Sedap Rupanya Jacob's Baked Crisps!

Februari 06, 2023

Dah lama dah terpandang Jacob's Baked Crisps ni sebenarnya. Tapi, tak pernah terdetik pula nak beli & cubaπŸ˜…. Lagipun, Syu dah jarang beli biskut-biskut buat stok dalam rumah. Tambah-tambah brand Jacob's ni 🀭.



Tapi, kali ni tetap kena beli buat stok juga. Sebab penangan biskutnya lain macam. Dia punya sedap sampai tak boleh stop mengunyah. Semua sebab officemate Syu. Dialah punca Syu terjebak dengan Jacob's Baked Crisps ni.

 

Ada perisa asli, cheddar cheese & juga sour cream & onion. 


Nak dijadikan cerita. Masa dekat office hari tu mata Syu makin layu dok menahan mengantuk. Almaklumlah, bosan. Asyik menghadap PC saja memanjang πŸ˜ͺ.



Lepas tu officemate Syu pun bagilah rasa sikit "bekalan masa depan" dia untuk dibuat kudap-kudap. Itulah first time Syu makan Jacob's Baked Crisps ni - Officemate bagi perisa cheddar cheese.


Jacob's Baked Crisps
Antara ketiga-tiga Jacob's Baked Crisps. Flavour yang ini paling sedap πŸ˜‹. 


Tak sangka sedap juga rupa-rupanya. Tapi itulah, harga sebungkus Jacob's Baked Crisps ni boleh tahan mahal juga. Sekali sekala nak beli bolehlah. Kalau hari-hari, mahu koyak poket dibuatnya πŸ˜…. 


Jacob's Baked Crisps
Sedap sangat sampai berkeping-keping masuk mulut πŸ€£. 


Sejujurnya, dalam banyak-banyak perisa Jacob's Baked Crisps, Syu paling suka yang Sour Cream & Onion πŸ˜‹. Sedap! Rasanya ada iras-iras macam  Win Win Baked Potato Crisp paket hijau yang ada dijual di kedai Eco 2 nun 😁.  

Comments

  1. lama tak makan biskut. sampaikan ada yg baru pun tak beli2 lagi

    BalasPadam
  2. ngape ditunjuk syu??? dah ammi tergedik nak membeli ni

    BalasPadam
  3. oo tak pernah try yang ni, tapi tengok gambo tu memang nampak sedap..nipis2 gitu mesti crispy..

    BalasPadam
  4. Baru semalam housemate saya cakap pasal biskut ni, dia pun terjebak sekali lepas kawan sekerja dia bagi dia rasa. Sedap gila dia cakap, tapi tengok harga almost RM10, cancel terus housemate saya nak beli

    BalasPadam
  5. Cuya rasa mcm pernah makan dulu2.. pastu CUya dah lupakan sebab tak nampak biskut ni kat kedai.. hermm kena beli ni!

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!