Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Mac 31, 2021

Dalam diam-diam, sedar tak sedar esok dah masok bulan April yer kengkawan. Bulan Ramadhan pon lagi beberapa hari jer lagi. Syu rase tahun 2021 ni macam cepat pulak mase berjalan. Serius korang. Ramadhan tahun ni memang Syu tak prepare ape pun lagi. Sebab terlampau busy dengan kerja & Mini Backyard Garden Project(BGP) SyuπŸ˜‚. Kalau macam tahun lepas ade la jugak Syu beli kurma & restock segala barang dapor. Almaklom lah...mase tu kan Ramadhan nyer time PKP. So ape lagi...bila keluar berbeli barang tu sekali harung jelah, takde nak repeat-repeat pegi shopping mall dah sebab malas nak beratur panjang punya pasal😎.



Sejujurnye la kan....untuk Ramadhan & Syawal tahun 2021 ni...Syu just nak buat ala kadar jer. Sahur lauk ala kadar, berbuka pun sama. Bukan ape, at least time Ramadhan ni boleh lah Syu vanishkan spare part lemak yang semakin hari semakin bertingkek-tingkek niπŸ˜‚. Pastu lebihan duit barang dapur tu boleh lah Syu sedekahkan ke surau sikit untuk diorang buat moreh. Bulan puase kan makannyer kurang, so mesti ade lebihan sikit kat situ. 



Raya pulak just celebrate biashe-biashe, xde nak jahit baju langsir bagai macam tahun-tahun sudah. Letih nau!! Ha3!!πŸ˜… Tahun ni baju semua beli kat Shopee, kuih pon Shopee, lampu liplap-liplap & kasut raya pon Shopee, pokoknyer semua tunjuk-tunjuk kat Shopee lah senang cite!! Search, add to cart zazzzzz....senang kerojer!! Murah pun murah!!😁


GA Contest

Okay-okay, actually, kalau korang nak tau, entri Syu kali ni ade kene mengena dengan satu giveaway (GA) ni tau. Since Syu ade freetime, so masih belom terlambat untuk Syu cuba join. Untuk pengetahuan korang, dalam Syu sibuk-sibuk menambah rakan blog. Secara tak sengaja Syu ternampak satu posting dari Sis Suraya pasal GA raya dari blog Sis ShidaJadi, rase terpanggil lah jugak untuk cuba join buat pertama kali dalam sejarah Syu berbloger πŸ˜…. 



Tak kisahlah menang atau pun tidak, Syu cuma sekadar nak menyahut seruan rakan-rakan Bloger yang sememangnyer kreatif dalam usaha diorang untuk memeriahkan blog-blog diorang. Mana tau esok lusa Syu pula buat GA untuk korang join😜. Siapa tahu ye dak? Kepada kawan-kawan yang nak join GA ni, korang boleh klik banner dekat atas.



Korang cubalah!! Mana tahu rezeki menyebelahi korang. Sis Farah Sis Syazwani jom join GA Raya ni, Syu tengok hadiah GA nyer pon boleh tahan πŸ˜†. Bukan kaleng-kaleng. For those yang join GA Raya ni, all the best & selamat menjalani ibadah puasa Syu ucapkan πŸ˜˜πŸ’•. Semoga Ramadhan kita semua tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Dirahmati, diberkati serta dipermudahkan segala urusan. 



Comments

  1. Salam SYU :)
    Shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    MOga segala amalam kita dibulan Ramadhan diterima dan diberi ganjaran berlipat ganda AMin :) Sibuk sibuk juga syu..kesihatan jgn lupa jaga ye. DOne follow blog syu!

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE BEST!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, Mekaseh K.Shida Sudi Singgah & Follow Blog Syu Yg X Seberapa Ni.Maklumlah Baru Nak Aktif Balek Berbloger. Selamat Berpuasa Tau K.Shida. Semoga Ramadhan Kita Tahun Ni Dirahmati,Diberkati & Dilindungi. Amin.

      Padam
  2. Goodluck and all the best!

    https://bilagadiskidal.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh singgah blog Syu. All the best jugak tau Atiqah!!❤️

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!