Posts with the label Blog Contest
 |
| Setiap hadiah Syu ada selitkan surat cinta. Harap-harap korang boleh fahamlah tulisan Syu 😂. |
Alhamdulillah, sampai jugak tasbih digital yang Syu order. Lama betul nak kena tunggu. Baru petang tadi abam JnT hantar ke rumah Syu. Ngam-ngam lepas siap masak takoyaki, Syu terus proceed untuk packing hadiah-hadiah pemenang contest #Riang Raya Bersama Syu Deris.
Insyallah, selagi boleh Syu akan cuba pos dalam minggu ni jugak 😂. Sepatutnya hadiah ni Syu pos sebelum habisnya raya. Kononnya, sebagai token rayalah kononya. Tapi disebabkan Syu menunggu tasbih digital tu sampai, Syu terpaksa hold kejap kerja-kerja membungkus hadiah.
 |
| Siap dah wrap dalam buble wrap. Tinggal nak proceed dengan penghantaran jer lagi 😉. |
Actually kain batik memang Syu dah order lama dah. Cuma tasbih jer lambat sikit sampai. Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat pemenang. Syu harap para pemenang boleh bersabarlah yer tunggu hadiah sampai 😁.
Sinaran mentari menerpa ke pipi,
Ciapan burung penyeri pagi,
Assalamualaikum & selamat pagi,
Semoga hari ini sentiasa berseri
Semalam sempat cover dua giveaway 😁. Pagi-pagi ni kita cover giveaway by Kak Suriamanda pulak. Bersempena ulangtahun kelahiran Kak SA, buat pertama kalinya Kak SA ada anjurkan giveaway. Kalau korang, nak join korang boleh klik banner kat atas. Punya lah lama baru nak start buat entry pasal giveaway Kak SA kita ni😂. Orang lain semua dah submit link. Dah hujung-hujung baru lah ada kerajinan & kesempatan nak create post GA Kak SA. Tapi masih belum terlambat lagi kan untuk Syu join 😁. By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-43 buat Kak SA. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta terhindar dari sebarang mara bahaya. Honestly, appearance Kak SA memang tak nampak macam umur 43 pun 😂. Silap-silap kalau berdiri sebelah-sebelah ni rasenya mau Syu yang nampak lagi tua.

Untuk makluman korang, GA ni akan berlangsung sehingga 6 June 2021. Pada yang belum join, masih ada masa lagi untuk korang submit penyertaan. Bukan apa, sebab nak join GA ni tak susah mana pun. Apa yang perlu korang buat adalah:
5) Copy and paste banner create satu entri bertajuk "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"
6) Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen tuan tanah
Keputusan GA akan diumumkan oleh Kak SA pada 7 June 2021 & hadiahnya utamanya adalah...MISTERI!!😁 Tapi yang pasti, hanya 6 orang pemenang bertuah sahaja yang akan dipilih & akan dipilih dengan cara cabutan menggunakan Random.org. Selebihnya yang untuk 10 penyertaan, Kak SA akan letakkan korang dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap. So,apa tunggu lagi? Jom kita ramai-ramai memeriahkan GA Kak SA ni. Masih berbaki 3 hari lagi & belum terlambat untuk korang submit penyertaan😁.
Ahah, giveaway yang kedua untuk hari ni😃. Yang ni dari blogger Fairus Mamat pulak. Syu saja cuba-cuba jer. Kalau ada rezeki boleh menang sambal. Nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni, korang klik jer poster kat atas then korang akan directly pergi ke blog Fairus Mamat. Untuk join contest ni, syarat dia lebih kurang jer macam giveaway Mellow Crunch Atiqah Najihah tadi. Cuma korang kena bagi supportlah sikit dekat page D' Sambal licious brother Fairus Mamat kita. Even dia selaku tuan tanah kata optional, apa salahnya kita kasi LIKE sikit page D' Sambal licious dia kan. Barulah terbukti yang kita ni blogger yang supportive😉. Kalau nak daftar jadi agen terus pun boleh!! Roger jer brother Fairus Mamat kita okey.

Hari ni dah masuk second day lockdown. Mereput jugak lah duduk dekat rumah ni sepanjang hari. Celik mata, keluar bilik pastu bukak peti ais😂. Tak ke depan ke belakang. Itu jelah buat sepanjang-panjang hari. Tekak ni pulak tak renti-renti nak mengunyah 24 jam. Silap-silap ada membulat lepas lockdown ni nanti😂. Cepatlah habis hendaknya semua benda-benda yang sangkut paut dengan COVID-19 ni. Rindu tau nak jumpa mak ayah, lepak-lepak makan kat kedai, pergi melancong seantero Malaysia. Rindu semualah senang cerita!!
