Posts with the label Fruits
Memaparkan catatan dengan label Fruits. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fruits. Papar semua catatan

Disember 19, 2025

Love Gila Buah Peach!

Hari tu masa pergi Imigrisen Putrajaya dengan si Choy, Syu ada beli buah potong kat IOI Mall sana. Diorang jual murah-murah. Sebekas RM6 jer. Dalam tu ada macam-macam jenis buah diorang letak. Ada Buah tin, strawberi, ceri, pink guava, mangga & buah peach! Buah peach tu memang Syu love sangat! First time makan yang fresh punya. Selalu dapat makan yang kering & dah infused dalam teh jer 😗.

 

Susah betul nak jumpa buah Peach ni kat area Ipoh ya. Jenuh bercari kat pasaraya. Ronda cari dekat AEON Station 18 & AEON Kinta City hari tu pun tak ada. Baru ini Syu jumpa. Itupun tak banyak stoknya. Betul-betul ada dua jenis jer. Yang bulat montel ni dengan yang bentuk macam donut tu - Ramai yang minat agaknya. Itu yang sampai tak ada stok tu. Tambah-tambah buat import. Stok dah tentu-tentu terhad.

 

Yang Syu makan hari tu peach donut. Kali ni kita rasa yang jenis ni pulak 🍑😋.


Cadang nak beli donut peach. Tengok harga dia, mak aiiihhhh...mahal gila! Harga sekotak nak dekat RM40. Udah ler awak belum gaji lagi ni. Ha3. Beli jugak sebab nak sebab dah teringin sangat nak makan - Ini kalau beli beras, lepaslah beli dalam dua kampit yang berat 10Kg tu 😂 .


Dari segi rasa, pada Syu donut peach lagi win lah! Ngamlah dengan harga kan? Buah peach yang Syu beli ni pun sedap juga sebenarnya. Ada manis-manis. Masam-masam. Cuma peachy flavour-nya tu tak kuat sangat macam yang bentuk donut tu. Macam kurang kick sikit. It's okay! Kita tunggu gaji tahun depan! Time tu kita beli. Tak apalah mahal sikit pun 😁 - Arwah abah pernah pesan. Kalau nak makan beli jer!

 

BACA JUGA

    ➣ Lunch K-Fry IOI Putrajaya

    ➣ Lunch Di Black Canyon Alamanda Putrajaya

    ➣ Touch Down Putrajaya

Love Gila Buah Peach!

Disember 19, 2025

September 04, 2025

Gulai Lemak Nangka Ulam Pucuk Putat

Pokok nangka yang arwah abah tanan kat kebun tumbang hari tu kena ribut. Pokoknya memang tak dapat nak diselamatkan dah pasal akarnya dah kena makan dek anai-anai. Buah nangka pulak banyak kat pokok. Semua muda-muda lagi. So, nak tak nak mak pun clear-kan lah sikit-sikit buah nangka mudanya. Siang bersih-bersih. Rebus bagi lembut. Lepas tu simpan dalam frozen. Nak masak keluarkan.

 

Akar pokoknya dah tak kuat pasal dah kena makan dengan anai-anai 😟.


Syu tak tahu menu apa lagi yang boleh dimasak dengan nangka muda ni. Yang pasti Syu satu famili suka buat masak gulai lemak nangka, kerabu & pecal 😋. Tapi bab nak perisi nangka tu yang maleyh tu. Banyak getah! - Mak cakap kena siang guna air mengalir. Baru getahnya tak melekat kat tangan. By the way, jemput makan korang!

 

First time makan pucuk putat. Sedap juga makan dengan sambal belacan. Makan dengan sambal kelapa pun sedap juga ni.


Gulai lemak nangka
Ni kalau tak makan dengan nasi. Ratah macam tu jer pun jadi.


Gulai Lemak Nangka Ulam Pucuk Putat

September 04, 2025

Julai 04, 2025

Rockmelon Manis Semanis Kamu!

Lama betul tak makan buah rock melon ni. Bukan selalu dapat beli. Pasalnya buah ni memang mahey! Harga sebiji kadang-kadang nak dekat RM20 (Itupun ikut gred). Lebih pun boleh jadi - Padanlah dengan harga. Pasal nak tanam & jaganya pun renyah.  Bila jumpa harga sebiji RM10, kita pun apa lagi. Boronglah lebih sikit! Baru boleh makan puas-puas 😁.

 

Rockmelon manis
Ini kalau beli dekat pasaraya, mana dapat harga RM10 sebiji rupa ini!

