Tahniah Sarah!

November 01, 2025

Alhamdulillah. Akhirnya! Berjaya juga si bongsu ni beli kereta sendiri, berkat hasil titik peluh dia kerja kat company dia praktikal dulu. Ngam-ngam setahun kerja sana. Buat savings. Pulun OT hari-hari. Dapatlah dia merasa kereta Axia koyak plastik. Proud of you Sarah!-Memang dari dulu dia berkenankan sangat dengan kereta Axia. Katanya kecil. Senang nak parking. Minyak pun jimat katanya...


Mak? Dia pun tumpang gembira. At the same time terkejut pun ada juga sebenarnya. Mana taknya. Angin tak ada. Ribut tak ada. Tup-tup keretanya dah sampai depan rumah 😁. Kalau ikutkan mak nak tolong dahulukan dulu duit dia buat bayar muka kereta untuk di Sarah. Tapi, si Sarah diamkan jer. Alasan dia, dia tak nak susahkan mak & nak cuba usaha sendiri kumpul duit beli kereta. And yes, usaha dia berhasil.


Kereta Perodua Axia 1.0 SE
Warna putih jadi pilihan hati. Lawa tapi nak kena rajin basuhlah pasal kereta warna putih ni jenis cepat kotor 😅. 


Bila duit deposit dah cukup. Diajaknya akaknya ni pergi Perodua Lahat sana booking kereta. Setel submit dokumen itu ini. Nak dekat dua bulan macam tu kereta dia pun ready untuk beraksi atas jalan. Actually, keretanya boleh jer keluar awal. Since, si Sarah nak tunggu plat number APC juga. So, kita tunggu jelah sampai turn nombor tu naik. Abang salesman ni lah nakal. Katanya plat APB tu untuk "Anugerah Pelajar Bodoh" 🤣.  Member pula senang kena racun.


Perodua Axia 1.0 SE

Saja tak dibuang plastik cover dalam kereta tu sebab nak ajak mak join unboxing sekali 🤭. 


Semalam ambil kereta, esoknya terus kitaorang bawa balik kampung tunjuk kat mak & adik beradik lain. Ngam-ngam pula masa tu adik-beradik ipar semua ada balik buat makan-makan. Time tu lah peluang dia tunjuk kat abang-abang dia. Apa-apa pun tahniah Sarah. Akaknya bila nak beli kereta baru? Nanti-nanti dulu. Hutang yang sedia ada ni pun semput nak bayor kome! 😂


Untuk kereta mampu milik, pada Syu kira okaylah kan beli Axia ni. Installment bulanan pun tak koyakkan poket sangat macam kereta-kereta keluaran lain. Cuma 5 tahun pertama ni agak sakit sikitlah. Pasal banyak benda nak kena bayar. Insurans pula NCD kosong. Setahun dah tentu ribu riban nak kena standby. Itu pun nasib baik roadtax RM20 jer. Dapatlah save sikit 🤭. 

Comments

  1. alhamdulillah.. tahniah Sarah...seronok dapat beli kereta hasil titik peluh sendiri...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!