Time lockdown ni Syu banyak habiskan masa depan Notebook & budak-budak ni. Almaklumlah, geng bertepuk bertampar tak ada sebab dia kena kerja. So, sepenuh masa duduk bersendirian dekat rumah. Nak tak nak terpaksalah bertepuk bertampar dengan budak-budak ni jer😌. Ada kerajinan sambil-sambil tu pergilah jenguk dekat backyard tengok pokok-pokok. Jadilah buat hilang kebosanan. Actually, nak kena keluar restock barang dapur, tapi macam malas jer nak keluar😅. Nak kena bersiap bagai. Eeeee...Malaslah!! Makan jelah apa yang ada kat rumah ni.
 |
| Muka-muka mintak wetput😜 |
By the way Syu nak bagitahu, blogger Atiqah Najihah ada buat giveaway Mellow Crunch bersempena 100 followers blog dia. For those yang suka desert & tak hirau pasal kalori macam Syu, korang boleh lah join giveaway ni dengan jayanya. Syarat dia simple jer. Apa yang perlu korang buat adalah:
Senangkan cara penyertaan dia? So,kalau korang nak join korang boleh klik banner peyertaan kat bawah ni. Untuk pengetahuan korang giveaway ni akan berlangsung bermula 1 Jun 2021- 20 Jun 2021. Apa tunggu lagi? Jom lah kita meriahkan giveaway blogger Atiqah Najihah. Kalau ada rezeki boleh dapat Mellow Crunch ni😉.Last but not least, jangan lupa tinggalkan link penyertaan korang diruangan komen di blog Atiqah Najihah.
All The Best!!
Dalam tempoh seminggu ni memang Syu melampau-lampau busy yer kawan-kawan. Almaklumlah, day by day pandemik semakin lama semakin meruncing. nak tak nak terpaksalah prepare & upload semua dokumen untuk start bekerja dari rumah (BDR) sebab sektor yang Syu bekerja ni tak termasuk dalam essential bussiness. So, terpaksalah redha untuk bekerja dari rumah. Dia punya busy tu sampai nak create satu posting pun memang tak dapat. Nama jer bekerja dari rumah, tapi bukan buat kerja office sangat pun. Lebihnya banyak buat kerja rumah. Sambil-sambil buat office work tu kadang-kadang sempat jugaklah buat refreshing blog 😂. Nak pecah kepala jugak lah hadap kod CSS & html.Tu pasal dalam seminggu ni memang Syu menyepi jer.
Okay by the way, Syu nak maklumkan yang contest #Riang Raya Bersama Syu Deris telah berakhir yer kawan-kawan. Sebelum tu, Syu nak ucapkan terima kasih kepada kelima-lima contestants yang sudi meluangkan masa untuk join contest ni😄. Walaupun tahun ni kita tak berapa nak raya tapi korang cuba jugak menghidupkan suasana & mood raya tu dalam contest ni. Memang tak dinafikan, tak berapa ramai yang join contest ni...tapi senarai pemenang & hadiah tetapkan akan diberikan macam yang telah dijanjikan😉.Actually, Syu dah habis blogwalking kelima-lima contestant contest ni & Syu dah pun pilih pemenang-pemenangnya. Berikut adalah senarai pemenang contest #RiangRaya Bersama Syu Deris.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!! Untuk menerima hadiah, sila tinggalkan nama, alamat & jugak nombor telefon di contact form Syu yer 😉. Sebelum tu, Syu nak bagitahu hadiah untuk pemenang & saguhati mungkin lambat sikit sampai tau, sebab lockdown punya pasal. Mungkin lepas lockdown baru Syu dapat hantar semua hadiah ni. Harap semua pemenang boleh bersabar lah yer 😂. Last but not least, stay safe tau korang!!
 |
| Drop details kat sini okey!!😉 |
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA CONTEST #RIANG RAYA BERSAMA SYUDERIS!!
