide pada staf. Padahal staf bukan ramai manapun. 10 orang pun tak sampai. Buat projek juta-juta. Dengan staf pun nak bakhil.



Raya tanpa gaji


Paling sedih masa nak sambut raya hari tu. Memang terserlah bias-nya. Masa nak sambut Tahun Baru Cina boleh pula released gaji awal. Bila sampai raya kita. Masuk raya ke-4 baru dapat gaji. Nak raya apa macam tu? Orang sebelum rayalah nak berbelanja segala. Tak kiralah raya tergermpar sekalipun.


Yang hairannya, staf-staf berbangsa Cina minta awalkan gaji 3 hari sebelum Hari Raya Cina elok pula lepas dapat gaji 27/1. Yang kami ni seminggu awal dah minta. Haram tak nak bagi. Sekurang-kurangnya kalau tak nak bagi penuh sekalipun. Paling kurang bagilah half. Ini tak. Dah nak masuk raya ke-5 baru dapat gaji.



Officemates Syu dah meletup-letup hantar Whatsapp tanya pasal gaji. Runsing nak menjawab. Nak tak nak terpaksa redha sajalah. Kita yang staff perempuan ni tak adalah rasa terbeban sangat kalau gaji lambat sebab ada suami tolong support.


Yang staff lelakilah paling kesian. Buatnya isteri minta nak beli baju raya barang raya segala? Apa nak dihulurkan?  Kalau ada duit simpanan buat backup tak mengapa. Buat yang tak ada savings. Memang raya kosong-kosonglah jawabnya. Macam Syu alhamdulillah masih ada simpan duit spare buat backup. Walaupun duit dah banyak lesap hujung bulan lepas - Hampir RM4K Lesap Dari Maybank



Dapat panggilan temuduga


Job interview
Cuba saja. Dapat tak dapat tolak tepi.


Selasa ni ada panggilan temuduga. Harap-harap ada rezekilah hendaknya. Bukan apa. Tak lalu dah Syu nak kerja dekat tempat sekarang ni. Tambah pula bos jenis suka buat kerja underground tak nak ikut undang-undang.



Elok-elok kerja mudah. Jadi, bertambah-tambah renyah & leceh nak diselesaikan. Jenis bos macam ni elok tinggalkan saja. Baru dia ada akal sikit. Bila cakap tak nak dengar. Bila isu jadi besar, kitalah yang kelam kabut nak selesaikan. Geram tau. Bos korang macam ni tak?

Comments

  1. allahuuu kak. hmm. doakan nurin jugak dapat tukar nanti. tak larat dah nak hadap jem, x larat dah nk hadap mental semua kat tempat kerja. tak sangka diorang macam tu. nampak sangat biased..harap akak dapat kerja yang lebih baik tau..ameennn

    BalasPadam
  2. Kesian nya. Sy alhamdulillah . gaji bagi hari last nk tutup tadika . sbb minggu depan tu cuti raya. Cuma letih mengajar jelah .yeah sy ngajar budak 3 tahun kan .hehe. Doakan moga sy dpt kemas ke ypkt ke ya . sbb sy lama dh nk kerja under kerajaan.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah berikan yang lebih bak kepada keluarga kak sekeluarga. :)

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan syu... semoga dptlah keja baru... geram plak akak baca majikan mcm tu

    BalasPadam
  5. Semoga Allah permudahkan pencarian kerja baru Syu..
    Boss ammi ni Alhamdulillah walaupun dia bukan Islam tapi dia mmg sejenis yang bekerja di "jalan yang lurus"... cukup takut nak kona baring ni sbb 1) dia asal dr keluarga kristian yang "alim"lah... 2) dia pengamal undang-undang 3) dia kata takut nanti kena soal kat afterlife huhuhu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!