Nor Datang Abang 🫂💕

Oktober 12, 2025

Tengok dari raut wajah mak pun dah tahu mak terlalu rindu kat abah 😔.


Mak dah lama dah habis eddah sebenarnya. Tapi, mak tak ada kekuatan nak jejakkan kaki ziarah kubur arwah abah. Bila ditanya. Mak tak boleh. Sedih & takut terkenang-kenang katanya. Dan hari ni, buat pertama kalinya mak kata mak nak ikut ziarah ke kubur arwah. Mungkin hari ni mak baru ada kekuatan.


Arwah abah cinta pertama terakhir mak. Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama dengan arwah abah yang mak memang susah nak lupakan. Dulu, mak pernah kehilangan arwah abah sekali. 6 tahun hidup mak kosong tanpa arwah abah. Selaku anak sulung, kitalah saksi & kita jugalah yang dengar rintihan dia.


Dalam tempoh tu mak terpaksa belajar keluar dari kepompong dia demi kelangsungan hidup & juga anak-anak. Dari situ mak belajar. Belajar berbisnes, bergaul, bergaya & jadi diri dia yang sebenar. Kemudian, Allah jodohkan kembali & gantikan 6 tahun kekosongan mak dengan 6 tahun kegembiraan dengan arwah abah. Alhamdulillah, memang kuat jodoh mak dengan arwah abah.

 

Tapi, dalam sekelip mata. 6 tahun kegembiraan yang Allah gantikan tu Allah titipkan sekali lagi ujian buat kitaorang satu famili. Memang agak berat. Tapi pada Syu, semua tu ada hikmah. Mungkin satu kehilangan yang Allah bagi satu ketika dulu adalah kekuatan untuk kitaorang satu famili tempuhi hari ni. Walaupun, hakikatnya ia agak berat. Berat untuk dilalui. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!