Ahah!! Memandang Syu ada sedikit kelapangan, Syu nak update sikit senarai hadiah & penyertaan peserta untuk contest #RiangRaya Bersama SyuDeris. Pada yang belum tahu, contest ni Syu dah buka penyertaan pada 13 Mei hari tu. Actually, Syu sengaja buat contest ni pun bukan apa, just sekadar untuk memeriahkan suasana raya korang jer. Almaklumlah, raya tahun ni kan seantero Malaysia tak boleh rentas negeri & daerah. Tapi ape yang peliknya, even PKP 3.0 dah dilancarkan masih ada lagi peningkatan kes & sesetengah rakyat yang tak amik pusing pasal hal ni sampai siap ada yang melanggar SOP & gigih balek merentas daerah & negeri. Hurmmmm...kenapa lah degil sangat yer? Tak risau ke bawak balik penyakit dekat keluarga tersayang? Kesian tau dekat frontliners. Diorang berhempas pulas berusaha nak control COVID-19 ni.

By the way, inilah senarai hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang-pemenang contest #RiangRaya Bersama SyuDeris ni. Hadiahnyer tak adalah mahal & branded mana pun. Tapi boleh lah untuk dijadikan kenang-kenangan di bulan Syawal ni. Lagipun memang niat Syu pun nak bagi hadiah-hadiah yang macam ni dekat korang. Macam tasbih digital tu, at least korang boleh guna untuk berzikir...sekurang-kurangnyer berjalan juga pahala pemberian Syu😌. Kalau ada peserta lelaki yang jadi pemenang dalam contest ni, korang jangan lah risau...Syu akan replace dengan kain pelikat yang berguna untuk korang bawak solat. Untuk tasbih digital tu Syu akan beri kepada 15 peserta contest sebagai hadiah saguhati.

Setakat hari ni hanya 4 orang peserta sahaja yang join contest Syu. Minta tolong sahabat-sahabat blogger war-warkan contest ni kepada sahabat-sahabat blogger yang lain okay😉. Mungkin masih ada yang belum tahu pasal contest ni. Pada yang belum join masih ada berbaki 11 hari lagi untuk korang submit penyertaan. By the way jangan lupa slogan "Teman raya!! Miker Raya ke Idak?" & tag 3 rakan korang untuk join penyertaan.
 |
| Syarat penyertaan contest #RiangRaya Bersana SyuDeris. |
Berikut senarai terkini peserta yang dah join contest ni. Kalau ada yang keciciran tu please inform Syu okay. Takut ada yang terlepas pandang😘.
SENARAI PESERTA
6)😁Korang? Tak nak join ke?

Hari ni Syu masih cuti raya lagi yer kawan-kawan. Kalau ikutkan pagi ni nak siap-siap lah masuk kerja tapi mood nak kerja tu macam tak ada lah pulak😁. Jawabnya, berhorey-horey lagi lah kat rumah. Memandangkan Syu ada sedikit kelapangan, so nak cuba nasib jugak lah join GA blog Siti Yang Menaip [SYM] ni. Manalah tau ada rezeki. Untuk makluman korang, GA ni kalau korang nak join dia ada dua kategori tau. Korang boleh pilih salah satu kategori yang korang nak sertai. Once korang dah join make sure korang inform kategori penyertaan korang dekat ruangan komen tuan tanah & pastekan sekali link penyertaan korang okey😉.
By the way, untuk GA ni Syu pilih kategori 2 & dalam kategori ni Syu kena tinggalkan jejak dekat comment section di YTube channel SYM. So, masa godek-godek YTube tu Syu tengok Vlog pasal SYM pergi ke Ulu Licin, Bruas. Actually, lama jugak Syu tak berkelah dekat sana. Dulu-dulu setiap hari Jumaat lepas balik sekolah, mesti Syu & sepupu-sepupu akan pergi berkelah ramai -ramai kat Ulu Licin ni. Last time masa Syu form 1, Syu sekolah dekat SMK Raja Shahriman,Bruas. Bila nak balik rumah tu macam malas jer. That's why setiap kali hujung minggu, rumah mak sedara Syu dekat Bruas ni lah tempat Syu bertandang dengan sepupu-sepupu.
Harap lepas habis PKP 3.0 ni dapat la hendaknyer rentas daerah. Korang jangan lupa yer, contest #RIANG RAYA Bersama SyuDeris masih lagi berjalan sampai 27hb Mei ni okay😉. Hadiah untuk pemenang Syu dah prepare dah. Tinggal nak cari pemenang jer lagi. Last but not least, bercontest tu bercontest jugak, sambil-sambil tu kita jangan lupa saudara seislam kita di bumi Palestine yang tengah berhempas pulas mempertahankan tanah air diorang dari Rejim Zionis. Sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti kemenangan berpihak kepada diorang. Amin...
