Posts with the label Crackers
Memaparkan catatan dengan label Crackers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crackers. Papar semua catatan

Februari 06, 2023

Sedap Rupanya Jacob's Baked Crisps!

Dah lama dah terpandang Jacob's Baked Crisps ni sebenarnya. Tapi, tak pernah terdetik pula nak beli & cuba😅. Lagipun, Syu dah jarang beli biskut-biskut buat stok dalam rumah. Tambah-tambah brand Jacob's ni 🤭.



Tapi, kali ni tetap kena beli buat stok juga. Sebab penangan biskutnya lain macam. Dia punya sedap sampai tak boleh stop mengunyah. Semua sebab officemate Syu. Dialah punca Syu terjebak dengan Jacob's Baked Crisps ni.

 

Ada perisa asli, cheddar cheese & juga sour cream & onion. 


Nak dijadikan cerita. Masa dekat office hari tu mata Syu makin layu dok menahan mengantuk. Almaklumlah, bosan. Asyik menghadap PC saja memanjang 😪.



Lepas tu officemate Syu pun bagilah rasa sikit "bekalan masa depan" dia untuk dibuat kudap-kudap. Itulah first time Syu makan Jacob's Baked Crisps ni - Officemate bagi perisa cheddar cheese.


Jacob's Baked Crisps
Antara ketiga-tiga Jacob's Baked Crisps. Flavour yang ini paling sedap 😋. 


Tak sangka sedap juga rupa-rupanya. Tapi itulah, harga sebungkus Jacob's Baked Crisps ni boleh tahan mahal juga. Sekali sekala nak beli bolehlah. Kalau hari-hari, mahu koyak poket dibuatnya 😅. 


Jacob's Baked Crisps
Sedap sangat sampai berkeping-keping masuk mulut 🤣. 


Sejujurnya, dalam banyak-banyak perisa Jacob's Baked Crisps, Syu paling suka yang Sour Cream & Onion 😋. Sedap! Rasanya ada iras-iras macam  Win Win Baked Potato Crisp paket hijau yang ada dijual di kedai Eco 2 nun 😁.  

Sedap Rupanya Jacob's Baked Crisps!

Februari 06, 2023