 

To be honest, isi rock melon-nya memang manis & juicy. Tak rugi Syu borong lebih 🤭. Thanks anne jual murah. Merasa juga makan buah rock melon sebiji RM10. Tak kisahlah bukan gred A pun. Janji isi cantik & manis! Semanis kamuwah! 😘💕

 

[P/S: Anne jual rock melon ni datang dari Bidor semata-mata nak clear-kan stock sebab nak elak buahnya dari rosak. Jual mahal tak ada yang nak beli katanya. So, dia jual murah-murah jer. Tak ada timbang-timbang] 

Rockmelon Manis Semanis Kamu!

Julai 04, 2025

September 25, 2024

First Time Makan Bubur Nangka

Seumur hidup, baru ni pertama kali Syu cuba makan bubur nangka. Pasalnya buah nangka yang masak Syu suka buat makan mentah je 😅. Tak berapa minat kalau buat bubur-bubur ni. Tapi, memandangkan si Sarah Deris dah buat. Kita cubalah rasa juga.


Dalam bubur nangka ni Sarah ada letak biji sagu dengan jagung sikit buat ghaso-ghaso 🤭. 

Alhamdulillah. Sedap ya. Cuma Syu lagi prefer makan mentah juga 😅. Kalau buat bubur, isi nangka tu jadi lembik. Tak crunchy macam makan mentah. Lepas tu rasa isi nangka tu pula macam kena overshadowed dengan rasa kuah santan. Itu yang Syu tak berapa berkenan tu. Harap-harap encik suami boleh tolong habiskan 😂. 

First Time Makan Bubur Nangka

September 25, 2024

Mei 14, 2023

Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis

Buah ciku memang buah favourite Syu! Tapi, susah betul nak jumpa buahnya bila duduk dekat pekan Ipoh ni 😂. Dulu masa kecil-kecil, rajin juga petik & peram buah ni masa duduk rumah arwah tok. Sampai penuhlah tempayan beras arwah dibuatnya 🤣. Tapi, sekarang pokok cikunya dah tak ada. Dah lama mati sebab kena penyakit 🥲.



Nak dijadikan cerita. Hari tu singgah beraya rumah kawan mak dekat Batak Rabit Teluk Intan. Lepas habis makan-makan, dibawanya kami pusing keliling rumah tengok kebun sambil kutip oleh-oleh untuk dibawa balik - Dapatlah bawa balik buah mempelam & ciku sikit buat merasa 🤪. 


Peram ciku
Besar & keras macam batu buah cikunya 😅. 


Actually, buah mempelamnya dah selamat dah masuk perut 🤭. Cuma buah cikunya kena ambil masa sikit sebab nak kena peram bagai😅. Nama pun ciku kan? Lepas dipetik bukannya boleh terus dimakan pun. Nak dapat yang masak atas pokok memang payah. Belum sempat ambil dah bedebab jatuh ke tanah 🤣. 


Cara bersihkan buah ciku


Sebelum diperam, buah cikunya mesti dibasuh bersih & dikeringkan terlebih dahulu. Kulit luarnya tu perlu digosok sedikit hingga tekstur berpasir tu hilang - Tak buang semua pun tak apa. Biasanya, orang tua-tua dulu akan genyeh guna sabut kelapa. Tapi, Syu basuh & genyeh ala kadar saja. Asalkan kulitnya bersih & getah cikunya hilang 😁. 


Genyeh sampai nampak kulit hijau - KREDIT FOTO : SuteraUnggu87


Lepas dibasuh. Biarkan buah cikunya kering sekejap - Nak cepat jemur bawah matahari 🌤️. Cepat buah cikunya kering. Bila dah betul-betul kering barulah kita boleh start proses peram buah Cikunya pula.



Peram ciku dalam bekas beras is the best! 


Ada banyak cara peram buah ciku ni sebenarnya. Tapi, cara yang paling famous & terbaik semestinya peram buah ciku dalam bekas berisi beras. Kenapa beras? Syu sendiri pun tak ada jawapanya 🤭. Lagipun, memang dari dulu lagi Syu guna cara ni juga untuk peram ciku masa kecil-kecil dulu.



Bila tok dah ajar macam tu, kita pun ikut sajalah. Yang penting, basuh bersih & dikeringkan dahulu buah cikunya sebelum diperam di dalam bekas beras.  Dalam 3-4 hari masaklah buah cikunya - Bergantung pada saiz buah. Nak guna cara bungkus dalam kertas surat khabar atau guna kapur pun boleh juga. Asalkan cikunya diperam di tempat yang kering.


Peram ciku
Peram ciku dalam beras antara cara terbaik untuk bagi ciku cepat masak 👍🏻. 


Yang pasti bila di peram dalam beras, cikunya elok masak & manis. Cuma yang tak bagusnya, bila korang terlupa yang korang ada peram ciku dalam bekas beras 😅. Bila terlupa, faham-faham sajalah. Alamat membusuklah kawan tu sekali dengan beras korang 😂. 



Tak bagus peram guna kabat


Peram ciku
Inilah hasilnya selepas di peram dalam bekas beras. Manis & elok sekata masaknya 😋. 


Sebagai peringatan. Elakkan peram buah ciku guna kabat (Calcium carbide)! Gas dari kabat tu merbahaya! Lebih baik biarkan buah ciku masak secara semulajadi tanpa pengaruh bahan-bahan kimia macam ini - Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat (Malaysia Kini) 



Tak berapa elok untuk kesihatan sebenarnya. Memang tak dinafikan buah cikunya cepat masak. Tapi, buah cikunya jadi contaminated & tak berapa selamat untuk dimakan - Kalau rasa diri tu kebal tak mengapa. Silakan 😂.


Peram ciku
Dia punya manis tu sampai boleh buat kita auto throwback zaman kanak-kanak dulu 😌.


Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis

Mei 14, 2023

Januari 29, 2022

Limau Mandarin Ada Sulfur Dioksida? 🤔

LIMAU MANDARIN ADA SULFUR DIOKSIDA | Hari Raya Cina dah tak lama dah. Mesti korang ada dapat sesuatu bersempena perayaan diorang ni kan 😁. Tak dapat ang pao dapat limau. Tak pun kalau bos korang baik hati, dia bagi pakej sekali bonus. Itu kalau dapat bos yang baik hati lah yer🤣.  


Beberapa hari lepas suami Syu bawa balik buah Mandarin seplastik. Dapatlah dalam 10 biji. Itu pun masih lagi ada dalam peti ais tak termakan. Semalam, Syu pula dapat. Macam biasa. Sama macam tahun lepas. Semua staff masing-masing dapatlah merasa seorang sekotak bos Syu bagi. Alhamdulillah. Rezeki. Tak payah sibuk nak berbeli dah. Cuti nanti makan limau Mandarin puas-puas 😋.



BANYAK KHASIAT | Makan buah limau Mandarin ni bagus tau. Dia punya khasiat sama macam limau-limau lain yang seangkatan dengannya. Antara khasiat limau ni ialah :


  1. Mengawal kolestrol
  2. Pencerahan kulit - Kaya dengan antioksidan & vitamin C
  3. Menurunkan tekanan darah
  4. Mengawal kolestrol & paras gula dalam badan
  5. Baik untuk pencernaan
  6. Menguatkan tulang - mengandungi kalsium dan magnesium
  7. Membantu penurunan berat badan bagi mereka yang sedang berdiet
  8. Mampu mencegah kecacatan kandungan & penyakit jantung - Kaya dengan asid folik & vitamin B9 -


MENGANDUNGI SULFUR DIOKSIDA | Tapi, korang kena ingat sebelum nak makan buah limau Mandarin ni sebaiknya korang basuh bersih terlebih dahulu. Supaya korang tak terkena batuk teruk akibat penggunaan Sulfur dioksida pada permukaan kulit limau tu. Selain batuk, kesan dari terhidu & termakan Sulfur dioksida daripada limau Mandarin ni juga mampu menyebabkan lelah pada mereka-mereka yang sensitif pada bahan kimia ni. 


Limau Mandarin


Untuk pengetahuan korang, Sulfur dioksida ni merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat buah limau Mandarin sebelum dipasarkan ke luar negara. Korang jangan risau Sulfur dioksida ni tak merbahaya & penggunaannya dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983 - Peraturan-peraturan Makanan 1985.



Malah, ianya telah dinilai oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA) & disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan. Asalkan penggunaannya mestilah tidak melebihi 30mg/kg. Sekiranya didapati penggunaanya melebihi paras yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Makanan 1983. Jadi, korang jangan risau. Buah limau Mandarin kegemaran korang masih boleh dimakan dengan selamat. Janji korang basuh dulu bersih-bersih sebelum makan 😉💕. 




SUMBER RUJUKAN


1) Cara Betul Makan Limau Mandarin - Mingguan Wanita

2) Batu Teruk Lepas Makan Limau Mandarin - My Resepi


Limau Mandarin Ada Sulfur Dioksida? 🤔

Januari 29, 2022