All the best to all contestants!!
#Pray4Palestine
#SaveSyeikhJarrah
#Palestineunderattack
#IsraelTerrorist

😔Syu tahu mesti ramai yang bersedih & terkilan sebab tak dapat balik kampung beraya tahun ni kan? Dah lah seluruh Malaysia pulak tu diarahkan PKP. Even rentas daerah pun abah tak bagi. Sejak pandemik ni melanda dunia memang huru-hara dibuatnya. Tapi apalah daya kita kan, mungkin ada hikmah kenapa Allah turun kan penyakit ni kepada kita umat manusia. Apa-apa pun selagi pandemik ni tak reda selagi tu lah kita tak boleh ambil mudah.
By the way, memandang raya tahun ni seluruh rakyat Malaysia tak dibenarkan rentas negeri & daerah. Jadi untuk menghilangkan kesedihan & kehibaan anda selaku blogger-blogger, maka buat pertama kalinya Syu nak buat contest raya!!😁 Contest ni Syu bagi nama #RIANG RAYA Bersama SyuDeris😆🎊!! Hadiahnya nak kata lumayan tu tak lah. Tapi boleh lah kalau nak dijadikan sebagai kenang kenangan. Lelaki wanita semua boleh join. Tarikh penyertaan contest ni dibuka rasmi mulai hari ni (13/5/202) sehingga (27/5/2021) .Cara penyertaan korang boleh refer poster kat bawah ni. Tak susah mana pun sebenarnya. Untuk follow FB & Insta Syu korang boleh click dekat button FB & Insta kat bahagian footer😉.
Untuk makluman korang, contest ni Syu memang tak gunakan apa-apa contest tools pun untuk menentukan siapa bakal pemenang. Apa yang Syu akan buat, Syu akan blog walking satu persatu link penyertaan contestants. Syu akan pilih contestants yang ikut peraturan contest & paling kreatif dari segi content & penyampaian sebagai pemenang. Jangan risau, even beratus contestants sekalipun Syu tetap akan buat blog walking😁. Hadiah untuk pemenang & senarai penyertaan Syu akan update dari masa ke semasa😉!!
Akhir kata, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, contest #RIANG RAYA Bersama SyuDeris dibuka untuk seluruh blogger-blogger Malaysia!! Sebarang kemusykilan berkenaan contest ni korang boleh tinggalkan di Contact Form😉.
Jangan sedih-sedih tau!! Selamat bercontest & all the best!!😘
 |
| Yang ni gambar yang tuan tanah sent dekat email😁. |
Balik-balik kerja bukak gate...eh2 ada surat!! Kalau selalu dapat kejutan macam ni bila balik kerja kan seronok. Apa-apa pun alhamdulillah, sampai jugak momento dari Azhafizah.com ni!! Jauh pulak tu dari Negeri Sembilan nun. Terima kasih banyak-banyak. Memang in love sangat dengan design ni. Kiranya, ni gift yang kedua Syu terima untuk tahun ni. First dari blog Shida Radzuan, kali ni dari Azhafizah.com pulak. Walaupun tak menang masa giveaway hari tu, dapat cenderahati sebagai tanda penyertaan macam ni pun dah memadai & cukup seronok😘💕.
 |
| Design anak-anak bulus yer guys!!😚 |
Bila terima sampul ni barulah Syu tau kat mana yang hipsternya!! Design sampul ni memang unik & tersangat lah berbeza dengan sampul yang Syu pernah beli sebelum-sebelum ni. Betul lah yang sampul memang ni glueless. Masuk duit selit sana sini dah siap. Tinggal bagi dekat orang jer. Tak payah nak gam-gam bagai. Apa-apa pun terima kasih kepada tuan tanah blog Si hati merah jambu sebab sudi memberi cenderahati yang Syu kira memang awesome!!
 |
| Macam cantik jer kalau jadikan decoration kat meja tetamu raya ni😁. |
 |
| Memang tak boleh move on lah bila tengok design sampul ni sebab comel sangat!!😍 |
 |
| Belakang ada tulis nama kita yer guys!!😁 |
Sampul Memang Cantik!! Terima Kasih Blog Si Hati Merah Jambu Azhafizah.com!!💕😘
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger